Thursday, September 22, 2022

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

KEWAJIPAN AMALKAN TASAWWUF-TORIQAT

(Siri 36)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


7.8 Dalil Tasawwuf di dalam  Kitabullah dan Hadith Rasul    


sambungan ...

Pada siri 33 ~ 35, kami telah bentangkan kesudahan Ilmu Tasawwuf — suatu gambaran umum berkenaan dengan keindahan hati, kecemerlangan Iman / Tauhid / Ma'rifat, kelazatan Ubudiyyah, Keredhaan Allah, Kasih Allah dan kebahagiaan hidup seluruhnya — yang dijanjikan kepada hamba² Allah yang benar² mujahadah "mencari jalan kembali kepada Allah "   dengan penuh Adab mematuhi Disiplin Jalan Ma'rifat pada waktu yang panjang. 


Maksud Jalan Ma'rifat adalah gabungan Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ  ( huraian lanjut pada Risalah Tingkatan Iman)   dengan pimpinan Shaikh Mursyid yang siddiq — Pewaris Nabi sebenar.


Sehingga apabila telah nyata akan "kebenaran dirinya', maka di sana Allah Ta'ala berkenan Mengurniakan nya Maqam Mahmud, (terpuji),  Maqam Qurbah, (kehampiran), dan Maqam Mahabbah (kasih)


Persoalan yang lazim bangkit...  


● Adakah mungkin mencapai Maqam tertinggi ini?


● Apakah semua orang Islam layak / berpeluang mencapainya?


●Bagiamanakah mencapainya?  Apakah Jalannya? Apakah wasilahnya? Apakah syarat dan peraturannya?


● Bolehkah mencapainya (kecemerlangan Tauhid hakiki / Ma'rifat / Taqwa)  dengan bacaan kitab yang banyak semata²?


● Bolehkah mencapainya   (kecemerlangan Tauhid hakiki / Ma'rifat / Taqwa) dengan perdebatan / diskusi / seminar / kursus dsb.?


● Bolehkah mencapainya (kecemerlangan Tauhid hakiki / Ma'rifat / Taqwa) dengan jalan sendiri tanpa pimpinan Guru yang arif?


● Jika wajib ikut seorang pemimpin, Siapa yang memimpinnya?  


● Jika Wajib mematuhi Prinsip, syarat, Adab, Jalan² khusus, apakah cara mengetahuinya?


● Bagaimanakah cara memastikan seseorang Muslim itu tidak menyeleweng kepada kebatilan / kesesatan? 


Sesungguhnya keseluruhan perjalanan ini berserta istilah²nya,  Prinsp²nya, Adabnya,  Peraturannya, Maqam² Pencapaiannya, telah diterangkan sejelas²nya oleh Masyaikh Ahlus Sunnah. (Ulama bertaraf Auliya Allah).


Demikian lagi mereka telah menjelaskan penyimpangan golongan Sufi palsu,  golongan keruhanian yang tertipu,  golongan keruhanian menyeleweng dari Jalan Ahlus Sunnah.


Kesemua ini diterangkan oleh Masyaikh  di dalam Kitab Tasawwuf.  


Dengan menuntut Ilmu Tasawwuf dari Guru yang arif -- Mursyid yang siddiq, seseorang akan tahu bahawa untuk mencapai kecemerlangan tersebut, dia mesti mencari Penunjuk Jalan yang sebenar² arif --  Mursyid yang yang siddiq Pewaris Nabi yang sebenar.


Jika seseorang tidak menuntut Ilmu Tasawwuf dan tidak berserta dengan Musyid yang siddiq — Pewaris Nabi yang sebenar,  maka TIDAK mungkin dia mencapai kesemua kecemerlangan Iman / Tauhid / Ma'rifat  tersebut.  


Bahkan TIDAK mungkin dia memperoleh perkara²  ASAS  kesucian sekalipun tanpa menuntut Ilmu Tasawwuf- Toriqat berserta Ahlinya (Mursyid yang siddiq). TIDAK mungkin dia memperoleh khusyu di dalam solat, TIDAK mungkin dia dapat melawan  sekalian was-was bisikan nafsu syaitan, TIDAK mungkin dia dapat hapuskan semua syirik² khafi  (syirik tersembunyi) yang bersarang di dalamnya,  TIDAK mungkin dia mampu membersihkan hati dari sifat² mazmumah (kekejian),TIDAK mungkin dia hilangkan ghaflah (kelalaian),  TIDAK mungkin dia memperoleh sekalian ketenangan yang dijanjikan.  Semua ini telah disebut dan dibuktikan oleh sekalian Masyaikh (Shaikh-Shaikh Pewaris Nabi terdahulu)


bersambung siri  37  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

_________________________    

MAJLIS TAZKIRAH JILANI      

        

No comments:

Post a Comment

 ■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 522) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...