Wednesday, June 11, 2025

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 633)

■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa besar 69:

Tafsir Al-Qur'an dengan

pendapat aqal, nafsu

.... sambungan.....



Dalil Al-Qur'an 4 

Firman Allah :


        وَلَذِكۡرُ ٱللَّهِ أَڪۡبَرُ‌ۗ  


"...dan Zikir Allah itu sebesar-besar ibadah ..... "

[Al-Ankabut (29) : Ayat 45]    



Dalil Al-Qur'an 5 

Firman Allah :


      وَٱذۡكُرِ ٱسۡمَ رَبِّكَ بُكۡرَةً۬ وَأَصِيلاً۬


"Dan zikir akan nama Tuhanmu pada waktu pagi dan petang."

[Al-Insan (76) : Ayat 25]



Dalil Al-Qur'an 6

Firman Allah :


وَٱذۡكُرُواْ ٱللَّهَ كَثِيرً۬ا لَّعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ


"Dan ingatlah akan Allah banyak-banyak (terus- menerus tanpa henti siang malam), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat)."

[Al-Jumu'ah (62) : Ayat 10]



Dalil Al-Qur'an 7 

Firman Allah :


قَدۡ أَفۡلَحَ مَن تَزَكَّىٰ (١٤) وَذَكَرَ ٱسۡمَ رَبِّهِۦ فَصَلَّىٰ


"Sesungguhnya berjayalah orang yang menyucikan jiwanya, dan Zikir menyebut nama Tuhannya serta mengerjakan solat.”

[Al-A'la ( 87 : Ayat 14-15]



Dalil Al-Qur'an 8 

Firman Allah :


ٱلَّذِينَ يَذۡكُرُونَ ٱللَّهَ قِيَـٰمً۬ا وَقُعُودً۬ا وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمۡ وَيَتَفَڪَّرُونَ فِى خَلۡقِ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ رَبَّنَا مَا خَلَقۡتَ هَـٰذَا بَـٰطِلاً۬ سُبۡحَـٰنَكَ فَقِنَا عَذَابَ ٱلنَّارِ


“(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab Neraka."

[Aali Imran (3) : Ayat 191]



Dalil Al-Qur'an 9  

Firman Allah :



فَوَيْلٌ لِّلْقَاسِيَةِ قُلُوبُهُمْ مِّن ذِكْرِ ٱللَّهِ أُوْلَـٰئِكَ فِي ضَلاَلٍ مُّبِينٍ


"Maka kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang keras membatu hatinya daripada Zikrullah.  Mereka yang demikian keadaannya, adalah dalam kesesatan yang nyata."

[Az-Zumar (39) : Ayat 22]



Dalil Al-Qur'an 10 

Firman Allah :


يٰأَيُّهَا ٱلَّذِينَ آمَنُواْ لاَ تُلْهِكُمْ أَمْوَالُكُمْ وَلاَ أَوْلاَدُكُمْ عَن ذِكْرِ ٱللَّهِ وَمَن يَفْعَلْ ذَلِكَ فَأُوْلَـٰئِكَ هُمُ ٱلْخَاسِرُونَ 


"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah.  Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi."

[Al-Munafiqun (63) : Ayat 9]



Penjelasan umum —  Al-Qutb Tajul Arifin Shaikh Yahya Al-Kholidi:

Kesemua Ayat Qur'an di atas menunjukkan Perintah suruhan berzikir Allah Allah di dalam hati sebanyak-banyaknya dan berulang-ulang tanpa henti.  Mereka yang lalai dari Zikrullah diancam dengan Neraka Wail.


Sama ada ayat-ayat ini menggunakan perkataan "Allah" secara jelas atau pun menggunakan ungkapan Ismu Rabbika  (nama Tuhanmu)  ataupun menggunakan dhomir " Hua" semuanya tertuju kepada "Allah".


Sesungguhnya, Tiada sebutan lain yang lebih Agung, lebih Mulia dan yang memiliki sekalian kesempurnaan melainkan  Kalimat "Allah".  Dengan demikian mengulang-ulang Kalimat Agung " Allah " di dalam hati terus-menerus itulah yang dituntut atas setiap orang beriman.


Dengan kenyataan ini nyatalah bahawa propaganda Wahhabiyyah dan sekutu-sekutunya yang menuduh bahawa "zikir Allah Allah" bid'ah yang direka-reka adalah pendirian sesat dan pendirian yang jelas menentang Allah dan Rasul-Nya.  Wal Iyazubillah.


Bersambung siri 634 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=======================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI  

🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 665) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...