■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI
BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI
(Siri 657)
■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa besar 69:
Tafsir Al-Qur'an dengan
pendapat aqal, nafsu
.... sambungan.....
Rawatan dan Penjagaan
===================
(1) Dosa ke-69 Mentafsir Al-Qur'an menurut aqal, pendapat sendiri, ikut nafsu atau menurut kehendak Pemerintah ini lebih banyak terkena kepada orang bergelar "Ulama", "Kiyai", Ustaz, Prof., Drs., Pegawai Agama yang terlibat di dalam mengeluarkan fatwa atau menerbitkan Tafsir yang kemudiannya menjadi ikutan Ummat. Persoalannya mampukah kamu betulkan "tafsiran" kamu yang batil? Mampukah kamu luruskan fahaman dan fatwa-fatwa sesat kamu yang sudah tersebar ke seluruh dunia?
Sebagaimana kami jelaskan sebelum ini, golongan cerdik pandai Agama yang mempunyai ijazah Universiti, ijazah pondok, ijazah Madrasah sekalipun belum layak mentafsir Al-Qur'an. Mereka yang telah mentafsirkan Ayat Al-Qur'an menurut aqal dan nafsu mereka wajib Taubat Nasuha serta minta maaf kepada Ummat atas kesalahan mereka melakukan Tafsir yang batil dan sesat.
(2) Golongan kedua yang terkena dosa besar ini adalah pendokong-pendokong mereka yang berjuang bersama mereka dan menyebarkan kebatilan dan kesesatan. Meskipun mereka tidak mentafsir Al-Qur'an tetapi perbuatan mereka menyokong kebatilan dan kesesatan menjatuhkan mereka kepada mendapat saham dosa besar. Mereka juga wajib Taubat Nasuha dan luruskan kefahaman batil yang mereka sebarkan.
(3) Golongan ketiga yang mendapat saham dosa besar ini adalah golongan orang yang jahil. Mereka salin dan tampal apa saja maklumat yang mereka terima dan sebarkan kepada Ummat. Dalam sekelip mata sahaja Tafsiran batil dan sesat serta fatwa-fatwa sesat tersebar luas kepada Ummat. Sebagaimana kami syarah dahulu, pada zaman ini penyebaran maklumat kebatilan dan kesesatan ini tersangat mudah serta sepantas kilat kerana semuanya di "hujung jari" yang tersebar luas melalui Facebook, Tik tok, Instagram, WhatsApp dan Telegram. Golongan ketiga ini juga wajib Taubat Nasuha serta betulkan fahaman batil yang mereka sebarkan.
(4) Persoalan penting untuk direnungkan sedalam-dalamnya oleh mereka yang membuat tafsiran batil dan sesat: Bagaimanakah kamu mampu membetulkan fahaman sesat yang kamu sebarkan kepada Ummat? Bagaimanakah kamu mampu luruskan fatwa-fatwa yang sesat yang tersebar luas kepada Ummat? Mampukah kamu memastikan jutaan manusia yang mengikut fatwa kamu yang sesat mendapat maklumat yang benar yang kamu sudah bertaubat atas perbuatan kamu ?
(5) Peringatan dan Amaran kami kepada Ummat terutama golongan muda yang ghairah copy and paste maklumat melalui internet. Kamu wajib hati-hati sebarkan maklumat, jangan sebarkan secara buta. Jika kamu belum pasti suatu tafsiran itu betul menurut Ahlus Sunnah atau suatu fatwa itu benar-benar daripada Masyaikh Ahlus Sunnah yang taqwa, jangan sebarkan dahulu. Pastikan dahulu sekalian fatwa itu benar-benar daripada Masyaikh Ahlus Sunnah yang terpercaya.
Bersambung siri 658 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
_____________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment