Sunday, July 07, 2024

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 393)

■■■■■■■■■■■■■■■■■



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa Besar ke-52 : Menyakiti Allah

....sambungan....



Contoh-Contoh Menyakiti Allah

=======================


Sebagai ulangan, pengertian menyakiti Allah:

Melawan Perintah Allah dan undang-undang-Nya

Sekutukan Allah dengan makhluq — zahir maupun batin

Mempersoalkan atau menyalahkan Taqdir

Thabitkan Allah dengan sifat-sifat yang tak layak

Mempersenda, mengejek, mengolok-olok Allah

Berjalan di atas muka bumi dengan penuh kesombongan

Menyakiti Rasulullah dan orang mukmin


Contoh 1: Menghina Undang-undang Allah sebagai kolot

Sebahagian orang moden berpemikiran "liberal" mengatakan undang-undang yang Allah turunkan 1400 tahun dahulu tak sesuai dilaksanakan pada zaman moden.  Mereka benar-benar mencercanya sebagai kolot dan ketinggalan zaman dan sebagainya.  Golongan ini benar-benar menentang Allah.  Mereka telah menghina dan menyakiti Allah dan layak dicampak ke dalam Neraka Jahannam bersama Fir'aun dan Qorun.  Wal Iyazubillah


Contoh 2: Menghina jilbab — pakaian wanita beriman

Orang-orang jahil mengatakan jilbab itu adalah tradisi Arab dan tiada kena mengena dengan islam, sedangkan ia merupakan perintah Allah yang mutlaq di dalam Al-Qur'an.


Firman Allah:


يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّبِىُّ قُل لِّأَزۡوَٲجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَآءِ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ يُدۡنِينَ عَلَيۡہِنَّ مِن جَلَـٰبِيبِهِنَّ ذَٲلِكَ أَدۡنَىٰٓ أَن يُعۡرَفۡنَ فَلَا يُؤۡذَيۡنَۗ وَكَانَ ٱللَّهُ غَفُورً۬ا رَّحِيمً۬ا 


Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta wanita-wanita  yang beriman, supaya mengenakan jilbab (melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai wanita yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

[Al-Ahzab (33) : Ayat 59]


Yang dikehendaki dengan jalaabib atau jilbab adalah sejenis pakaian luar yang besar dan labuh yang menutupi seluruh tubuh,  yang diperintahkan oleh Allah ke atas wanita beriman. 


Pakaian luar yang dimaksudkan itu, adalah pakaian lain selain dari yang biasa dipakai di rumah ketika bersama mahramnya.  Pakaian luar ini boleh jadi satu lapis seluruhnya dari kepala sampai kaki atau dua lapis atau beberapa lapis, asalkan ianya menutupi seluruh tubuh dari kepala sampai kaki sekira-kira tidak kelihatan bentuk badannya atau warna kulitnya. 


Orang-orang jahil menyangka mereka mempersendakan wanita-wanita yang memakai jilbab, sedangkan mereka telah menghina dan menyakiti Allah Azza Wa Jalla.


Contoh 3: Menjisimkan Allah — menyamakan Allah dengan makhluq

Menyamakan Allah Ta'ala dengan makhluq adalah di antara penghinaan terbesar terhadap Allah kerana mereka telah melakukan syirik yang nyata.  Golongan Mujassimah mengatakan Allah mempunyai jisim seperti manusia, mempunyai tangan, kaki, kepala seperti manusia.  Tidak syak lagi mereka mengundang Laknat dan Kemurkaan Allah.  Wal Iyazubillah.


Bersambung siri 394 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=====================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 585) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...