Tuesday, July 08, 2025

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 685)

■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa besar 70:

Mufaraqah dari Saf Ummat

sambungan...




Prinsip ke-10:

Al-Qur'an adalah Kalam Allah yang Qadim, bukan makhluq


Menurut I'tiqad Ahlus Sunnah,

Al-Qur'an adalah Firman Allah yang Qadim dan BUKAN makhluq. 


Golongan Mu'tazilah mengatakan Al-Qur'an itu makhluq, maka mereka sesat jauh dari Petunjuk Allah!


Apakah maksud Qadim?

Secara ringkas, Qadim adalah bermaksud sediakala atau tiada permulaan bagi-Nya.  Berbeza dengan makhluq, ada permulaan baginya.  


Makhluq tidak wujud pada asalnya,  kemudian Allah menciptakannya — ini yang dimaksudkan dengan adanya permulaan.  Sedangkan bagi Allah Ta'ala tiada permulaan bagi-Nya.   Demikian lagi sekalian sesuatu yang dinisbahkan kepada Allah Ta'ala yang berupa Af'al  (perbuatan), Asma'-Nya (Nama-Nama-Nya yang Agung) atau Sifat-Nya adalah disebut Qadim — tiada permulaan bagi-Nya. 

  

Af'al Allah — Perbuatan Allah

Asma' Allah — Nama-Nama Allah yang Indah-Indah.

Sifat Allah — sekalian Sifat Keagungan, Ketinggian, Kemuliaan dan Kebesaran Allah.


Wajib dii'tiqadkan sekalian yang dinisbahkan kepada Allah itu adalah Qadim dan BUKAN makhluq.  Fahaman terhadap perkara ini paling mustahak untuk memahami "Al-Qur'an Kalamullah"  kerana Kalamullah adalah Kata-Kata Allah yang merupakan Sifat Allah Yang Maha Agung.


Ulama Ahlus Sunnah yang Mu'tabar, Ulama bertaraf Auliya Allah telah sepakat, bahawa sesiapa mengatakan Al-Qur'an Kalam Allah itu makhluq, maka dia telah kafir.  Na'uzbillah.   Maka sesiapa pernah melafazkan atau meyakini Al-Qur'an Kalamullah atau Firman Allah itu makhluq, maka wajib mengucap Kalimah Syahadah dan Taubat Nasuha.


Berkata Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu:

"Barang siapa menganggap Al-Qur'an itu makhluq, maka dia telah kafir kepada Allah.  Dan kerananya dia tidak boleh digauli, tidak boleh diajak makan bersama, tidak boleh dinikahi, tidak boleh dijadikan tetangga, dia wajib dijauhi, tidak boleh dijadikan Imam solat, tidak sah dijadikan saksi, tidak sah menjadi wali, bahkan dia tidak boleh disolatkan jika mati.  Mintalah agar dia taubat sampai tiga kali, seperti taubat orang Murtad (dan mengucap Kalimah kembali) dan kembali sebagai Muslim.  Jika tidak (dia enggan taubat),  maka dia mesti dibunuh (oleh pemerintah)."

[Al-Ghunyah Li-Tolibi Toriqil-Haqq]


Bersambung siri 686 اِ نْ شَآ ءَ اللّه

__________________________________

     MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

           🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 707) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...