■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI
BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI
(Siri 261)
■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa Besar 33 : Bercakap yang sia-sia
sambungan....
Contoh 2 : Cerita pengalaman musafir
Setengah daripada perkataan sia-sia adalah cerita seorang kepada orang lain barang yang tiada faedah pada kehidupan dan yang tidak bermanfaat pada Akhirat, bahkan sebaliknya boleh menimbulkan perselisihan dan pertengkaran. Misalnya seorang musafir yang baru kembali menceritakan pengalamannya yang berjela2 sehingga menceritakan setiap hal ehwal perjalanannya yang remeh temeh, umpamanya cerita makan minum, cerita barang2 yang dia beli, pemandangan sepanjangan jalan dsb.
Contoh 3 : Sembang kedai kopi
Hal ini merupakan kegemaran ramai, terutama mereka yang sudah tua dan tiada kerja apa2. Mereka pesan kopi secawan tetapi sembang sampai tengahari. Sebahagian daripada perkataan mereka mungkin benar dan ada kebaikannya namun sebahagian besar daripadanya menjadi sia-sia kerana ucapan-ucapan yang tiada manfaat pada Akhirat dan tiada pula membawa sebarang kebaikan dunia yang bawa kebaikan Akhirat. Bahkan yang lebih buruk adalah ketika mereka mula mengumpat. Sila baca pengertian mengumpat dan hakikat mengumpat. Segalanya bermula daripada perkataan yang sia-sia.
Contoh 4 : Debat Berkenaan Ketuhanan
Hal ini bukan perkara baru. Ia bermula pada permulaan Zaman Tabiin. Mereka yang jahil atau mereka berilmu zahir syari'at sahaja habiskan masa berdebat berkenaan Ketuhanan. Sedangkan debat berkenaan Ketuhanan tiada membawa sebarang manfaat sebaliknya menimbulkan permusuhan dan kesesatan.
Contoh 5 : Debat Politik
Banyaknya kemungkaran yang terjadi di kalangan Ahli politik dan pendokong2 mereka yang habiskan masa dengan bicara politik yang tiada faedah pada Akhirat dan tiada juga manfaat pada dunia yang membawa kepada Akhirat. Bahkan ucapan2 mereka lebih banyak menjurus kepada dosa2 besar — fitnah, namimah, dusta dan ucapan2 kufur.
Contoh 6 : Pejuang youtube, fb dll
Dari satu sudut "media sosial" boleh menjadi alat yang bermanfaat pada hubungkan persaudaraan dan sebarkan kebaikan. Namun pada saat ini, media sosial seperti youtube, fb dll sepertinya bukan sekadar medan bercakap yang sia-sia, tetapi sudah menjadi "kegilaan" masyarakat dunia untuk sebarkan pendustaan. kekufuran dan kesesatan.
Barangkali ada yang membantah. Tetapi sekiranya mereka muhasabah diri, mereka akan sedar bahawa mereka sedang menghimpunkan dosa yang menggunung tinggi hanya bermula dari berkata yang sia-sia.
Bersambung siri 262 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
--------------------------
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment