■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI
BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI
(Siri 640)
■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa besar 69:
Tafsir Al-Qur'an dengan
pendapat aqal, nafsu
.... sambungan.....
Kemusykilan 6:
Setengah orang Islam menganggap kewafatan Rasulullah ﷺ dan sekalian Auliya Allah sama seperti kematian biasa (menganggap tubuh badan hancur seperti biasa) dan ingkari pertemuan antara manusia hidup (Auliya Allah yang masih hidup) dengan Rasul serta Auliya Allah yang sudah wafat.
JAWAPAN:
Menurut I'tiqad dan pendirian Ahlus Sunnah sejak dahulu hingga ke hari ini, Rasulullah ﷺ dan sekalian Auliya Allah yang telah wafat hidup di alam Barzakh serta memperoleh rezeki secara istimewa dari Sisi Allah. Harus berlaku pertemuan antara Auliya Allah yang masih hidup dengan Rasulullah ﷺ dan sekalian Auliya Allah yang telah wafat. Hal ini merupakan Karamah sekalian Auliya Allah. Ada pun mereka yang mengingkari hal ini adalah sesat dan termasuk golongan penentang Allah dan Rasul-Nya.
Fatwa Ulama Ahlus-Sunnah yang ternama yang tiada siapa pun ingkar
===========================================================
(1) Fatwa Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu:
"Seseorang tidak dapat dikatakan Ahli Sufi (Ulama Pewaris Nabi yang Siddiq) sehingga dia sampai ke maqam di mana dia dianugerahi pandangan kepada Rasulullah ﷺ di dalam mimpinya dan diberi arahan dan tegahan. Jika keadaan ini terjadi maka hatinya akan dinaikkan ke maqam lebih tinggi serta disucikan batinnya. Beliau seterusnya akan memperoleh kehampiran dengan Allah Ta'ala sementara tangannya di dalam pimpinan tangan Rasulullah ﷺ
[Fath-Ar-Rabbaniy Wa Faidh Ar-Rahmaniy]
Kata beliau lagi :
"Dalam semua itu mereka mengikut teladan daripada pengikut-pengikut Rasulullah ﷺ yang terkenal sebagai Golongan Tasawwuf (Pewaris Nabi yang Siddiq) yang memakai pakaian bulu yang telah meninggalkan semua urusan keduniaan untuk berdiri di pintu Rasulullah ﷺ dan berada hampir dengan Baginda. Mereka menyampaikan khabar sebagaimana mereka menerimanya secara langsung daripada mulut Rasulullah ﷺ " .
[Sirrul Asrar Fi ma Yahtaju Ilaihil Abrar]
(2) Fatwa Imam Jalaluddin Sayuthi:
Nama penuh beliau adalah Abu al-Fadl 'Abd al-Rahman b. Abi Bakr b. Muhammad Jalal al-Din al-Khudayri al-Suyuti, Mujaddid Kurun ke-9 Hijriyyah, Shaikhul Hadith dan Awlia Allah yang diberikan oleh Allah berbagai Karamah. Semua ini diakui oleh sekalian Ulama Ahlus Sunnah sepanjang zaman!
Berkata Imam Sayuthi di dalam Kitab Fatawa beliau:
"Ramai yang mempersoalkan ehwal Ahli Ma'rifat melihat Nabi ﷺ di dalam keadaan jaga (sedar). Di zaman kami ada segolongan mereka yang tidak mempunyai pegangan Agama yang kukuh, dengan penuh emosi menafikannya dan sangat hairan dengan kebenaran ini. Mereka mendakwa ianya mustahil.
Apa yang benar adalah: Bahawa sesiapa yang benar-benar beriman dengan Nabi (Mukmin) tetapi tidak dapat melihat Baginda kerana mereka tidak hadir (di zaman Nabi), Hadith ini memberikan khabar gembira bahawa mereka akan dapat melihat Baginda sebelum mereka mati." Ada sebahgian orang tidak mempercayainya dan berkata : "Bagaimana mungkin orang hidup melihat orang mati"?
Untuk dakwaan ini, Imam Saytuhi menjawab:
"Orang-orang yang berkata demikian jatuh kepada dua bahaya: Pertama kerana tidak mempercayai kebenaran Hadith Nabi yang sahih dan yang kedua kerana mengingkari Kekuasaan Tuhan Yang Maha Perkasa."
[Al Hawi lil Fatawi]
Bersambung siri 641 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
_____________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment