■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI
(Siri 253)
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa Besar 32 : Dustakan Taqdir (Qadha dan Qadar)
sambungan...
Contoh 4: Pakar Motivasi dan Kaunseling bimbing orang Islam kepada Kesyirikan
Pakar Motivasi, Saikologi, Counselling dsb mencipta berbagai kaedah di dalam usaha membangkitkan semangat manusia. Namun mereka tidak menyedari sebahagian dari cara2 mereka menjurus kepada kesyirikan.
Di antara contoh kata-kata motivasi yang membawa kepada rosak Aqidah atau dikatakan menjurus kepada kesyirikan :
"katakan aku kuat"
"katakan aku hebat"
"katakan aku yang terbaik"
"katakan aku mampu mencapai kecemerlangan"
Mengikut dakwaan mereka, cara ini sangat hebat untuk membangkitkan semangat dan mencapai kecemerlangan di dalam kehidupan, kerjaya dan keduniaan keseluruhannya.
Kami katakan semua pengucapan dan perbuatan ini merosak Aqidah. Ianya jelas berlawanan dengan pengakuan Kalimah Syahadah dan Tauhid. Ia menimbulkan keakuan diri dan Takabbur yang merupakan kesyirikan (syirik khafi) paling besar sesudah penyembahan berhala. Jika seseorang melakukannya dengan keyakinan di dalam hati bahawa sememangnya dia berkuasa berbuat demikian, maka ini kekufuran yang nyata.
Menurut pegangan Ahlus Sunnah, manusia dan makhluq seluruhnya adalah lemah dan tiada daya upaya. Hanya Allah Maha Berkuasa atas setiap sesuatu. Dia Yang Maha Berhendak dan memperlakukan segala sesuatu menurut Kehendak-Nya.
✨🕌✨ Firman Allah :
وَمَا تَشَاءُونَ إِلَّا أَنْ يَشَاءَ اللَّهُ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلِيمًا حَكِيمًا
“dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; Sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendaki-Nya)”.
[Al-Insan (76) : Ayat 30]
Seseorang yang memandang keupayaan diri, melihat kemampuan diri melakukan suatu kebaikan serta menghindari bahaya, maka ini adalah kesyirikan yang amat tersembunyi. Ini dikatakan kesyirikan (syirik hati) kerana mempersekutukan Allah pada Af'al-Nya dan Sifat-Nya Yang Maha Berkuasa memperbuat segala sesuatu. Dari suatu sudut, kesyirikan seperti ini lebih besar bahayanya kerana berlaku di dalam kesamaran (tanpa disedari).
✨🕌✨ Firman Allah :
فَلَا تَجۡعَلُواْ لِلَّهِ أَندَادً۬ا وَأَنتُمۡ تَعۡلَمُونَ…….
“Maka janganlah kamu membuat sekutu untuk Allah padahal kamu mengetahui (bahawa Allah adalah Maha Esa)”
[AL-Baqarah (2) : ayat 22]
Berkata Ibnu Abbas Radhiallahu anhu :
Ibnu Abbas ketika mentafsirkan ayat ini mengatakan: Membuat sekutu untuk Allah adalah perbuatan Syirik, suatu perbuatan dosa yang lebih sulit untuk dikenali dari pada semut kecil yang merayap di atas batu hitam, pada malam hari yang gelap gulita.
[Tafsir Ibnu Abbas]
Tafsiran Ibnu Abbas menepati Hadith Junjungan :
✨🕌✨ Rasulullah ﷺ bersabda:
" Syirik yang dilakukan umatku lebih tersembunyi daripada semut halus yang merayap di atas batu yang besar ".-
[Imam Al Hakim]
✨🕌✨ Rasulullah ﷺ bersabda :
“Aku sangat takut syirik pada Ummatku. Walaupun mereka tidak menyembah berhala, matahari, bulan dan batu. Akan tetapi memperlihatkan kepada orang dengan amal mereka”
[Imam Ibnu Majah, Imam Al-Hakim]
Khulasahnya,
Apabila seseorang mengaku mempunyai kekuatan melakukan sesuatu, atau merasakan diri hebat serta mampu mencapai kecemerlangan atau lain2 sepertinya, maka pegangan seperti ini adalah perbuatan Syirik yang jelas berlawanan dengan Aqidah , menjurus kepada i'tiqad Golongan Mu'tazilah yang meyakini manusia mampu mencipta Taqdirnya sendiri. Dan bahawa Allah Ta'ala tidak mempunyai kaitan dengan perbuatan makhluq. Maka jelas ini Aqidah yang batil dan sesat.
Bersambung siri 254 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
________________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment