■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI
BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI
(Siri 624)
■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa besar 69:
Tafsir Al-Qur'an dengan
pendapat aqal, nafsu
.... sambungan.....
Contoh Bid'ah Sunnat:
=================
Bid'ah sunnat bermakna perkara baru yang menepati Dasar-dasar Al-Qu'ran dan Hadith Nabi serta qawaid (kaedah Agama) yang di ijtihad oleh Ulama Mu'tabar dan dikategorikan sebagai Sunnat.
Contoh 1 : Sambutan Maulidur-Rasul
Imam-Imam Ahlus Sunnah berpegang bahawa menyambut Maulid Nabi adalah Sunnat kerana ianya menepati kaedah-kaedah Agama, iaitu segala amal di dalam Sambutan Maulid Nabi ﷺ menepati Perintah Allah dan Rasul-Nya.
Sebagaimana Tradisi Ahlus Sunnah sejak dahulu, amal soleh yang terkandung di dalam Sambutan Maulid adalah :
1. Istighfar memohon keampunan Allah:
Dimulai Majlis Perhimpunan dengan memohon keampunan Allah. Dalil Perintah menyuruh taubat dan istighfar amat banyak.
2. Berzikir memuji Allah:
Berkumpul, berjemaah memuji Allah dengan pujian yang sebanyak-banyaknya atas Kemurahan-Nya mendatangkan seorang Rasul yang menerangi setiap pelusok langit dan bumi. Dalil diperintah berzikir serta memuji Allah tak perlu disebutkan lagi kerana sudah umum mengetahuinya.
3. Bacaan Solawat atas Nabi ramai-ramai secara berjemaah.
Dalil yang memerintahkan membaca Solawat tersangat banyak. Bahkan menurut Fatwa Ulama Ahlus Sunnah, siapa yang paling banyak solawatnya maka dia bersama Rasulullah ﷺ di Akhirat dan di dunia lagi dia akan di-Kurniakan Ma'rifat (Tauhid) yang tinggi mengatasi manusia lain (apabila dia menepati syarat-syarat Ma'rifat).
4. Membaca qasidah atau Barzanji:
Membaca bait-Bait Sya'ir yang mengandungi puji-pujian kepada Junjungan Rasulullah ﷺ, pujian kepada Ahlul Bayyit Baginda serta sekalian isteri-isteri Baginda yang suci. Dalil bagi hal ini juga teramat banyak. Dalil paling umum adalah sambutan penduduk Madinah ketika Baginda Hijrah ke Madinah Al-Munawwarah. Penduduk Madinah berdiri berbaris dan menyanyikan syair yang sangat indah memuji Rasulullah ﷺ.
طلع البدر علينا من ثنيات الوداع وجب الشكر علينا ما دعى لله داع أيها المبعوث فينا جئت بالأمر المطاع جئت شرفت المدينة مرحباً يا خير داع
“Telah datang kepada kami bulan purnama (Nabi Muhammad)
Lahir di antara dua lembah
Wajib bagi kita bersyukur dan bahagia Utusan Allah di tengah kita. Wahai Rasul yang diutus Pembawa amanat suci
Engkau datang membawa kemuliaan ke kota ini
Selamat datang sebaik-baik utusan”.
(5) Membaca sejarah perjuangan Rasulullah ﷺ:
Amalan membaca dan mengenang kembali sejarah Perjuangan Rasulullah ﷺ dan mengambil i'tibar serta kekuatan ruh perjuangan Baginda adalah amalan yang sangat dituntut.
(6) Menjamu makanan atau sedekah makanan dan dimakan secara berjemaah.
Dalil yang menganjurkan “memberi makan” kepada manusia berulang- ulang di dalam Kalam Allah dan Sunnah Rasul-Nya.
(8) Doa kebaikan dan keselamatan untuk seluruh Ummat:
Memohon kepada Allah Ta'ala agar seluruh orang beriman di-Kurniakan kemenangan dan kesejahteraan.
Fatwa Imam As-Suyuthi, Mujaddid Kurun ke-9 Hijriyyah:
Sambutan Maulid Nabi ﷺ itu adalah berkumpulnya manusia, membaca apa yang dirasakan mudah pada al-Qur’an, Riwayat hadith-hadith berkenaan permulaan kelahiran Nabi ﷺ serta hal-hal yang terjadi dalam kelahiran Baginda, kemudian mereka menjamu makanan dengan beberapa hidangan. Selanjutnya mereka pulang setelah menikmatinya tanpa ada tambahan-tambahan lain, hal tersebut termasuk bid’ah _Hasanah_ (bid’ah yang terpuji) yang diberi pahala bagi orang yang merayakannya kerana ia bertujuan untuk mengagungkan kedudukan Nabi ﷺ serta menampakkan rasa gembira atas kelahiran yang mulia Nabi Muhammad ﷺ.
[Al-Haawi-Lil- Fatawi]
Bersambung siri 625 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
=======================
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment