Tuesday, September 20, 2022

 BIODATA RINGKAS SHAIKH SAYYID ABU TOHIR

==========================================


NAMA PENUH :

Shaikh Sayyid Abu Tohir bin Shaikh Ibrahim


MASTAUTIN

Berasal dari P.Pinang dan kini bermastautin di Kajang, Selangor Darul Ehsan 


KEDUDUKAN : 

Guru Mursyid @ Ahli Ma’rifat   Toriqat Naqsyabandiah Kholidiah.


BIL KEPADA SILSILAH:

Beliau adalah Pewaris  yang ke-37 pada Rantaian Emas Silsilah Toriqat Naqsyabandiah, Toriqah Mu'tabarah Ahlus Sunnah Wa Jama'ah. ( Silsilah perguruan sambung-menyambung sehingga sampai kepada Rasulullah ﷺ)


GURU :

Al Marhum Tajul Arifin Shaikh Yahya Al Kholidi  رضي الله عنه ,  Sisilah ke -36 Rantaian Emas Toriqah Naqsyabandiah, Toriqah Mu'tabarah Ahlus Sunnah Wa Jama'ah.

(Wafat 11 Syawal 1409H/ 17 Mei 1989M)


AMANAH /  DIIJAZAHKAN UNTUK:   

Memimpin   manusia menurut Prinsip2 Ahlus Sunnah di dalam satu  Sistem Pendidikan tersusun dan terlengkap dipanggil Madrasah Ahli Sufi @ Ahli Ma’rifat.


Alhamdulillah besarnya Rahmat Allah, beliau layak dan diberi ijazah  untuk pimpin Suluk Selama 40 hari di mana-mana tempat jua. Alhamdulillah besarnya Ni'mat Allah.


KITAB :  

       

Boleh mengajar  dan mendidik hamba2 Allah dengan Kitab2  Tasawwuf / Toriqat berikut :


(1)  Kitab Siirul Asrar Fi ma Yahtaju Ilaihi Abrar Shaikh Abdul Qadir Jilani   رضي الله عنه


(2) Kitab Al Ghunyah Li Talibil Muridil Haqq_   -    Shaikh Abdul Qadir Jilani     رضي الله عنه


(3) Kitab Fathur Rabbani Wa Faid Ar Rahmani  Shaikh Abdul Qadir Jilani  رضي الله عنه


(4) Kitab Futuhul Ghaib - Shaikh Abdul Qadir Jilani  رضي الله عنه


(5) Kitab Jila Al-Khawathir Shaikh Abdul Qadir Jilani رضي الله عنه


(6) Kitab Futuhatul Makkiyyah Ibnu Araby  رضي الله عنه


(7) Kitab Fusus Hikam  Ibnu Araby  رضي الله عنه


(8) Kitab Hikam Ibnu Atho illah رضي الله عنه


(9) Kitab Ihya Ulumuddin Imam Ghazali  رضي الله عنه


(10) Kitab Sirrus Salikin Shaikh Abdus Samad Falimbani  رضي الله عنه


(11) Kitab Risalah Qusyairiyyah Imam Qusyairi  رضي الله عنه


(12)  Kitab Prinsip Tasawwuf  Imam Zarruq رضي الله عنه


(13)  Kitab Qutul Qulub Imam Abu Talib Al Makki  رضي الله عنه


(14)  Kitab Jami’ Usul Fil Auliya    Imam Ahmad Al Kamasykhanawi  رضي الله عنه


(15) Kitab Kasyful Mahjoob  Imam Hujweri  رضي الله عنه


(16)  Kitab Tabaqat Asy-Sya’rani   رضي الله عنه


KELAYAKAN MENDIDIK KEPADA MA'RIFAT (BACA : TAUHID TINGGI)


Telah dianugerahkan kepada Maqam Musyahadah Mukasyafah tertinggi. 


Dengan demikian In Shaa Allah, dengan Rahmat Allah boleh mendidik keruhanian  hamba2 Allah dari Tingkatan paling bawah  sehingga kepada Tingkatan Tertinggi Ma’rifat, iaitu Peringkat Musyahadah Mukasyafah  (baca : Tauhid peringkat tertinggi) 


In Shaa Allah. 


Kata Guru : Peringkat Ma’rifat tertinggi ini jarang2 orang dapat mencapainya. Tetapi jika seseorang hamba itu benar2 ikhlas dan sungguh2,  In Shaa Allah akan terbuka pintu2 Ma’rifat dengan Rahmat Allah Ta’ala.


TAHAP PENCAPAIAN MA'RIFAT (TAUHID SUCI MURNI) :

Menurut kata Guru, pencapaian Tauhid di dalam Disiplin Ma'rifat inilah Tauhid yang suci murni, iaitu hati seseorang hamba Allah suci bersih daripada sekalian syirik khafi dan mazmumah dan ghaflah.

Jika seseorang TIDAK mujahadah pada jalan Allah ini, maka dia TIDAK akan memperoleh Tauhid yang suci murni ini. Dia akan sentiasa diselubungi syirik khafi dan mazmumah dan ghaflah.

Ini termasuklah alim fekah, alim kitab yang mahir dalam ilmu alat, hafiz Qur'an dll yang TIDAK melalui Pendidikan di bawah pimpinan Shaikh Mursyid  ini, mereka takkan mampu keluar dari kekejian hati dan kesyirikan.  (Sepakat Ulama Ma'rifat). Mereka akan sentiasa akan diselubungi was was dan kekeruhan hati.

Menurut beliau lagi, tingkatan2 Tauhid yang akan ditempoh oleh murid yang salik  adalah seperti berikut :

(1)  Tauhid Af’al

(2)  Tauhid Asma’

(3)  Tauhid Sifat

(4)  Tauhid Zat

(5)  Tauhid Zat yang sempurna


Kesemua Tingkatan Tauhid di atas dicapai melalui berbagai Latihan Mujahadah lawan nafsu2 kejahatan berserta Zikrullah, Muraqabah, Musyahadah seperti berikut :


Pertama :   

Zikrullah 10 Tingkatan


Kedua :        

Muraqabah  40 Tingkatan


Ketiga :        

Musyahadah 6 Tingkatan


Setiap Tingkatan mempunyai beberapa pecahan dan latihan2 khusus. Kesemua ini memakan masa puluhan tahun untuk mencapainya.


PENJELASAN RINGKAS

PERJALANAN HIDUP :


1984 M - Berbai'at dengan  Al Marhum Tajul Arifin Shaikh Yahya Al Kholidi  رضي الله عنه


1984 M - Mula bersuluk /  khilwah (sistem uzlah menurut Disiplin Ahli Ma'rifat)


Beliau bersungguh2 berguru dengan Al Marhum Tajul Arifin Shaikh Yahya dengan mengambil ilmu Syari'at dan sekaligus ilmu Toriqat/ Tasawwuf daripada beliau.


Walaupun beliau berguru kepada beberapa orang Mursyid lain, Al Marhum Shaikh Yahya  adalah  Guru yang paling berpengaruh  kepada beliau.


Al Marhum Tajul Arifin Shaikh Yahya adalah Ulama yang tersangat alim di dalam segenap bidang Ilmu Syari'at dan tersangat arif menguasai Ilmu Ma'rifat.  


Walau bagaimanapun guru kita tidak sempat menadah semua Ilmu2 Al Marhum, tetapi cuma sempat mengambil pokok2 Ilmu Ahlus Sunnah iaitu :


Fiqh

Usuluddin

Tasawwuf /Toriqat


Dan yang terpenting beliau telah menerima didikan Ma'rifat sehingga ke peringkat tertinggi.


1988 M  Diijazahkan Maqam Khususiyah, dan diijazahkan untuk pimpin Jamaah Suluk  selama 40 hari, di mana2 jua.  Ini adalah tahap tertinggi kelayakan memimpin Jamaah suluk/ khilwah.


1989 M  Tahun kesedihan kerana kembalinya Al Marhum Tajul Arifin Shaikh Yahya ke Rahmatullah.  Dunia kehilangan permata berharga.  


Ketika beliau dijemput kembali oleh Allah, di atas Rahmat Allah, Al Marhum telah pun menyediakan 78 orang Khususiyah dan 108 orang Khalifah Am sebagai penyambung Warisan Rasulullah ﷺ.


Ini suatu Rahmat Allah yang tidak diberikan kepada mana2 Mursyid ketika itu.  


Kami dikhabarkan Al Marhum Tajul Arifin Shaikh Yahya Al Kholidi  adalah Auliya Allah yang menduduki maqam yang sangat tinggi. Beliau sering ke pasar Kajang dan sekitarnya dengan pakaian baju melayu, memakai serban, dengan tongkat di tangan beliau tetapi tiada siapa mengenali beliau. 


Demikian kami dikhabarkan Kekasih2 Allah ini terkenal di Langit tetapi tidak dikenali di dunia melainkan sedikit.


1989 M - 2006 M - Guru kami menjadi Amir Suluk dan bertindak sebagai pembantu kepada Wakil Al Marhum bagi memastikan Disiplin Jamaah keseluruhannya dipatuhi dan didirikan dengan sungguh2.


Guru adalah seseorang yang berdisiplin dan tegas menjalankan AMANAH Guru beliau Tajul Arifin Shaikh Yahya Al Kholidi.  


Beliau sangat tegas di dalam menjaga hukum-hukum Syari'at di samping memelihara adab2 Ma'rifat.  Tidak ada kompromi dengan mereka2 yang melanggar Syari'at atau adab Ma'rifat. 


Sepanjang tempoh beliau memimpin dan membantu Jamaah Al Marhum di Kajang, Selangor, beliau telah mengajar dan mendidik ribuan hamba2 Allah yang datang bersuluk (uzlah).


Menurut beliau, boleh dikatakan hampir semua khalifah am dan khususiyah menerima tunjuk ajar dan didikan beliau.  Ini menunjukkan pengalaman yang luas di dalam tarbiyyah mendidik manusia pada jalan Allah. Beliau sangat arif mengenali perangai2 manusia lebih2 lagi hati, jiwa dan keruhanian manusia. 


Kata beliau, semua ini berkat didikan Al Marhum dan berkat limpahan beliau. Sesungguhnya para Nabi dan Wali Allah itu tidak mati, tetapi hidup secara istimewa di Barzakh dengan memperoleh rezeki dari Allah. (sepakat Ahlus Sunnah).


2006 M - 2016 M Guru meninggalkan perkampungan asal di Jalan Semenyeh, Kajang. Beliau khilwah  sendirian selama hampir 10  tahun.


2016 M  Aktif semula sebarkan Ilmu Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ.


Beliau musafir ke tempat2 jauh di seluruh negara untuk menyampaikan seruan Islam yang sebenar, menurut Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang benar sebagaimana beliau menerima Amanah Warisan dari Guru beliau, yang pada hakikatnya Amanah Rasulullah ﷺ turun-temurun, sambung-menyambung melalui tangan2 Pewaris Baginda sehingga Qiamat.




No comments:

Post a Comment

 ■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 522) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...