■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI
BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI
(Siri 684)
■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa besar 70:
Mufaraqah dari Saf Ummat
sambungan...
Prinsip ke-9:
Bertanya bagaimana Allah di Arasy adalah bid'ah kesesatan
Persoalan "keberadaan Allah" atau di dalam kata lain "di mana Allah" seringkali menjadi pertanyaan manusia:
Adakah Allah di Langit?
Adakah Allah di bumi?
Adakah Allah di mana-mana?
Kemudian bangkit pula Golongan sesat Wahhabiyyah (khawarij) menambah kebingungan manusia dengan dakyah batil dan sesat, di antara propaganda mereka:
Allah menetap di Arasy.
Allah duduk bersela atas Arasy.
Allah bertapa di atas Arasy.
Allah menetap di Langit.
Allah menetap nun jauh dari makhluk-Nya.
Semua ini adalah i'tiqad yang sesat yang berlawanan dengan Al Qur'an dan Hadith serta Fatwa Ulama Mu'tabar Ahlus Sunnah. Ulama Ahlus Sunnah telah lama berikan panduan berkenaan hal ini tetapi malangnya ummat ini telah jauh dan makin jauh dari pengajaran mereka.
I'tiqad yang benar menurut Ahlus Sunnah adalah:
Allah Ta'ala istiwa di atas Arasy dan al kaif (caranya) istiwa TIDAK diketahui. Dilarang keras bertanya atau membincangkan kaifiyyat (cara) Allah istiwa di Arasy.
Berkata Al Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani رضي الله عه:
"Menurut pegangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah, apabila ditanya di mana Allah, maka jawablah sebagaimana Allah Ta'ala menyebutkan diri-Nya di atas Arasy-Nya ....
Firman Allah:
ٱلرَّحْمَـٰنُ عَلَى ٱلْعَرْشِ ٱسْتَوَىٰ
“Bermula (Allah), Tuhan bernama Ar-Rahman istiwa di atas Arasy.
[Surah Toha (20) : Ayat 5]
Adapun Al-kaif (caranya) Tuhan istiwa di atas 'Arasy tidak diketahui. Maka dilarang bertanya bagaimana Tuhan di Arasy. Bertanya atau membincangkan atau membahaskan cara atau bagaimana Tuhan istiwa di atas Arasy adalah bid'ah kesesatan."
[Tamat petikan Kitab Al Ghunyah Imam Jilani]
Inilah pegangan yang benar. Iaitu apabila ditanya di mana Allah, jawablah:
“Allah sebagaimana Dia Firman di dalam Al-Qur’an:
"Allah istiwa di atas Arasy” sesuai dengan Kemuliaan dan Keagungan-Nya. Dan caranya istiwa TIDAK diketahui. Bertanya atau membincangkan tentang cara Tuhan istiwa di atas Arasy adalah bid’ah kesesatan. Itu sahaja cukup sebagai pegangan dan jawapan kepada mana-mana Muslim yang bertanya tentang "keberadaan Allah".
Kita cuma disuruh meyakini bahawa Allah Ta'ala istiwa di atas Arasy tanpa membincangkan bagaimana caranya Dia istiwa di atas Arasy. Jawapan ini adalah yang lebih baik dari jawapan-jawapan lain berkenaan "keberadaan Allah" kerana ianya lambang Ketinggian, Keagungan serta Kebesaran Allah Ta'ala di atas makhluk-Nya.
Peringatan dan Amaran:
Allah istiwa atas Arasy bukan bermakna Allah memerlukan Arasy sebagai tempat menetap-Nya...! Bukan juga bermakna Allah bertahta seperti Raja-Raja di Arasy. Maha Suci Allah dari memerlukan makhluq-Nya untuk Dia menetap... ! Semua i'tiqad itu adalah i'tiqad batil, sesat dan kufur kerana menetapkan Arasy sebagai tempat duduk Allah atau istirehat-Nya atau tempat menetap-Nya merupakan Syirik Akbar.
Bersambung siri 685 اِ نْ شَآ ءَ اللّه
______________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment