■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI
BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI
(Siri 653)
■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa besar 69:
Tafsir Al-Qur'an dengan
pendapat aqal, nafsu
.... sambungan.....
Tujuan Utama pendedahan — membuka mata dan hati kepada kebenaran Ahlus Sunnah dan kebatilan golongan sesat
Tentu ramai hairan apa tujuan utama pendedahan hal ini dan kebaikannya kepada Islam dan Iman, apa kebaikannya kepada kekuatan Iman seseorang, apa kelebihannya kepada perjuangan Islam keseluruhannya?
Jawapannya tersangat panjang, kita hanya ringkaskan dalam bentuk poin-poin sahaja. Moga terbuka hati mereka yang masih mencari-cari kebenaran!
1. Menjelaskan kepada Ummat seluruhnya bahawa Ahlus Sunnah adalah satu-satunya kelompok yang selamat sedangkan selain mereka adalah golongan batil yang binasa dan menemui kesesatan Wal Iyazubillah. Termasuk ke dalam kelompok sesat dan binasa adalah golongan yang memperjuangkan sistem demokrasi, liberal, falsafah, dan lain-lain pemikiran manusia.
2. Ahlus Sunnah akan tetap selamat dan jauh dari kesesatan kerana mereka sentiasa di dalam pimpinan Allah dan Rasul-Nya sedangkan golongan lain akan menemui kesesatan dan kerugian dunia Akhirat.
3. Maksud Ahlus Sunnah sentiasa di dalam pimpinan Allah dan Rasul-Nya adalah wujudnya Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq yang memimpin mereka. Mereka sentiasa berhubung dengan Allah dan di dalam pimpinan tangan Rasulullah ﷺ. Ertinya mereka sentiasa di dalam petunjuk Allah dan bimbingan Rasulullah ﷺ dan terpelihara daripada kesesatan sedangkan golongan lain sentiasa dipimpin oleh nafsu dunia dan syaitan. Ini kerana mereka tidak Mengenal Allah dan Rasul-Nya. Mereka tidak mendapat bertemu dengan Rasulullah ﷺ dan tidak memperoleh pimpinan Baginda.
Berkata Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu:
"Seseorang tidak dapat dikatakan Ahli Sufi (Ulama Pewaris Nabi yang sebenar) sehingga dia sampai ke maqam di mana dia dianugerahi pandangan kepada Rasulullah ﷺ di dalam mimpinya dan diberi arahan dan tegahan. Jika keadaan ini terjadi maka hatinya akan dinaikkan ke maqam lebih tinggi serta disucikan batinnya. Beliau seterusnya akan memperoleh kehampiran dengan Allah Ta'ala sementara tangannya di dalam pimpinan tangan Rasulullah ﷺ.
[Fath-Ar-Rabbaniy Wa Faidh Ar-Rahmaniy]
Kata beliau lagi:
"Dalam semua itu mereka mengikut teladan daripada pengikut-pengikut Rasulullah ﷺ yang terkenal sebagai Golongan Tasawwuf (Pewaris Nabi yang Siddiq) yang memakai pakaian bulu yang telah meninggalkan semua urusan keduniaan untuk berdiri di pintu Rasulullah ﷺ dan berada hampir dengan Baginda. Mereka menyampaikan khabar sebagaimana mereka menerimanya secara langsung daripada mulut Rasulullah ﷺ " .
[Sirrul Asrar Fi ma Yahtaju Ilaihil Abrar]
Catitan:
Ulama terdahulu seperti Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani, Imam Ghazali, Imam Syazili, Imam Sya'rani, Imam Qusyairi dan lain-lain Ridhwanullahi Alaihim Ajma'in memberikan panggilan khusus kepada Ulama Pewaris Nabi yang Siddiq sebagai Ahli Sufi, kerana membezakan antara Pewaris Nabi sebenar dengan ulama As-su', ulama dunia, ulama palsu yang menduduki kerusi pemerintahan pada waktu itu. Sejak kewafatan Sayyidina Ali Radhiallahu anhu dan perpindahan kuasa Pemerintahan kepada Golongan fasiq dan zalim (menurut Hadith Nabi Mulkan Addhan —iaitu Pemerintahan Zalim), Ulama Pewaris Nabi yang sebenar tidak lagi mencampuri urusan pemerintahan (kecuali memberi amaran kepada pemerintah zalim). Mereka tumpukan kepada Tarbiyyah Ummat hingga ke zaman ini akan sampai munculnya Imam Mahdi Alaihis-Salam.
Bersambung siri 654 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
_____________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment