■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI
BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI
(Siri 391)
■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa Besar ke-52 : Menyakiti Allah
=========================
Definisi menyakiti ( يُؤْذُونَ )
======================
Dari segi istilah:
Ungkapan ( يُؤْذُونَ ) adalah bermaksud menyakiti, melukakan, menyusahkan,
Dari segi istilah:
Dikehendaki dengan ungkapan ( يُؤْذُونَ ) = menyakiti Allah adalah: ingkar, lawan, kufur, mempersekutukan Allah dengan makhluq dan menisbahkan Allah dengan sifat-sifat buruk dan sifat-sifat yang tidak layak bagi-Nya.
Penjelasan:
==========
Pertama:
Kemusykilan berkenaan ungkapan "menyakiti Allah"
Barangkali sebahagian orang tertanya-tanya apakah maksud....
"Menyakiti Allah?"
"Mungkinkah manusia (atau jinn) menyakiti Allah?"
"Kuasa besar yang manakah mampu menyakiti Allah?"
"Jika tidak, apakah maksud sebenar makhluq (manusia atau jinn menyakiti Allah)?
Kedua:
Tiada yang mampu berikan manfaat dan tiada satu pun mampu berikan mudarat melainkan Allah
Pada hakikatnya tiada mana-mana makhluq pun mampu mendatangkan manfaat mahupun menolak mudarat dari dirinya sendiri, apa lagi kepada makhluq lain. Maka mana mungkin makhluq membawa mudarat kepada Allah.
Ketiga:
Maksud sebenar Menyakiti Allah
Apabila ternyata tiada yang mampu memberi manfaat dan tiada yang mampu berikan mudarat melainkan Allah, maka maksud sebenar menyakiti Allah adalah:
(i) Manusia mempersoalkan perintah, suruhan atau larangan Allah kadangkala dengan ucapan lidah dan kadangkala bisikan hati.
(ii) Mempersoalkan suatu ketetapan Allah (Taqdir) terang-terangan dan kadangkala di dalam hati.
(iii) Menyamakan sifat Allah dengan sifat makhluq.
(iv) Thabitkan Allah dengan suatu sifat yang tidak layak bagi-Nya. Dan ini berlaku terang-terangan iaitu _syirik jali_ atau tersembunyi dalam hati, iaitu _syirik khafi_.
(v) Mempersendakan atau mengejek Allah. Kadangkala terang-terangan dalam keadaan sedar dan kadangkala tanpa disedari.
(vi) Takabbur, bermegah-megah, menyombong diri.
Hal tersebut di atas asalnya merupakan perlakuan buruk golongan kafir dan munafiq. Namun apabila seseorang muslim mempunyai sifat-sifat buruk ini, maka ditakuti dia jatuh kepada golongan tersebut (kafir atau munafiq). Ini kerana menyamakan Allah dengan sifat makhluq, menentang ketentuan-Nya, melawan hukum-hakam-Nya, memperolok-olok nama Allah dan Rasul-Nya adalah sifat orang kafir dan munafiq.
Keempat:
Tanda Mukmin Sejati:
Tanda benarnya Keimanan seseorang adalah sentiasa Membesarkan Allah, Memuliakan-Nya, Mengagungkan-Nya dan Sucikan-Nya dari sifat-sifat kerendahan, kekurangan dan kekejian, zahir (ucapan dan perbuatan) dan batin (bisikan hati), dan sentiasa redha dengan ketentuan-Nya
Kelima:
Tanda Munafiq:
Orang-orang yang menyakiti Allah dengan berbagai kelakuan buruk terhadap Allah, mempertikaikan ketentuan-Nya, mempersendakan hukum-hakam-Nya dan berjalan atas muka muka bumi dengan penuh kesombongan itu bukan orang beriman sebaliknya dia adalah munafiq.
Keenam:
Laknat dan Kutukan Allah kepada orang yang menyakiti Allah
Mereka yang menyakiti Allah akan menerima Laknat Allah — merasai balasan Kemurkaan Allah ketika di dunia lagi dan bersambung lagi di Akhirat. Di dunia mereka dijauhkan dari Rahmat Allah, tiada keberkatan hidup, hati sengsara dan di Akhirat kemudian menerima Siksaan abadi. Wal Iyazubillah
Ketujuh:
Menyakiti Rasulullah ﷺ adalah sama seperti menyakiti Allah
Barangsiapa menyakiti Rasulullah ﷺ dengan melemparkan kata-kata kehinaan kepada Baginda, atau menyakiti tubuh Baginda atau menghina pakaian Baginda atau apa sahaja berkaitan dengan Baginda, maka semua itu sama seperti menyakiti Allah dan layak menerima Laknat Allah di dunia dan Akhirat.
Bersambung siri 392 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
=====================
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment