Thursday, September 22, 2022

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

KEWAJIPAN AMALKAN TASAWWUF-TORIQAT

(Siri 40)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


7. 9 Dalil  Toriqat di dalam  Kitabullah dan Hadith Rasul


sambungan.....

Al-Qutb Tajul Arifin Shaikh Yahya Al-Kholidi menyebut di dalam Risalah Ma'rifat:

"Ya anakku, adapun ilmu Toriqat itu terbit dari Wahyu yang dibawa oleh Jibril Alahis-Salam kepada Nabi Muhammad ﷺ , dengan hadith  Mutawathir pada silsilah Toriqat itu dengan Qudsi (sebenar2 kesucian) seperti Sabda Nabi ﷺ :

مَاصَبَّ اَللّهُ فِى صَدْرِى صَبَبْتُ فِى صَدْرِى اَبُوبَكْرٍ 

"Apa-apa yang dituangkan oleh Allah kedalam dadaku, aku tuangkan pula ke dalam dada Abu Bakar.

[Nukilan : Risalah Naqsyabandiah Al- Kholidiyah,  Siri 1  ms 5]


Dari kata2 Hikmah Al-Qutb Tajul Arifin  Shaikh Yahya Al-Kholidi, dapat difahami dengan jelas bahawa Toriqat itu adalah Wahyu Ilahi yang sampai kepada kita melalui jalan yang mutawathir,  iaitu sejumlah besar Ulama Pewaris Nabi yang siddiq (benar) yang terpercaya menyampaikan khabar dari  Rasulullah  ﷺ    berurutan - sambung-menyambung tanpa putus,  dengan khabar  yang serupa sehingga tidak mungkin mereka semua berpakat untuk berdusta.  


Dengan demikian meyakini dan mengimani Toriqat sebagai Wahyu Ilahi adalah termasuk hal Aqidah / Keimanan.  Mendustakan Toriqat Sahih yang diterima dari Rasulullah ﷺ adalah menyebabkan musnah IMAN - TAUHID...!


Wal Iyazubillah


Penegasan di sini adalah :

Fahami sungguh² Pernyataan Agung ini — bahawa Toriqat itu adalah datang dari wahyu —  Perintah dari Tuhan Yang Maha Agung  kepada Junjungan Besar Rasulullah ﷺ   dan BUKAN rekaan atau bid'ah sesat seperti yang tuduhan wahhabiyyah atau golongan sesat lain. Maka binasalah golongan yang mempertikaikan Toriqat sahih yang diterima turun-temurun dari Rasulullah ﷺ . 


Kesempurnaan seorang Muslim bergantung kepada sejauh mana dia mempelajari, mendokong dan menghayati kedua² ilmu tersebut sekaligus tanpa memisah²kan atau meninggalkan salah satu dari kedua nya.  Sehingga Seluruh Ulama Ahlus Sunnah berfatwa bahawa sesiapa meninggalkan salah satu dari ilmu tersebut, maka dikhuatiri dia jatuh kepada fasiq atau zidiq.  Na'uzbillahi min zalik.


Inilah yang dimaksudkan oleh Imam Malik ketika beliau berkata:

مَنْ تفقَّهَ ولم يتصوف فقد تفسق، ومَنْ تصوَّف ولم يتفقه فقد تزندق، ومن جمعَ بينهما فقد تحقَّق

“Sesiapa yang mempelajari ilmu fiqh tanpa mengamalkan tasawuf, maka dia menjadi fasiq. Dan sesiapa yang mengamalkan tasawuf tanpa mempelajari ilmu fiqh, maka dia menjadi zindiq. Dan sesiapa yang menggabungkan antara kedua-duanya, maka dia telah haqq  -  mencapai kebenaran. ”


[Kata² hikmat  Imam Malik ini sangat masyur sehingga dinukil di dalam banyak kitab² Ahlus Sunnah antara nya : 

Ihya Ulumuddin - Imam Ghazali,   Sirus-Salikin - Shaikh Abdus Somad Falimbani,  Qawaid Tasawwuf - Imam Zarruq,  Tanwirul Qulub - Imam Amin Kurdi]



bersambung siri 41  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

________________________    

MAJLIS TAZKIRAH JILANI      

         

No comments:

Post a Comment

 ■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 522) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...