Sunday, March 08, 2026

SIRI 104


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 2: Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ

Fasal 11: Punca kesesatan orang awam dan salikin


Punca 4: Melanggar Adab Ma'rifat

Punca ke-4 Kesesatan murid pada jalan Ma'rifat (Jalan Rasulullah ﷺ yang sebenar) dan juga kesesatan orang awam adalah pelanggaran adab.  Pelanggaran adab meliputi 4 macam:


(1) Pelanggaran adab kepada Allah Ta'ala

(2) Pelanggaran adab kepada Rasulullah ﷺ

(3) Pelanggaran adab kepada Gurunya — Mursyid Pewaris Nabi yang memimpin kepada Allah Ta'ala

(4) Pelanggaran adab kepada sekalian Masyaikh (Ulama Ahlus Sunnah terdahulu yang menjadi Ahli Silsilah Rasulullah ﷺ — Pewaris Rasulullah ﷺ)


Perbincangan hal ini amat panjang, kami ringkaskan dalam bentuk poin-poin penting:


Poin 1: Definisi:

Dari segi bahasa:

Perkataan adab ( أدَب ) berasal adalah perkataan Arab bermaksud:

keperibadian, tatakrama, tatacara, perilaku, budaya, etika, disiplin, tabi'at, perangai.

Dari segi istilah:

Perkataan adab ( أدَب ) adalah perilaku, keperibadian seseorang yang mempunyai hubungan dengan akhlaq yang terpancar dari keadaan jiwa seseorang.


Poin 2: Adab dalam Agama meliputi zahir dan batin:

Setiap adab mempunyai kaitan dengan tingkah laku zahir (anggota zahir) dan pegangan batin (hati).  Adab jauh beza dari ungkapan "disiplin, etika, moral dan lain-lain sepertinya". 


Point 3: Adab berhubung rapat dengan akhlaq Nubuwwah dan Maqam Ihsan:

Setiap adab berhubung rapat dengan acuan Rasulullah ﷺ yang membawa kepada maqam Ihsan.


Poin 4: Adab lebih halus dari hukum:

Penumpuan adab adalah kehalusan hati sedangkan penilaian hukum halal haram, makruh, wajib, sunnat, harus terhenti pada pandangan zahir.


Poin 5: Adab baik dan terpuji dan Adab buruk yang dikeji:

Adab terbahagi dua secara umum:

Adab baik yang terpuji yang diredhai Allah.

Adab keji yang tercela yang dimurkai Allah.


Poin 6: Penentuan Adab baik yang terpuji dan Adab buruk yang dikeji:

Neraca atau penentuan sama ada sesuatu perilaku itu termasuk ke dalam adab yang baik yang terpuji yang diredhai Allah atau adab buruk yang tercela yang dimurkai Allah adalah Al-Qur'an, Sunnah Rasulullah ﷺ dan Ulama, bukan pendapat peribadi atau pendapat aqal manusia.


Poin 7: Neraca Agama adalah universal dan tetap sedangkan neraca aqal sentiasa berubah-ubah:

Neraca Agama sentiasa tetap tidak sesekali berubah kerana ianya membawa beban hukum ketentuan Allah, sedangkan neraca manusia (pemikiran aqal) sentiasa berubah-ubah menurut pemikiran aqal, bangsa, tempat, keadaan dan zaman.


Poin 8: Adab berhubung rapat dengan Ketuhanan:

Adab berhubung terus kepada Allah.  Meskipun sebahagian adab terlihat pada zahirnya terhenti pada manusia, tetapi hakikatnya mempunyai hubungan rapat dengan Ketuhanan; ertinya masuk kepada hitungan amal.


Poin 9: Penilaian berbeza-beza menurut ketinggian tuntutan Allah:

Allah Ta'ala menilai seseorang, bukan sahaja berdasarkan hukum Syari'at tetapi lebih tinggi lagi berdasarkan adabnya kerana meliputi zahir dan batin.  Boleh jadi dia seseorang yang kurang amalnya tetapi dia memelihara adab sebaik-baiknya, maka dia lebih utama daripada seseorang yang beramal ibadah yang banyak tetapi buruk adabnya. 



Bersambung siri 105 اِ نْ شَآ ءَ اللّه

____________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

SIRI 127 KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَة...