Friday, November 04, 2022

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 56)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


7.8  Dosa Besar ke -7:   Putus Asa Dari Rahmat Allah

sambungan....


Musibah kepada manusia:


Di sini kita cuba melihat keterangan darihal Musibah secara ringkas.  Untuk keterangan lanjut yang lebih terperinci sila rujuk Tajuk Risalah "Muhasabah — Sebab2 Musibah Menimpa Manusia"


Definsi Musibah :


Musibah dalam bahasa Arab berasal dari kata ( اَصَبَ  ) —  'asoba, yang bererti tertimpa, terkena, terlimpah, tertuju sasaran.   


Di dalam istilah Syara',  Musibah boleh membawa maksud tertimpa keburukan atau juga dilimpahi kebaikan.  Al-Qur'an menggunakan perkataan "musibah" bagi menunjukkan kedua2 keadaan ini.      Namun lazimnya "Musibah"  dipakai secara meluas untuk menunjukkan suatu keadaan kepedihan, kesakitan, kecelakaan, kesusahan hidup yang tertimpa kepada manusia akibat dari beberapa kejadian yang tidak menyenangkan seperti :


(1) Bencana alam seperti kebakaran, banjir, ribut taufan, tanah runtuh, gempa bumi, taufan dsb.  


(2) Bencana penyakit tubuh seperti  sakit kepala, sakit perut, sakit tulang, penyakit kulit, Ta'un, Denggi, barah, kencing manis, darah tinggi, lemah jantung, strok, asthma, thalasemia, scloresis,  lelah dll.  


(3) Bencana penyakit ruhani seperti halusinasi, bipolar disorder, skizofernia, tekanan jiwa dll.


(4) Hilang pekerjaan, hilang mata pencarian, kehilangan wang ringgit atau harta


(5) Kemiskinan, kepahayan hidup


(6) Terkena fitnah, dizalimi orang, harta dirampas,


Semua kejadian ini lazim terjadi kepada sekalian manusia secara umumnya.  Tetapi perbezaannya adalah kepada siapa Musibah itu terkena dan bagaimana cara orang yang terkena musibah itu menghadapinya.


Pembahagian Musibah :


Musibah terkena pada semua manusia tanpa mengira dia orang beriman, orang kafir, munafiq, fasiq.  Walau bagaimanapun tujuan Allah Ta'ala menurunkan musibah berbeza-beza mengikut keadaan dan hal ehwal manusia, masyarakat atau negara bangsa dunia. 


(1) Musibah kepada orang kafir dan munafiq adalah bentuk hukuman dan penghinaan atas kekafiran mereka. 


(2) Musibah kepada orang fasiq adalah suatu bentuk siksaan dan boleh jadi juga sebagai Amaran Allah atau peringatan Allah supaya  mereka taubat segera dan kembali ke Jalan Allah. 


(3) Musibah kepada orang beriman  yang benar Imannya" adalah suatu bentuk balasan, peringatan berserta penghapusan dosa²,  pemberian pahala dan kenaikan darjat yang DiKurniakan oleh Yang Maha Penyayang (dengan syarat mereka sabar, tawakkal dan redha dengan ketentuan Allah) 


(4) Musibah kepada Auliya Allah / Ahli Ma'rifat adalah suatu bentuk kasih sayang Allah kepada mereka. 


Bersambung siri  57   اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

_________________________  

MAJLIS TAZKIRAH JILANI    

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 527) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّل...