■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI
BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI
(Siri 642)
■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa besar 69:
Tafsir Al-Qur'an dengan
pendapat aqal, nafsu
.... sambungan.....
(6) Al-Imam Abu Thana Shihabuddin Sayyid Mahmud Ibn Abdullah Husayni Al-Alusi Al Baghdadi:
"Terdapat bukti-bukti kukuh dari hal bolehnya bertemu Nabi ﷺ . Ini bukanlah perkara baru, bahkan ramai orang soleh dari kalangan Ummah ini telah melihat Baginda Nabi ﷺ di dalam keadaan sedar dan menerima Ilmu dari Baginda.
[Ruhul Ma'ani, Al-Alusi]
(7) Fatwa Imam Tajuddin Ibn Atha Illah As-Sakandari:
"Jika aku tidak melihat Nabi ﷺ di dalam satu kerdipan mata, maka aku tidak menganggap diriku Muslim pada saat tersebut."
[Lataiful Minan, Imam Ibn Atha Illah]
Antara Imam-Imam Ahlus Sunnah yang memberikan pengertian serupa seperti yang telah diriwayatkan adalah:
(8) Imam Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani dalam Fathul Bari.
(9) Imam al-Nawawi dalam Syarah Sahih Muslim.
(10) Imam Ibn ‘Ato illah al-Sakandari dalam kitab Lata’if al-Minan.
(11) Imam ‘Izzuddin Ibn ‘Abdus-Salam dalam al-Qawa'id al-Kubra.
(12) Imam al-Ghazali dalam al-Munqiz min al-Dhalal.
(13) Imam Al-Munawi dalam Faidh al-Qadir.
(14) Imam Syihabuddin al-Qarafi.
(17) Imam al-Qastallani dalam kitab al-Mawahib al-Laduniyyah.
Kesemua Imam Ahlus Sunnah yang benar tanpa kecuali telah membenarkan perkara tersebut. Mengakuinya adalah kewajipan dan mengingkarinya adalah kekufuran.
Seringkali timbul persoalan:
Bagi orang awam, persoalan yang seringkali menjadi pertikaian adalah: Bagaimana cara memastikan ianya diri Rasulullah ﷺ atau Auliya Allah... ini adalah suatu persoalan lain yang dijelaskan pada helaian akan datang. Persoalan ini perlu dijelaskan kerana tidak dinafikan wujudnya orang-orang tertentu mengaku bertemu Rasul atau Wali sedangkan mereka hanyalah penipu yang menyamar untuk mengaut keuntungan dunia.
Perkara terpenting sekarang adalah I'tiqad dan pengakuan berkenaan Firman Allah, Hadith dan Fatwa para Ulama Ahlus Sunnah terpecaya. Beriman dan mengakuinya adalah keimanan dan ingkarinya adalah kekufuran.
Bersambung siri 643 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
_____________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment