Thursday, March 09, 2023

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

( Siri 262)

■■■■■■■■■■■■■■■■■



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa Besar 33 :

Bercakap yang sia-sia

sambungan....



Batas perkataan sia-sia

==================


Sesungguhnya terdapat garis pemisah yang sangat halus di antara "perkataan  yang bermanfaat, yang di Redhai Allah"  dengan "perkataan  yang sia-sia, yang mengheret manusia kepada kemungkaran, kefasikan dan kekufuran."  Hal ini tidak disedari. Mengetahui perbezaaannya juga amat sukar. Sehingga sebahagian daripada "perkataan" yang disangka sebagai "baik" sebenarnya "buruk" yang membawa kebinasaan. 


Garis pengukur untuk membezakan perkataan sia-sia dengan yang bermafaat adalah dua perkara :


(1) Jika kamu berdiam diri daripada menyebut perkataan tersebut, maka tiada mendatangkan sebarang mudarat kepada Keimanan kamu dan tiada mudarat kepada harta benda kamu.  Maka tinggalkan perkataan tersebut adalah jalan keselamatan. 


(2) Perkataan yang diucapkan itu tidak menambah keimanan dan tiada membawa sebarang manfaat kepada urusan kehidupan yang telah diyakini sebagai perkara yang diRedhai Allah.   Misalnya Tidak menambah pengetahuan yang baik2, tidak  menambahkan silatur-rahim, atau tidak menambahkan keakraban sesama manusia untuk kebaikan dunia Akhirat.   


Inilah pemisahnya ; 

■ Tidak membawa bermanfaat pada dunia (yang terpuji) dan tiada bermanfaat pada Akhirat (Keimanan dan Ketaqwaan) jika perkataan tersebut diucapkan.

■ Tidak membawa mudarat atau kerugian pada dunia (yang terpuji) dan tiada kerugian pada Akhirat (Keimanan dan Ketaqwaan) jika perkataan tersebut  ditinggalkan.


Di dalam bahasa lain istilah ringkas bagi keadaan ini adalah "harus". Namun ramai yang tidak mengetahui secara terperinci pengertian "harus" dan tidak mengetahui batas pemisah yang membezakan di antara kebenaran dan kebatilan yang terhasil daripadanya.  


Maka para Masyaikh Ahlus Sunnah menegaskan : 

Tinggalkan perkara yang bersifat "harus"  adalah jalan keselamatan bagi orang yang beriman. Ini kerana "ucapan yang harus" seringkali mengheret kepada "ucapan sia-sia yang dilarang"  atau mengheret kepada "berbangga2 diri dan kesombongan" atau mengheret kepada "pendustaan" atau "ucapan2 kufur" dan lain2nya. 


Berkata Imam Ghazali Radhiallahu anhu

"Batas perkataan yang tidak penting (sia-sia)  bagi engkau, ialah : Bahawa engkau berkata dengan perkataan, di mana sekiranya engkau diam dari perkataan tersebut, nescaya engkau tidak berdosa. Dan tiada mendatangkan mudarat kepada engkau di dalam hal Akhirat atau harta apa pun."

[Ihya Ulumuddin]


Bersambung siri 263   اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ


--------------------------

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

      🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 583) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...