Thursday, September 22, 2022

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

KEWAJIPAN AMALKAN TASAWWUF-TORIQAT

(Siri 38)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


7. 9 Dalil2  Toriqat di dalam  Kitabullah dan Hadith Rasul


Sebelum ini telah selesai pembentangan Dalil² Tasawwuf di dalam Kitabullah dan Hadith.


Kini kita meninjau Dalil Toriqat.   


Yang sebenarnya dalil² berhubung dengan Ilmu Toriqat adalah hampir serupa dengan dalil² bagi Ilmu Tasawwuf kerana kedua²nya saling berkait dengan kaitan erat, tiada dapat dipisahkan.  Imbas kembali —  huraian ringkas terdahulu pada awal Risalah ini....


Tasawwuf adalah bagaikan "buah ranum yang sangat enak² "  sedangkan Toriqat adalah "jalan untuk memetik dan menikmati kelazatannya"  


atau ...


Tasawwuf adalah bagaikan "permata² indah gemerlapan  yang tiada ternilai harganya",   sedangkan Toriqat adalah  "menunjuk jalan untuk mengutip permata² tersebut dengan murni".  


Tasawwuf  adalah  "kesucian hati dan ruh, dan kebaikan akhlaq terpuji"  sedangkan Toriqat menunjuk "jalan untuk menjadikannya kenyataan".


atau...


Tasawwuf adalah khabar berkenaan " Taman Indah yang penuh kebahagiaan " sementara Toriqat "menunjukkan Jalan² sampai ke tempat tersebut dengan selamat".


Ringkasnya semua ini bermaksud :

Tasawwuf Menulis dengan tinta emas berkenaan "Kesucian Hati,  Keindahan jiwa,  kebaikan akhlaq,  kecemerlangan Iman, Tauhid, Taqwa, Ma'rifat, Keredhaan dan Kasih Allah"   sementara Toriqat menunjuk "Jalan² untuk mencapai segala kecemerlangan tersebut". 


Dengan ini fahamilah bahawa Toriqat itu BUKAN suatu yang berasingan dengan Tasawwuf, sebaliknya  melalui Sistem Pendidikan Toriqat itulah yang menyampaikan  kepada hakikat Tasawwuf —  " kesempurnaan Tauhid dan Ubudiyyah" /  "Maqam Mukasyafah"  / "Ma'rifat"  / "Maqam Ihsan"  — kesemuanya atas Limpah Rahmat Allah yang Maha Pemurah.


Oleh kerana kedua²nya saling berkait dan berlaziman, maka dalil²nya hampir serupa. Dengan demikian dalil² yang telah disebutkan memadai sebagai rujukan dan tidak diulangi lagi. Kecuali beberapa dalil khusus seperti akan datang. In shaa Allah.


Sedikit peringatan semula sebagai penjagaan...!

Setiap Muslim yang ingin mencapai kecemerlangan tersebut WAJIB tanpa kecuali menempuh perjalanan yang panjang dengan penuh beradab dan mematuhi hukum Syari'at dengan pimpinan Shaikh Mursyid yang siddiq, Pewaris Nabi yang sebenar.   Inilah TRADISI WARISAN kecemerlangan yang  diterima daripada Rasulullah   ﷺ   dan  telah dibuktikan oleh para Sahabat Ridhwanullah, kemudian disambung oleh sekalian Masyaikh  (jamak bagi Shaikh - Pewaris Nabi yang siddiq - Ulama bertaraf Auliya Allah) sampai ke saat ini dan sampai Qiamat.  


Ini bermaksud seseorang Muslim TIDAK akan memperoleh Tasawwuf, Haqiqat, Ma'rifat, haqiqat Iman dan Tauhid yang sebenar tanpa melalui pintu Syari'at dan Toriqat  yang diterima daripada Rasulullah ﷺ .  Jika seseorang mengaku dia boleh sampai kepada segala kecemerlangan tersebut  tanpa melalui Toriqat, tanpa berpegang kepada Syari'at dan tanpa pimpinan Guru Mursyid yang siddiq,  maka ianya pendustaan dan tipu daya nafsu.   Ini berdasarkan keterangan Al-Qur'an, Sunnah yang dibuktikan oleh sekalian Masyaikh  (Warisatul Anbiya sebenar / Ulama bertaraf Auliya Allah).   


Adapun berkenaan dengan majzub  yang semata² majzub  (tidak langsung melalui proses salik)   tidak masuk ke dalam sukatan pelajaran Sistem Pendidikan yang tersusun yang diterima turun-temurun daripada Rasulullah ﷺ maka tidak dijadikan sebagai panduan, ukuran atau penilaian.   Ianya adalah urusan Allah semata² yang tidak boleh difikirkan dengan aqal sempit.  (perbincangan lanjut akan datang in shaa Allah).


bersambung siri  39  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

__________________________    

MAJLIS TAZKIRAH JILANI       

         

No comments:

Post a Comment

 ■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 522) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...