Thursday, September 22, 2022

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

KEWAJIPAN AMALKAN TASAWWUF-TORIQAT

(Siri 39)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


7. 9 Dalil  Toriqat di dalam  Kitabullah dan Hadith Rasul


sambungan.....

Firman Allah :

اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَق َ

خَلَقَ الْإِنْسَانَ مِنْ عَلَق ٍ اقْرَأْ وَرَبُّكَ الْأَكْرَمُ الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَمِ  عَلَّمَ الْإِنْسَانَ مَا لَمْ يَعْلَم"

"Iqra’ (bacalah) dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah Menciptakan manusia dari segumpal darah. Iqra’ (bacalah), dan Tuhanmulah yang Maha Pemurah, Yang Mengajar (manusia) dengan perantaraan Kalam. Dia Mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya." 

[Al ‘Alaq (96): ayat 1-5]


Sekali lagi Kalam Allah ini dibentangkan sebagai hujjah teragung ; kali ini dengan perbahasan lebih mendalam dan hikmah²nya yang tinggi.


Kalimat "  اقْرَأْ "  (iqra) lazim diertikan secara umum sebagai "baca". Ini kita semua tahu dan kenal.


Walau bagaimanapun Kalimat ini tidak hanya terbatas pada makna "baca"  menurut pengertian sempit.  Tetapi ianya suatu "pengisytihan Agung"  yang mengandungi makna yang sangat mendalam.   


Menurut Ulama Bahasa Arab :

Kalimat Agung dan Wahyu  Pertama ini ditinjau dari nahwu (tatabahasa) dan balaghah  (bahasa) mempunyai bebrapa makna iaitu ;  menghimpun kalimat,  menyusun kata²,  menyebut, mengingat, berzikir, merenung, membaca yang tersurat,  merenung yang tersirat,  lihatlah di dalam diri,  renunglah sekalian ciptaan,  renunglah kepada Pencipta kamu....


Menurut Ulama Arif Billah, Kalimat "Iqra"  mendukung  makna yang sangat mendalam,  mencakupi  dua pengertian Agung :

Pertama :

Makna "baca" dengan pengertian  ilmu tersurat iaitu  ilmu hukum-hakam terangkum di dalam Al-Qur'an  berkaitan dengan ibadah anggota zahir —  ibadah khusus seperti solat, puasa, zakat, haji,  dan juga meliputi  muamalah, munakahat, jenayah, pemerintahan, negara dll.  Ini kemudiannya dikenal sebagai Ilmu Syari'at.


Kedua :

Makna "baca"  dengan pengertian ilmu yang tersirat iaitu  "Zikrullah,  Merenung dan Mengenal" yang terangkum di dalam Al-Qur'an  yang berkait dengan ibadah anggota batin -  iaitu  penyucian hati dan ruh dari kekotoran jahiliyah dan kekejian  ma'nawiyyah. Ilmu ini kemudiannya dikenali sebagai Ilmu Toriqat


Kedua-dua ilmu ini — iaitu Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ dihimpunkan oleh Ulama² Ahlus Sunnah kemudiannya kepada bidang masing² menjadi Disiplin Ilmu yang tersendiri : 

Ilmu Syari'at dikenali juga sebagai Ilmu Fiqh.  

Ilmu Toriqat kadangkala disebut juga sebagai Ilmu Tasawwuf atau  Ilmu Tazkiyyatun-Nafs (Ilmu Menyucikan Hati)


Maka kita faham pada kedua² pengertian ini, bahawa Wahyu Pertama yang turun kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad ﷺ mengandungi Perintah Allah yang mutlaq,  pengertian Agung kepada  dua macam ilmu ;  ilmu zahir dan Ilmu batin (hati  dan ruh) yang WAJIB didukung oleh Rasulullah ﷺ dan Ummat Baginda bagi menyempurnakan Tauhid  dan Ubudiyyah kepada Allah Ta'ala. Dan sekaligus menyempurnakan Amanah sebagai Khalifah Allah di atas muka bumi.  


Penegasan di sini:

Kedua² Syari'at dan Toriqat terbit dari Wahyu Ilahi.   Cuma pada hayat Rasulullah ﷺ belum ada pembahagiannya.


Al-Qutb Tajul Arifin Shaikh Yahya Al-Kholidi menyebut di dalam Risalah Ma'rifat:

"Ya anakku, ada pun ilmu Toriqat itu terbit dari Wahyu yang dibawa oleh Jibril Alahis-Salam kepada Nabi Muhammad ﷺ , dengan hadith  Mutawathir pada silsilah Toriqat itu dengan Qudsi (penuh kesucian) seperti Sabda Nabi ﷺ , :

مَاصَبَّ اَللّهُ صَدْرِى صَبَبْتُ فِى صَدْرِى اَبُوبَكْرٍ 

"Apa-apa yang dituangkan oleh Allah ke dalam dadaku, aku tuangkan pula ke dalam dada Abu Bakar"

[Imam Bukhari]

[Risalah Naqsyabandiah Al- Kholidiyah, Siri 1 ms 5]


Difaham pada kata² hikmah Al-Qutb Tajul Arifin Shaikh Yahya Al-Kholidi,  Toriqat itu adalah Wahyu Ilahi yang sampai kepada kita melalui jalan yang mutawathir, iaitu khabar paling sahih yang TIDAK boleh diengkari oleh sesiapa pun.


bersambung siri 40   اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

         

No comments:

Post a Comment

 ■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 522) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...