Monday, June 16, 2025

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 641)

■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa besar 69:

Tafsir Al-Qur'an dengan

pendapat aqal, nafsu

.... sambungan.....



(3) Fatwa Imam Ibnu Hajar Al-Haithami Radhiallahu anhu:

Imam Ibn Hajar Al-Haythami adalah Mujaddid Kurun ke-12 Hijriyyah, Mufti Agung, Auliya Allah.  Fatwa beliau yang termasyur di dalam Mazhab Syafie'.


Beliau (Ibn Hajar Al-Haytamy) ditanya : "Adakah mungkin bertemu Nabi ﷺ di dalam keadaan sedar (jaga) ?" 

Imam Ibnu Hajar menjawab: 

"Ya? Benar.  Melihat dan bertemu Nabi ﷺ di dalam keadaan sedar adalah mungkin (harus) hukumnya." 


"Telah dikhabarkan kepada kami bahawa ianya adalah Karamah para Auliya Allah oleh Al-Ghazali, Al-Barizi, Al-Taj Al-Subki, dan Al-Yafi`i, dari kalangan Asy-Syafiiyah dan al-Qurtubi and Ibn Abi Jamra dari kalangan Malikiyah." 


Imam Ibnu Hajar menegaskan: 

"Sesiapa yang menafikannya, adalah dia tersesat.  Mereka yang menafikannya adalah mereka menafikan kebenaran Nabi ﷺ dan menafikan Kekuasaan Tuhan serta menafikan juga Karamah Auliya Allah yang telah dibuktikan oleh Sunnah yang sahih ." 

[Fatwa Hadithiyyah, Ibnu Hajar Al-Haytahmi] 



(4) Fatwa Shaikh Waliyullah Ad-Dahlawi Radhiallahu anhu:

Berkata Imam Mujaddid Shah Waliyullah Dahlawi, 

“Ayahanda saya As Shaikh Abdul Rahim juga dari segi kerohaniannya pernah bertemu dan berguru terus kepada Rasulullah ﷺ melalui jalan rohani.  Hal ini berlaku pada suatu masa ayahanda saya pernah bertemu dengan Rasulullah ﷺ dalam mimpi gembira di mana dalam mimpi itu Rasulullah ﷺ telah menerima bai’ahnya dan telah mengajar beliau cara-cara berzikir kalimah nafi dan isbat” 

[Al- Qaulul Jamil, Syeikh Waliyullah] 



(5) Fatwa Imam Ash-Sha'rani Radhiallahu anhu:

"Hukum-hukum yang mereka (imam yang empat) keluarkan adalah bersumberkan Al Qur’an, Sunnah Nabi, perkataan sahabat, Imam mujtahid dan kasyaf.  Kasyaf itu ialah bertemu langsung dengan ruhaniyah Rasulullah ﷺ dan bertanya, “Wahai Rasulullah, adakah ini (suatu Hadith) dari engkau atau tidak?” 

[Al-Mizan, Shaikh Abdul Wahab Sha'rani] 


Bersambung siri 642 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

_____________________________

  MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

     🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 661) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...