SIRI 74
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bab 2: Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ
Fasal 7: Wahyu Pertama Iqra' dan Hubungannya dengan Syari'at dan Toriqat (Tasawwuf)
sambungan...
Kenyataan 5:
Wahyu Pertama dan Zikir Allah Allah Allah
Sambungan...
Rumusan 4:
Apabila mereka mendirikan solat, jiwa mereka terus-menerus berzikir ingat Allah dan _musyahadah_ kepada Allah — maka jadilah solat mereka ikhlas sebenar ikhlas yang suci dan khusyu’ sepanjang solat mereka.
Apabila mereka berpuasa, jiwa mereka terus-menerus berzikir ingat Allah dan musyahadah kepada Allah — maka jadilah puasa mereka ikhlas sebenar ikhlas yang suci dan tunduk khusyu’ sekalian anggota. (bukan semata-mata jaga perut)
Apabila mereka tilawah Al-Qur'an, hati mereka tidak lalai. Jiwa mereka terus-menerus berzikir ingat Allah dan musyahadah kepada Allah — maka jadilah bacaan itu suci ikhlas semata-mata kerana Allah dan bercahaya-cahaya bacaannya.
Apabila mereka berda'wah, berjihad, jiwa mereka terus-menerus berzikir ingat Allah dan musyahadah kepada Allah — maka jadilah jihad mereka ikhlas sebenar ikhlas yang suci dan tunduk khusyu’ semata-mata kepada Allah. Mereka telah serahkan jiwa mereka kepada Allah.
Apabila mereka bermuamalah, bergaul ke dalam masyarakat, nikah kahwin, makan minum dan lain-lain jiwa mereka terus-menerus berzikir ingat Allah dan musyahadah kepada Allah — maka jadilah setiap perbuatan dan perkataan mereka memperoleh ke-Redhaan Allah, tiada yang sia-sia walau sedikit pun.
Apabila diberi amanah memerintah negara atau wilayah atau daerah... mereka sempurnakan amanah tanpa mengambil walau satu sen dari hak rakyat.
Apabila datang perintah Jihad, mereka berlumba-lumba untuk mati syahid.
Rumusan 5:
Dalil-dalil Al-Qur'an, Hadith dan Fatwa Ulama lebih dari cukup sebagai bukti-bukti kukuh menguatkan hujjah "Zikir Allah Allah Allah di dalam hati" sebagaimana Perintah Zikir yang terkadung di dalam Wahyu pertama : [ ٱقۡرَأۡ بِٱسۡمِ رَبِّكَ ٱلَّذِى خَلَقَ ]
Rumusan 6:
Sebagaimana kita sebut awal-awal tadi, inilah Toriqat Pertama yang diwahyukan kepada Rasulullah ﷺ untuk diamalkan oleh Baginda dan para Sahabat. Iaitu Toriqat yang di dalamnya diperintah amalkan Zikir Allah Allah berterusan di dalam hati atau di dalam perkataan lain "Ingat Allah berterusan tanpa henti siang dan malam.
Rumusan 7:
Menurut keterangan Al-Qutb Tajul Arifin Shaikh Yahya Al-Kholidi Radhiallahu anhu, Toriqat pertama ini dikenali sebagai Toriqat Ilahiyyah Muhammaddiyyah. Pada zaman kemudiannya ia kenal sebagai Toriqat Siddiqiyyah (nisbah kepada Sayyidina Abu Bakar Radhiallahu anhu), kemudian dinamakan Jaafariyyah (nisbah kepada Imam Jaafar Siddiq Radhiallahu anhu), kemudian dinamakan Taifuriyyah (Imam Abu Yazid Bustami Radhiallahu anhu), Junaidiyyah (Shaikh Junaid Al-Baghdadi Radhiallahu nahu), Ghazaliyyah (Imam Ghazali Radhiallahu anhu) dan akhir sekali Naqsyabandiah (nisbah kepada Imam Baha 'Uddin Shah Nqsyabandiah. Sehinggalah ke saat ini dipegang teguh oleh sekalian Mursyid Naqsyabandiah. Dan ianya tetap akan bertahan sampai Qiamat.
Bersambung siri 75 اِ نْ شَآ ءَ اللّه
____________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment