■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI
BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI
(Siri 654)
■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa besar 69:
Tafsir Al-Qur'an dengan
pendapat aqal, nafsu
.... sambungan.....
4. Apabila tiada pimpinan Allah dan Rasul-Nya, maka Ulama akan membuat fatwa menurut pemikiran dia, nafsu dia atau menurut kehendak Pemerintah fasiq dan zalim. Hal ini bukan baru tetapi sudah lama terjadi, iaitu sejak Pemerintahan Ummat berpindah kepada pemimpin-pemimpin tamak kuasa, fasiq dan zalim. Mereka Islam pada nama saja sedangkan pemerintahan mereka dipenuhi kefasikan dan kezaliman. "Ulama-ulama" dalam pemerintahan mereka hanya ulama as-su', ulama fasiq, ulama dunia yang mengeluarkan fatwa menurut kehendak Pemerintah.
5. Sebahagian orang Islam, termasuk cerdik pandai Agama, "ulama dunia" profesor, kiyai, ustad ingkar akan pertemuan Auliya Allah dengan Rasulullah ﷺ, ertinya mereka ingkar akan ayat Qur'an, keterangan Hadith dan Ijma' Ulama. Mengikut mereka tak mungkin jumpa Rasulullah ﷺ sebab Baginda sudah wafat dan jasad di Madinah. Mereka benar-benar mengkufuri Hadith Rasulullah ﷺ maka termasuklah mereka ke dalam golongan sesat. Mereka tidak akan mendapat petunjuk, hati mereka akan gelap dan mati. Wal Iyazubillah.
6. Hikmahnya Pimpinan Rasulullah ﷺ kepada Ummat setelah kewafatan Baginda adalah bagi keselamatan Ummat dan kemakmuran dunia ini. Orang jahil tidak memahami haqiqat ini. Hanya Ahlus Sunnah memahami sekalian rahsia tadbir Allah ini dan hanya Ahlus Sunnah saja berada pada Sistem Pentadbiran Allah ke atas manusia sampai Qiamat. Golongan sesat tidak memahaminya kerana mereka tertutup.
Fatwa Imam Ash-Sha'rani Radhiallahu Anhu:
"Hukum-hukum yang mereka (imam yang empat) keluarkan adalah bersumberkan Al Qur’an, Sunnah Nabi, perkataan sahabat, Imam mujtahid dan kasyaf. Kasyaf itu ialah bertemu langsung dengan ruhaniyah Rasulullah ﷺ dan bertanya, “Wahai Rasulullah, adakah ini (suatu Hadith) dari engkau atau tidak?”
[Al-Mizan, Shaikh Abdul Wahab Sha'rani]
Berkata Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu:
"Ilmu tersebut (iaitu Ilmu Rahsia yang tersangat rahsia) dimasukkan kepada Nabi ﷺ pada malam Baginda Mi'raj kepada Tuhannya. Rahsia itu tersembunyi di dalam diri Baginda di balik tiga ribu tabir hijab. Baginda tidak membuka rahsia tersebut melainkan kepada sebahagian pengikut Baginda yang sangat cinta dengan Baginda. Melalui penyebaran dan keberkatan Rahsia inilah Islam (Ahlus Sunnah) akan terus memerintah sehingga ke hari Qiamat."
[Sirrul Asrar Fi-ma-Yahtaju Ilayhil Abarar]
Bersambung siri 655 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
_________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment