■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI
BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI
(Siri 413)
■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa Besar ke-55:
Abaikan Toriqat (Tasawwuf)
..... Sambungan....
Dalil 2 : Firman Allah:
هُوَ ٱلَّذِى بَعَثَ فِى ٱلۡأُمِّيِّـۧنَ رَسُولاً۬ مِّنۡہُمۡ يَتۡلُواْ عَلَيۡہِمۡ ءَايَـٰتِهِۦ وَيُزَكِّيہِمۡ وَيُعَلِّمُهُمُ ٱلۡكِتَـٰبَ وَٱلۡحِكۡمَةَ وَإِن كَانُواْ مِن قَبۡلُ لَفِى ضَلَـٰلٍ۬ مُّبِينٍ۬
“Dia-lah yang Mengutus kepada kaum yang buta huruf, seorang Rasul di antara mereka, yang membacakan Ayat-ayat-Nya kepada mereka, menyucikan mereka dan mengajarkan kepada mereka Kitab dan Hikmah (Ilmu rahsia dan pengetahuan mendalam). Dan sesungguhnya mereka sebelumnya benar-benar dalam kesesatan yang nyata.”
[Al-Jumu’ah (62) : Ayat 2]
Ibn Abbas mentafsirkan:
“Rasulullah ﷺ diutus untuk mendidik para Sahabat sehingga suci bersih hati mereka dari Syirik (syirik khafi), iaitu mencapai Tauhid.”
[Tafsir Ibn Abbas]
Ahli Ma'rifat memberikan tafsiran lanjut:
Allah Ta'ala Mengutus Rasulullah ﷺ untuk menyucikan batin para Sahabat daripada semua jenis Syirik — Syirik Jali (Syirik akbar) dan Syrik Khafi (syirik tersembunyi di dalam hati) sehingga mereka menjadi insan-insan suci dan Mengenal Allah Ta'ala dengan sebenar-benarnya, menyempurnakan Ubudiyyah dengan tulus ikhlas, memperoleh Ilmu Hikmah, Ma'rifah dan Taqwa yang tinggi.
Pada Ayat Suci Al-Qur'an ini terdapat banyak sekali faedah kepada orang beriman merenung dan mengambil i'tibar sesuai dengan Pendirian Ahlus Sunnah Wal Jamaah berhubung dengan Qaidah-Qaidah Rasulullah ﷺ yang mendidik dan memproses batin hati para Sahabat bagi menerbitkan "kesucian" di dalam diri mereka. Pada hakikatnya ini adalah Manhaj Al-Qur'an yang Allah Ta'ala Perintahkan kepada Baginda Rasul ﷺ. Qaidah Tarbiyyah Rasul ﷺ kepada Sahabat inilah yang dinamakan Jalan Ma’rifat, iaitu dengan jalan bersungguh-sungguh amalkan Toriqat Rasulullah ﷺ dan tetap berdiri pada Syari’at Rasulullah ﷺ.
Qoidah Tarbiyyah Rasulullah ﷺ ini diwarisi oleh Sahabat, kemudian Tabiin, kemudian Tabiit-Tabiin, Masyaikh, Imam... turun-temurun melalui silsilah yang terpelihara keasliannya sampai ke saat ini di tangan Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq. Orang Islam yang enggan mengambil ilmu ini dan enggan amalkannya sungguh-sungguh, maka mereka akan kekal di dalam kesyirikan (syirik khafi) dan mazmumah (kekejian hati) kerana mereka tiada jalan untuk sucikan hati mereka.
Bersambung siri 414 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
=====================
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment