■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI
BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI
(Siri 643)
■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa besar 69:
Tafsir Al-Qur'an dengan
pendapat aqal, nafsu
.... sambungan......
Berikut adalah dalil-dalil kukuh di dalam Kitabullah dan Sunnah dan Hadith Rasul-Nya yang menjadi sandaran Fatwa Masyaikh Ahlus Sunnah yang tidak siapa pun berani ingkarinya.
Dalil 1: Firman Allah:
وَلاَ تَحْسَبَنَّ ٱلَّذِينَ قُتِلُواْ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ أَمْوَاتاً بَلْ أَحْيَاءٌ عِندَ رَبِّهِمْ يُرْزَقُونَ.
فَرِحِينَ بِمَآ آتَاهُمُ ٱللَّهُ مِن فَضْلِهِ وَيَسْتَبْشِرُونَ بِٱلَّذِينَ لَمْ يَلْحَقُواْ بِهِم مِّنْ خَلْفِهِمْ أَلاَّ خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلاَ هُمْ يَحْزَنُونَ
يَسْتَبْشِرُونَ بِنِعْمَةٍ مِّنَ ٱللَّهِ وَفَضْلٍ وَأَنَّ ٱللَّهَ لاَ يُضِيعُ أَجْرَ ٱلْمُؤْمِنِينَ
"Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur) pada Jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di Sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki; (Dan juga) mereka bersukacita dengan Kurniaan Allah (balasan mati Syahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (Islam yang sedang berjuang), yang masih tinggal di belakang, yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (iaitu) bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. Mereka bergembira dengan balasan nikmat dari Allah dan limpah kurnia-Nya; dan (ingatlah), bahawa Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang beriman."
[Aali -Imran : ayat 169,170,171]
Penjelasan umum:
Ayat Allah ini memiliki suatu yang sangat unik dan menyentuh hati...
وَلاَ تَحْسَبَنَّ الَّذِينَ قُتِلُواْ فِى سَبِيلِ اللَّهِ
Dimulai dengan Amaran Allah dan penegasan-Nya:
Jangan kamu mengira, jangan kamu menyangka bahawa mereka yang "syahid" itu mati padahal mereka itu "hidup" di Sisi Allah secara istimewa dengan mendapat rezeki.
Mengapakah Allah mulai dengan Amaran dan penegasan?
Jawapannya:
Sudah menjadi kelaziman, manusia memahami bahawa apabila berpisah ruh dari jasad, maka manusia itu dikatakan "mayyit" atau "mayat" ...! Manusia yang sudah menjadi mayat ini tidak lagi disebut mempunyai "kehidupan". Tetapi ayat di atas memberikan pengecualian iaitu mereka yang "mati pada Jalan Allah" itu tidak mati, sebaliknya mereka "hidup" secara istimewa di Sisi Allah....! Maka Allah memberikan Amaran-Nya "jangan sekali-kali kamu anggap kematian mereka itu sama seperti kematian manusia biasa" bahkan mereka itu luar biasa dan istimewa di sisi Allah, mereka tetamu Allah...!
Bersambung siri 644 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
_____________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment