■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI
BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI
(Siri 518)
■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa Besar ke-62
Asabiyyah
..... sambungan.....
(7) Sebelum Rasululllah ﷺ diutus sebagai Rasul, masyarakat Arab jahiliyyah hidup berpuak-puak yang bermusuhan, sering berperang dan berbunuh-bunuhan. Setiap kelompok merasakan kelompok mereka yang benar, kuat perkasa, sehingga tiada tolak ansur melainkan perang sahaja. Mereka dikuasai semangat perkauman dan qabilah yang amat tebal.
(8) Rasulullah ﷺ hapuskan pegangan Arab jahiliyyah yang berjuang dasar perkauman serta kezaliman dan menggantikannya dengan perjuangan "Jihad kerana Allah berdasarkan Iman dan Taqwa."
Baginda menyeru sekalian manusia kepada Kalimah Allah yang satu, berjuang atas Kalimah yang satu, dan mati atas Kalimah yang satu...!
Kalimah ....لا إله إلا الله
(9) Rasulullah ﷺ menegaskan bahwa orang-orang yang menyeru kepada asabiyyah, berjuang atas dasar asabiyyah, dan mati kerana asabiyyah sebagai "mati jahilyyah". Kata-kata Rasul ﷺ ini merupakan peringatan tambahan bahawa perjuangan atas dasar asabiyyah perkauman, puak, suku, bangsa, daerah dsb benar-benar berlawanan dengan Tauhid Esakan Allah.
(10) Seseorang Islam yang berjuang di bawah panji-panji asabiyyah (penyatuan atas dasar perkauman, permusuhan, kezaliman) maka dia telah jatuh kepada beberapa kesalahan besar:
Kesalahan 1:
Menyalahi pengakuan sumpah janji-setia kepada Allah bahawa dia hanya berjuang dan mati kerana Allah. Ini sifat munafiq. Wal Iyazubillah.
Kesalahan 2:
Menzalimi orang lain, merosak harta benda, membunuh nyawa... semua ini dosa besar.
Kesalahan 3:
Membangkitkan permusuhan, pergaduhan dan perpecahan, sedangkan ini jelas melawan Kehendak Allah.
Kesalahan 4:
Setiap amal ibadah yang niatnya selain Allah, maka amal itu tertolak, batil dan sesat.
Kesalahan 5:
Banyak Hadith Rasulullah ﷺ menyebut tentang kebinasaan orang yang menyeru, berjuang dan mati kerana mempertahankan Asabiyyah sebagai mati jahiliyyah.
(11) Pada zaman ini sebahagian masyarakat Islam masih berpegang kepada fahaman asabiyyah dan berjuang atas nama asabiyyah. Mereka sering meniupkan semangat perkauman dan kebencian terhadap golongan yang bukan dari kalangan mereka, Akibatnya membawa kepada perbuatan caci-maki, tuduh-menduduh, permusuhan dan perpecahan.
(12) Menolak Kekeliruan:
Bertolong-tolongan sesama ahli keluarga atau berusaha sungguh-sungguh memajukan bangsa, kaumnya dan daerahnya.... atas dasar keimanan dan ketaqwaan tidak termasuk asabiyyah. Sebaliknya ia adalah ubudiyyah yang terpuji apabila menepati syarat-syaratnya.
Bersambung siri 519 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
=====================
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment