Wednesday, September 21, 2022

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

KEWAJIPAN AMALKAN TASAWWUF-TORIQAT

(Siri 34)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


7.8 Dalil Tasawwuf di dalam  Kitabullah dan Hadith Rasul

sambungan ...


Dalil dari 35 - 40 adalah Hujjah² berhubung dengan kemuncak Tasawwuf, iaitu Kemuncak Kesucian,  Kemuncak Mengenal Allah,  Kemuncak Pencapaian Ma'rifat,  Kemuncak Ubudiyyah yang sempurna iaitu hal keadaan seseorang hamba Allah     " bertemu" dan "melihat"  dan "berserta"   Zat Allah Yang Maha Suci.   

Maksud "Pertemuan dan Penyaksian" kepada  Allah ini   berlaku  ketika dia masih di dunia ini lagi, iaitu  yang terkhusus kepada hamba² pilihan Allah yang telah benar² suci bersih hati nya hasil mujahadah  pada waktu yang sangat panjang dengan asuhan dan bimbingan Shaikh Mursyid yang siddiq, Pewaris Nabi yang sebenar.

Sesungguhnya "pertemuan dan penyaksian"  kepada Zat Allah  tersebut (ketika di dunia)  adalah pertemuan dan pandangan keruhanian, BUKAN pertemuan fizikal dan BUKAN pandangan dengan mata kepala.  Pandangan kepada Allah dengan mata kepala hanya berlaku di akhirat nanti. 


Ini lah yang disebut " Syurga Ma'rifat"  — Syurga yang disegerakan kepada Kekasih² Allah.  Syurga melihat Allah, berserta dengan-Nya dan berkasih² dengan-Nya.   Syurga yang di dalamnya tidak ada istana atau bidadari,  tetapi yang wujud hanya Zat Allah Yang Maha Agung.

Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu berkata :

"itulah  umpama satu syurga padanya tidak ada taman dan kebun, tidak ada sungai madu dan susu.  Itulah syurga memandang hanya Wajah Allah.

[ Sirrul Asrar Fi Ma Yahtaju Ilaihil Abrar]


Mari kita sekali lagi perhatikan Dalil 35-40 yang menyimpan rahsia Agung berhubung dengan pertemuan dan penyaksian Ahli Ma'rifat kepada Wajah Allah Yang Maha Suci.


Ungkapan  —   إِلَىٰ رَبِّهَا نَاظِرَةٌ   —   "Kepada Rabb (Tuhan)  mereka melihat.

Pengertian zahirnya adalah Ahli Syurga melihat Allah di akhirat.   

Pengertian hakikatnya adalah Ahli Ma'rifat melihat Allah ketika di dunia lagi (sebelum mati) 


Ungkapan — لِقَآءَ رَبِّهِ —  "Pertemuan kepada Rabb (Tuhan Rabbul Jalil)"

Pengertian zahirnya adalah Ahli Syurga diberi kemuliaan bertemu Allah.

Pengertian hakikatnya adalah Ahli Ma'rifat diberi kemuliaan bertemu Allah ketika di dunia lagi. (sebelum mati.)

Maksud "Pertemuan"  adalah Pertemuan ruh kepada Zat Allah


Ungkapan — أَنْ تَعْبُدَ اللهَ كَأَنَّكَ تَرَاهُ  —  "Sembahlah Allah seakan² Engkau melihat Nya"    

Lafaz dan pengertian ini  memilki hanya satu makna,  dan makna khusus, sebagai   isyarat bahawa "melihat Allah"   ketika masih di dunia adalah benar.   Dan ianya Anugerah Allah kepada Ahli Ma'rifat.


●Apakah maksud "Ihsan"  yang dikehendaki oleh Allah dan Rasul-Nya?

●Apakah maksud "sembah Allah seakan² kamu melihat-Nya?"

●Bagaimanakah jalan² untuk mencapainya?  

●Bolehkah  ianya  dibuat²  atau direka sesuka hati?

●Apakah ianya boleh didapati dengan berangan²?

●Adakah ianya teori-teori aqal?

●Apakah ianya dipelajari di kelas,  kuliah, seminar, diskusi, perbahasan atau sebagainya?


Di sini kita tidak membincangkan kesemua ini secara detail.   Perbincangan dan penjelasan  lebih terperinci dijelaskan di dalam Risalah :    

"Tingkatan Iman - Tauhid - Ma'rifat"

Sila rujuk.


Di sini kita kita cuma terangkan secara ringkas akan wujudnya hamba² pilihan Allah yang sampai ke Maqam Ihsan — Maqam kesempurnaan Ma'rifat (Mengenal Allah dengan sebenar kenal)  dan Kesempurnaan Ubudiyyah bersertanya. Demikian lagi ia bertujuan menjelaskan bukti² amat jelas berkenaan Ilmu Tasawwuf  di dalam Kitabullah dan Sunnah Rasul ﷺ .     


bersambung siri  35  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

_________________________    

MAJLIS TAZKIRAH JILANI       

        

No comments:

Post a Comment

 ■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 522) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...