Wednesday, September 21, 2022

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

KEWAJIPAN AMALKAN TASAWWUF-TORIQAT

(Siri 35)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


7.8 Dalil Tasawwuf di dalam  Kitabullah dan Hadith Rasul

sambungan ...


Bukti² terakhir  yang dibentangkan di atas  BUKAN saja menunjukkan kepada bukti² Ilmu Tasawwuf, tetapi bukti kukuh berhubungan dengan missi / perutusan sekalian Rasul ke muka bumi bagi memenuhi Dunia dengan Kalimah Allah. Dan kesinambungan missi tersebut oleh Pewaris Nabi yang dipanggil Shaikh Mursyid — Ahli Ma'rifat — Ahli Sufi.


Sebagai pengetahuan umum, di sini kita sebutkan beberapa maksud dan tanda² hamba Allah yang di- Kurniakan Maqam tersebut, sebagaimana dijelaskan oleh sekalian Masyaikh Ahlus Sunnah Wal Jamaah.


(1) Maqam ini adalah pencapaian tertinggi hamba² Allah —  Maqam Ma'rifat  tertinggi (baca :  Maqam Tauhid tertinggi)  dan ubudiyyah yang sempurna.   Pada setiap saat mereka di dalam ketaatan dan ubudiyyah yang tinggi.  Pada setiap masa dan keadaan mereka berdiri teguh pada  hukum syari'at dan adab² Toriqat —  Suatu kesempurnaan yang hanya mampu dilakukan oleh hamba² pilihan Allah.


(2)  Qalb (hati),  Ruh (roh) dan Sirr ( Rahsia yang sangat dalam) mereka telah disucikan sehingga bercahaya² memenuhi langit dan bumi.   Sekalian syirik khafi  (tersembunyi),  mazmumah  (sifat keji),  ghaflah (kelalaian)  telah musnah.  


(3)  Allah Ta'ala mengangkatnya (hamba pilihan-Nya)  ke Arasy,    menghadap  Hadratul Quddus,  tanpa kaifiyyat   (cara),   menyaksikan wajah-Nya yang Maha Suci.  Pada setiap masa dan keadaan,  mereka tetap menghadap Wajah Allah Yang Maha Suci.  Dan pada waktu yang sama mereka menghadap makhluq (manusia) untuk memimpin mereka kepada Allah Ta'ala.  Bagaimanakah mungkin ini terjadi?  Ini adalah kemuliaan khusus Anugerah Allah.  (diperincikan di dalam Tajuk :  Tingkatan Iman- Tauhid - Ma'rifat)


(4) Penglihatan, pendengaran, gerak dan diamnya  dilimpahi Rahmat Allah, Keredhaan dan Kasih Sayang-Nya. Tidaklah dia berkata²,   bergerak atau diam melainkan semuanya dari Gerak Allah Yang Maha Agung.   Tidaklah dia melihat melainkan setiap penglihatannya menembus dari penglihatan Allah.   (pengertian rahsia haqiqat yang lebih mendalam tidak disebut di sini)


(5) Hamba² Allah yang diKurniakan oleh Allah kepada Maqam tertinggi ini tidak ada kekhuatiran, tiada takut sesuatu pun selain Allah,  tiada kembimbangan apa pun terhadap dunia. Di hati mereka hanya wujud Allah. Setiap amal ibadah hanyalah mencari Redha dan Kasih-Nya.


(6) Demikian hampirnya kepada Allah sehingga tidak ada unsur nafsu jahat dapat memasukinya.  Tidak ada bisikan jinn syaitan mampu menghampirinya. Tidak ada godaan dunia atau makhluq mampu merosakkannya kerana dia sentiasa di dalam pemeliharaan Allah Ta'ala.  


(7) Maqam Kesucian yang tertinggi ini juga disebut dengan berbagai istilah iaitu:

Maqam Tauhid Yang Sempurna,   

Maqam Tasawwuf yang sempurna,  

Maqam Mukasyafah,   

Maqam Taqwa,  

Maqam Ihsan,  

Maqam Tajjali


(8) Secara umum  inilah Maqam sekalian Rasul dan Nabi.   Ertinya semua Rasul dan Nabi adalah Ahli Ma'rifat yang tinggi.     Namun secara khusus, penjelasan ini adalah berkait dengan Ahli Ma'rifat /  Ahli Sufi yang  menyambung Warisan Rasulullah ﷺ  — Shaikh Mursyid yang siddiq


(9) Pencapaian Maqam tertiinggi  ini semata² Anugerah Allah kepada hamba² pilihan-Nya  yang benar² ikhlas mencari-Nya, benar2 mujahadah melawan nafsu² rendah pada waktu yang sangat panjang dengan pimpinan Shaikh Mursyid yang Siddiq.  Ianya BUKAN barang mainan atau khayalan yang didapati dalam sekelip mata..!


(10) Kurnia Allah kepada hamba² pilihan-Nya ini datang dengan "Amanah yang berat".    Ia bukan hadiah yang boleh dibuat sesuka hati. Ahli Ma'rifat — Murysid yang Siddiq mewarisi Maqam Nubuwah (Maqam Kenabian)   mempunyai tugas, tangggungjawab dan amanah besar bagi memimpin Ummat (Ahlus Sunnah ) sampai Qiamat.  


bersambung siri  36  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

_________________________    

MAJLIS TAZKIRAH JILANI       

    

No comments:

Post a Comment

 ■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 522) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...