■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI
BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI
(Siri 390)
■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa Besar ke-51 : Bocorkan Rahsia
...... sambungan....
Cabang Penting:
Hukum Buka Rahsia Ketuhanan
Membuka rahsia Ketuhanan yang diberikan oleh Allah kepada orang beriman (khususnya Salikin, iaitu mereka yang sedang mujahadah menuju Allah dengan mengikut Jalan Ma'rifat dengan bimbingan Mursyid Pewaris Nabi yang siddiq) adalah suatu Pengkhianatan Amanah, dan pengkhianatan ini di antara yang amat berat hukumannya.
Apakah yang dimaksudkan dengan "Rahsia Ketuhanan" ?
Dikehendaki dengan "Rahsia Ketuhanan" adalah rahsia tertentu yang Allah Ta'ala masukkan ke dalam hati hamba-hamba Allah yang sedang mujahadah pada jalan-Nya, iaitu meliputi:
(1) Rahsia Rabbaniyyah (Ketuhanan)
(2) Rahsia Nubuwwah (Kenabian)
(3) Rahsia Ubudiyyah (kehambaan yang terkait kepada Ketuhanan)
(4) Rahsia Insan (kamanusiaan)
(5) Rahsia makhluq dan sekalian alam ghaib
Rahsia-rahsia ini akan terbuka beransur-ansur dan berperingkat-peringkat kepada Salikin, menurut peningkatan keruhaniannya dan menurut Kehendak Allah (bukan kemahuan salik). Sekalian rahsia ini merupakan "Amanah Allah" kepada Salikin yang WAJIB disimpan baik-baik dan dipelihara lebih dari emas perak dan intan. Mana-mana Salikin membuka Rahsia-rahsia ini kepada umum atau menjadikannya "bahan bualan kedai kopi", maka dia telah khianat kepada Allah.
Berdasarkan adab dan peraturan Jalan Ma'rifat semua macam rahsia ini hanya boleh dilaporkan kepada Mursyid, Pewaris Nabi yang siddiq yang memimpinnya. Setelah ditafsirkan oleh Gurunya (atau tidak tafsirkan), hendaklah diam dan simpan semua rahsia tersebut. Dilarang keras sebarkannya. Ini kerana membuka rahsia Ketuhanan adalah pengkhianatan dan kekufuran .
Berkata Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qadir Jilani Radhiallahu anhu:
"Meskipun (para Kekasih Allah), diberi Ilham akan Rahsia-rahsia Allah, namun rahsia-rahsia tersebut tidak dibuka atau diceritakan kepada orang lain, kerana membuka rahsia Ketuhanan itu adalah kekufuran"
[Sirrul Asrar]
Bersambung siri 391 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
=====================
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment