■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI
BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI
(Siri 655)
■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa besar 69:
Tafsir Al-Qur'an dengan
pendapat aqal, nafsu
.... sambungan.....
Punca orang Islam mentafsirkan Al-Qur'an menurut aqal, nafsu
==================================================
Punca seseorang atau satu kumpulan orang "alim", "cerdik pandai Agama", Profesor, Kiyai, Ustaz dan lain-lain seperti mereka mentafsirkan ayat-ayat Allah menurut aqal, pemikiran, nafsu amatlah banyak dan bercabang-cabang. Kami akan huraikan beberapa pokok penyimpangan dan kesesatan.
Punca 1: Jahil
Boleh dikatakan inilah punca paling awal dan punca umum manusia mentafsirkan Al-Qur'an menurut nafsu, aqal, pemikiran mereka. Mereka menyangka Al-Qur'an itu perkataan biasa seperti novel cerita-cerita manusia. Mereka menyangka ianya kata-kata sama seperti kata-kata manusia. Mereka lupa, lalai, tidak sedar ianya Kalimat Allah Yang Maha Agung. Mereka jahil, tidak tahu, tidak sedari bahawa setiap kalimat Allah itu mengandungi makna-makna zahir dan makna tersembunyi. Mereka benar-benar jahil daripada pengetahuan bahawa setiap Kalimat Allah boleh membawa ribuan makna yang sangat rumit difahami oleh orang awam. Yang benar-benar mengetahui rahsia-rahsia halus ini hanyalah Ahli Ma'rifat (Mursyid bertaraf Mujtahid). Sebab itu setiap Mujtahid Ahlus Sunnah terdiri dari Ahli Ma'rifat, Auliya Allah yang tinggi yang terbuka kepada Ketuhanan. Tidak ada Mujtahid Ahlus Sunnah melainkan mereka adalah Arif Billah yang benar-benar kenal Allah. Ustaz -ustaz, kiyai-kiyai, Profesor, Prof. Madya moden zaman ini jahil akan hakikat ini!
Punca 2: Sangka Ilmu Tinggi
Sebahagian Profesor, cerdik pandai Agama, Kiyai, Drs, Ulama menyangka mereka sudah sampai Mujtahid dengan hanya secebis ilmu syari'at semata-mata atau kerana mereka dilantik menjadi panel Syari'ah oleh pemerintah atau kerana mereka memakai jubah mufti... semua ini tertipu. Kamu belum layak menjadi Mujtahid yang layak mentafsir Al-Qur'an dan Hadith Nabi sebelum menepati syarat-syarat Mujtahid seperti ditegaskan oleh Ulama Ahlus Sunnah yang Mu'tabar terdahulu.
Punca 3: Tipu daya Syaitan
Syaitan membisikkan kepada orang-orang bergelar "Ulama" dengan berbagai tafsiran batil. Mereka sangka mereka sudah mentafsir dengan betul sedangkan mereka tertipu dengan bisikan Iblis Syaitan.
Punca 4: Arahan Pemerintah Fasiq
Berdasarkan bukti sejarah, "Orang-orang alim" yang dilantik menjadi mufti, ahli fatwa setelah kewafatan Sayyidina Ali Radhiallahu anhu adalah mufti, ahli fatwa jahil yang mengeluarkan fatwa menurut nafsu dan menurut kehendak Pemerintah fasiq.
Punca 5: Tidak berpegang kepada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq
Sebagaimana kami huraikan beberapa kali sebelum ini, punca kesesatan "Orang alim" dan orang awam adalah tidak berpegang kepada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq, iaitu mereka abaikan Pewaris Nabi yang benar-benar arif Mengenal Allah serta memperoleh pancaran Nur Muhammad.
Bersambung siri 656 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
_____________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment