Friday, February 17, 2023

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 255)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Dosa Besar 32 : Dustakan Taqdir (Qadha dan Qadar)

...sambungan...


Rawatan dan Penjagaan

=================


Pertama : Taubat Nasuha

Langkah pertama bagi mereka yang keliru atau telah dikelirukan dengan fahaman2 yang bertentangan dengan Pendirian Ahlus Sunnah adalah TAUBAT NASUHA.  Jika seseorang terus-menerus duduk di dalam I'tiqad yang batil, maka sekalian Ibadahnya binasa. Wal Iyazubillah. 


Kedua : Dua macam I'tiqad yang mengelirukan

Dua jenis I'tiqad yang benar2 mengelirukan kebanyakan orang Islam berhubung dengan Persoalan Taqdir adalah :  Mu'tazilah dan Jabariyyah.  Pada pandangan umum, kedua2 doktrin ini kelihatan benar sedangkan haqiqatnya kedua2nya bertentangan pendirian Ahlus Sunnah. 


Ketiga: Memahami Dua Prinsip Penting  — Syari'at dan Haqiqat

Menurut pendirian Ahlus Sunnah Wal Jamaah, terdapat dua prinsip penting di dalam memahami persoalan Taqdir, Af'al Allah (Perbuatan Allah) dan af'al makhluq (perbuatan makhluq) iaitu : 

(1) Syari'at 

(2) Haqiqat


Kaedahnya :

Perbuatan dan perkataan wajib berdiri pada Syari'at (hukum2 Syara' yang ditetapkan di dalam Kitabullah, Sunnah Rasul dan Ijma' Qias Ulama) sedangkan hati berdiri pada Haqiqat (memandang Taqdir Ketentuan Allah)

Jangan samakan keduanya. Jangan campur adukkan keduanya. Jangan tinggalkan salah satu darinya. Fahami persoalan ini dengan sungguh2 yakin. 


Kepincangan di dalam memahami Prinsip penting ini akan menjerumuskan seseorang kepada Mu'tazilah atau Jabariyyah meskipun dia mengaku dirinya Ahlus Sunnah. Sesungguhnya hanya satu garis halus memisahkan Ahlus Sunnah dengan Mu'tazlilah atau Jabariyyah.


Keempat: Berguru kepada Guru Pewaris Nabi yang siddiq

Langkah paling selamat memahami persoalan Taqdir adalah dengan berguru kepada Arifbillah, Ahli Sufi, Mursyid yang siddiq (benar) kerana mereka yang paling tinggi kefahaman di dalam Ma'rifat, Mengenal Allah zahir dan batin.  Jika tidak,  bergurulah kepada orang yang benar2  memahami Persoalan Taqdir menurut Prinsip Ahlus Sunnah Wal Jama'ah.


Kesalahan di dalam memahami Persoalan Taqdir ( zahir dan batin ), bukan sahaja menjerumuskan seseorang kepada dosa besar, bahkan dikhuatiri jatuh kepada Golongan zindiq atau Golongan fasiq tanpa disedari.  Wai Iyazubillah


Bersambung siri  256 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

_________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI           

    🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 583) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...