■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI
BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI
(Siri 683)
■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa besar 70:
Mufaraqah dari Saf Ummat
sambungan...
Prinsip ke-8:
Allah Wujud dan wujudnya لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ
Menurut I'tiqad Ahlus Sunnah,
Allah wujud dan wujudnya ( "لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ ) Laisa Kamithlihi Syai'un
tiada umpama sesuatu seperti-Nya."
Ini bermakna Dia (Tuhan Rabbul Jalil) tidak dapat dimisalkan dengan sekalian makhluq, tidak wujud "mithal" atau "bandingan" bagi menunjukkan rupa Zat-Nya, Sifat-Nya, Asma'-Nya atau Af'al-Nya.
(1) Nafikan " bentuk " bagi Zat Allah Ta'ala.
Zat Allah Ta'ala berlawanan dengan sekalian makhluq, maka tiada bentuk yang dapat menggambarkan Zat Allah. Apa sahaja yang terlintas, terupa, terbentuk di dalam pemikiran atau aqal seseorang, maka itu BUKAN Zat Allah. Apa saja khayalan yang diusahakan sehingga terasa seperti suatu Zat, maka itu BUKAN Zat Allah.
(2) Nafikan "Tempat" bagi Allah Ta'ala.
Sekalian Sifat Allah berlainan dari makhluq.
Dengan demikian tidak wujud ungkapan bagi menunjukkan kepada "tempat" bagi Allah. Ini kerana setiap yang menduduki "tempat" adalah makhluq. Hanya makhluq menempati makhluq.
■ Sesiapa i'tiqad Allah duduk, menetap di langit, atau istirehat di langit, atau tinggal di langit, maka ini i'tiqad BATIL dan SESAT.
■ Sesiapa i'tiqad Allah duduk menetap, istirehat, tinggal di Arasy, maka ini adalah i'tiqad BATIL dan SESAT.
■ Sesiapa i'tiqad Allah tinggal di bumi, maka ini i'tiqad BATIL dan SESAT.
Jika seseorang i'tiqad Allah tinggal bersama makhluq, maka ini i'tiqad BATIL dan SESAT.
■ Sesiapa i'tiqad Allah turun naik di langit sama seperti manusia yang turun naik tangga, maka ini i'tiqad BATIL dan SESAT.
(3) Nafikan " arah " bagi Allah Ta'ala.
Demikian juga tidak wujud ungkapan "arah" bagi menunjukkan keberadaan Allah Ta'ala: Jika seseorang i'tiqad keberadaan Allah pada arah utara, selatan, timur, barat, atas dan bawah, kiri dan kanan, depan belakang, maka ini pegangan BATIL dan SESAT.
(4) Nafikan "jarak" antara Allah Ta'ala dan makhluq.
Tidak wujud sebarang jarak antara Allah Ta'ala dengan makhluq.
Ini kerana yang mempunyai "jarak" adalah makhluq. Setiap makhluq dengan makhluq lain wujud "jarak" antara keduanya.
Adapun ungkapan "manusia jauh dari Allah" adalah jauh dalam pengertian hijab, iaitu manusia terdinding dari Allah disebabkan dosa-dosanya. Perbincangan lanjut hal ini wajib merujuk kepada Ahli Ma'rifat yang benar.
(5) Nafikan Allah Ta'ala terkandung di dalam "masa".
Sesungguhnya "masa" itu adalah ciptaan Allah. Maka Dia (Allah Ta'ala) tidak terkandung di dalam "masa" dan tidak tertakluq kepada "masa". Istilah "lambat" atau "cepat" atau "menepati masa" adalah nisbah kepada makhluq, BUKAN kepada Allah Ta'ala.
Kesimpulan dari keterangan ini:
Allah Ta'ala adalah Laisa Kamithlihi syai'un "Tiada sesuatu seumpama seperti-Nya". Pegangan ini saja cukup utk menyatakan Allah Ta'ala tidak sama dengan sekalian yang baharu. Tidak wujud sebarang _kaifiyyat_ bagi menunjukkan "rupa" bagi Zat-Nya, atau "arah" bagi Zat-Nya, atau "tempat " bagi Zat-Nya, atau "Masa" bagi kewujudan-Nya atau lain-lain sepertinya kerana semua ini adalah makhluq yang dicipta oleh Allah Ta'ala.
Berkata Imam Ibn Hajar Al-Haythami Radhiallahu anhu:
“Ketahuilah bahawa al-Qarafi dan lainnya telah meriwayatkan dari al-Imam Asy-Syafi’i, Imam Malik, Imâm Ahmad dan al-Imam Abu Hanifah bahawa mereka semua sepakat mengatakan bahawa orang yang menetapkan arah bagi Allah dan mengatakan bahawa Allah adalah benda maka orang tersebut telah menjadi kafir."
[Minhaj al-Qawim]
Bersambung siri 684 اِ نْ شَآ ءَ اللّه
______________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment