Friday, July 05, 2024

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 392)

■■■■■■■■■■■■■■■■■



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa Besar ke-52 : Menyakiti Allah

....sambungan....



Dalil-dalil:

=========


Firman Allah:


إِنَّ الَّذِينَ يُؤْذُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ لَعَنَهُمُ اللَّهُ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ وَأَعَدَّ لَهُمْ عَذَابًا مُهِينًا


“Sesungguhnya orang-orang yang menyakiti Allah dan Rasul-Nya,  Allah akan melaknatinya di dunia dan di Akhirat, dan Menyediakan baginya siksa yang menghinakan.

[Al-Ahzab (33) : Ayat 57]


Berkata Ibnu Abbas Radhiallahu anhu:

"Menyakiti Allah adalah mencipta pembohongan terhadap Allah. Ayat ini berkenaan kafir Yahudi dan Nasara (yang sering menipu, menyelewengkan ayat Qur'an, putar belit hukum Allah mengikut nafsu dan mempertikaikan ketentuan Allah)"

[Tafsir Ibn Abbas]


Berkata Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu:

"Sesungguhnya orang yang menyakiti Allah dan Rasul-Nya sekira-kira mereka melakukan hal yang keji dan kotor, yang secara aqal dan syari'at hak-hal itu dibenci oleh Nabi  ﷺ, lantas mereka menyakiti Nabi dengan hal-hal tersebut, Allah Melaknat mereka, menjauhkan mereka dari Rahmat dan syurga-Nya."

[Tafsir Al-Jilani]


Berkata Imam Qurtubi Radhiallahu anhu:

"Jumhur Ulama mengatakan makna menyakiti Allah adalah kekafiran dan penisbatan anak isteri atau sekutukan Allah (syirik), juga thabitkan Allah dengan sifat-sifat yang tak layak dengan Keagungan-Nya, seperti ucapan Yahudi yang mengatakan bahawa tangan Allah terbelenggu atau seperti ucapan Nasrani yang mengatakan bahawa Al-Masih itu anak Allah, atau seperti ucapan orang musyrik yang mengatakan bahawa Malaikat itu puteri-puteri Allah dan berhala-berhala itu sebagai sekutu Allah."

[Tafsir Qurtubi]


Dalil 2 : Hadith Qudsi:

"Anak cucu Adam telah menyakiti-Ku dengan mencela zaman (waktu), padahal Aku-lah (yang merubah zaman (waktu). Aku-lah yang Mengganti siang malam menjadi siang.

[Imam Muslim]


Bersambung siri 393 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=====================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 583) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...