Wednesday, July 03, 2024

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 389)

■■■■■■■■■■■■■■■■■



 بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa Besar ke-51 : Bocorkan Rahsia

...... sambungan....


Kemusykilan : Hukum bocorkan rahsia kafir Zimmi

Kebanyakan kita sudah maklum bahawa menyimpan rahsia sesama Islam adalah wajib dan bocorkannya merupakan pengkhianatan yang membawa dosa besar. Persoalannya bagaimanakah pula halnya apabila orang yang terlibat di dalam perjanjian tersebut adalah orang kafir zimmi?


Jawapannya...

Bocorkan rahsia yang termeterai antara orang Islam dengan orang kafir (bukan Islam) yang mempunyai status sebagai kafir Zimmi adalah haram. Ini kerana kafir zimmi adalah orang kafir yang bernaung di bawah Pemerintahan Islam, membayar jizyah (sejenis cukai perlindungan) dan menyerahkan diri untuk mematuhi sekalian undang-undang Pemerintahan Islam. Haknya sebagai rakyat dilindungi oleh Pemerintah Islam. 


Dengan demikian, semua bentuk perjanjian wajib ditunaikan dan dilarang khianat kepada apa jua kesepakatan yang telah dipersetujui seperti kerjasama di dalam perniagaan atau pakatan di dalam urusan kemasyarakatan atau lain-lain urusan muamalah dunia. Demikian lagi dilarang merampas sebarang harta mereka atau merosak kehormatan mereka atau cederakan mereka tanpa haq. 


Rasulullah ﷺ  bersabda:


مَنْ قَتَلَ قَتِيْلاً مِنْ أَهْلِ الذِّمَةِ لَمْ يَجِدْ رِيْحَ الجَنَّةِ وَإِنَّ رِيْحَهَا لَيُوْجَدُ مِنْ مَسِيْرَةِ أَرْبَعِيْنَ عَامًا (رواه النسائي)


"Barang siapa membunuh ahluz-Zimmah, maka dia tidak akan mencium bau Syurga, dan sesungguhnya bau Syurga itu boleh dicium dari jarak tempoh perjalanan empat puluh tahun. 

[Imam An-Nasa'i]


Rasulullah ﷺ  bersabda:


مَنْ ظَلَمَ مُعَاهِدًا، أَوِ انْتَقَصَهُ، أَوْ كَلَّفَهُ فَوْقَ طَاقَتِهِ، أَوْ أَخَذَ مِنْهُ شَيْئًا بِغَيْرِ طِيبِ نَفْسٍ، فَأَنَا حَجِيجُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ


“Sesiapa yang menzalimi seorang kafir mu‘ahad, atau mengurangi haknya, atau membebaninya sesuatu yang tidak tertanggung olehnya, ataupun mengambil daripadanya sesuatu tanpa senang hati, maka aku akan menjadi pembelanya kelak pada hari Qiamat”

[Imam Abu Dawud]


Persoalan lain yang bangkit berkait masalah ini adalah status orang kafir yang ada pada zaman ini, bagaimanakah cara kategorikan mereka? Bagaimanakah cara kita berinteraksi dengan mereka? Adakah wajib memenuhi janji-janji dengan mereka dan dilarang bocorkan rahsia-rahsia yang termeterai dengan mereka?


Jawapan:

Hal ini memerlukan huraian dan penjelasan yang panjang. Rumusan ringkas adalah : 

Selama mereka hidup aman bersama orang-orang Islam dan mematuhi undang-undang, maka segala bentuk perjanjian wajib ditunaikan dan dilarang khianati mereka.  Lain halnya dengan _kafir harbi_ yang memerangi Ummat seperti Yahudi pada zaman ini. Ini mempunyai huraian lain.


Bersambung siri 390 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=====================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 583) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...