Thursday, February 16, 2023

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 254)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Dosa Besar 32 : Dustakan Taqdir (Qadha dan Qadar)

...sambungan...


Punca Mendustakan Taqdir

===================


Sekadar peringatan semula. Bicara kita di sini ... orang2 yang mendustakan Taqdir (Qadha Qadar) bukan daripada golongan kafir tetapi dari kalangan orang Islam sendiri, yang mengucap Syahadah, mengakui Allah dan Rasul-Nya. Namun apabila dihadapkan persoalan Taqdir mereka engkar dan fasiq atau jatuh kepada kekafiran, tanpa mereka sedari.  Wal Iyazubillah. 


Hal yang lebih mengejutkan adalah : Pelopor bagi Golongan2 pendusta ini adalah daripada kalangan orang yang bergelar "alim Ulama"  atau "Pendeta Agama".  Jika dibuat perbandingan, golongan ini sama seperti Profesor atau PhD, Drs, Masters dsb pada zaman ini yang tertipu dengan tipu daya  bisikan Iblis. 


Sudah tentu hal ini menghairankan kebanyakan orang Islam. Mereka musykil mana mungkin orang2 "alim Ulama" menjadi pelopor bagi fahaman2 sesat? Namun itulah hakikatnya, Pelopor2 kesesatan adalah terdiri daripada kalangan orang2 bergelar Ulama, Pendeta dan Cerdik pandai Agama. 


Di sini kita sebutkan sebahagian daripada sebab-sebab terjadinya kesesatan di kalangan Golongan yang menyimpang dari Jalan Yang Benar. 


■ Tidak berguru kepada Ulama Warisatul Anbiya yang siddiq.


Mereka tidak mengambil Ilmu daripada Ulama Warisatul Anbiya yang siddiq yang dikenali sebagai Mursyid, Ahli Sufi, Ahli Ma'rifat yang benar2 mewarisi Nabi zahir dan batin.  Sebaliknya mereka berguru kepada ahli falsafah atau orang2 yang rosak Aqidahnya atau mereka membaca sendiri kitab2 dan memahami Agama berdasarkan pendapat sendiri. 


■ Mentafsirkan Al-Qur'an dan Hadith mengikut pendapat sendiri.


Mereka mentafsirkan Al-Qur'an dan Hadith Nabi menurut hawa nafsu —  kerana kepentingan politik atau kerana keinginan mencapai habuan duniawi atau kerana kemahuan Pemerintah. Mereka bukan orang yang layak mentafsirkan Al-Qur'an dan Hadith tetapi mereka gagahi akibat dorongan nafsu dan bisikan Syaitan. 


■ Campur aduk Agama dengan falsafah Kafir.


Mereka mencampur adukkan dasar2 Tauhid dengan falsafah2 kafir seperti Falsafah Yunani dan Parsi atau suatu kefahaman asing dari Islam. 


■ Engkar Toriqat Rasulullah ﷺ,


Mereka hanya amalkan Syari'at (fiqh) sahaja sementara ilmu Toriqat Rasulullah ﷺ, (Tasawwuf, Ihsan) yang berhubung dengan hati dan ruh diabaikan. Bahkan sebahagian besar daripada mereka menentang Toriqat Rasulullah ﷺ, dan segala suatu yang berkait dengan Ilmu Tasawwuf dan keruhanian. 


■ Utamakan perdebatan. 


Golongan ini siang malam tiada tujuan lain melainkan habiskan masa mencari hujjah2 untuk berdebat berkenaan Ketuhanan sedang mereka sendiri amat jahil. Pada sangkaan mereka, berdebat mencari kemenangan di dalam perdebatan itulah Tauhid. Sedangkan yang benar adalah mereka terpedaya dengan bisikan Syaitan. 


✨🕌✨ Sabda Rasulullah ﷺ

"Sesungguhnya orang yang paling dimurkai Allah adalah orang yang paling keras permusuhannya dan yang menentang jika diterangkan hujah kepadanya". 

[Imam Al-Bukhari, Imam Muslim]  


✨🕌✨ Sabda Rasulullah ﷺ

"Sesungguhnya, perkara yang membinasakan ummat sebelum kamu adalah perselisihan mereka berkenaan al-Kitab’.” 

[Imam Muslim]


✨🕌✨ Sabda Rasulullah ﷺ

"Tidaklah suatu kaum tersesat setelah tadinya mereka berada di atas petunjuk kecuali kerana mereka adalah kaum yang gemar melakukan perdebatan. Kemudian Baginda membaca Firman Allah ayat 58, Surah Az-Zukhruf,

"Mereka tidak memberikan perumpamaan itu kepadamu melainkan dengan maksud berdebat sahaja, sebenarnya mereka adalah kaum yang suka bertengkar (berbantah2 mengikut nafsu dan bisikan Syaitan)." 

[Imam Tirmizi]


Bersambung siri  255  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

__________________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI            

🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 583) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...