■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI
BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI
(Siri 514)
■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa Besar ke-61:
Penjilat - mudahanah (المداهنة)
....sambungan.....
Contoh Penjilat - Pengampu
=====================
Contoh 1:
Seseorang Muslim yang bekerja di sesebuah syarikat milik orang bukan Islam duduk berkumpul dengan pekerja-pekerja lain yang minum arak dengan alasan toleransi beragama dan semangat pasukan. Wal Iyazubillah.
Contoh 2:
Seorang calon pilihan raya yang Islam, hadir di perhimpunan keagamaan orang kafir untuk menarik undi penganut bukan Islam.
[Catitan: Perhimpunan keagamaan bermaksud : perhimpunan memuja dewa-dewa atau upacara lain yang membesarkan Agama kafir]
Contoh 3:
Menteri Muslim turut serta di dalam acara tari menari lelaki-wanita dengan alasan toleransi Agama, dan konon supaya Islam tidak dipandang sebagai jumud. Ini cuma satu contoh kecil. Realiti yang berlaku pada zaman ini jauh lebih dahsyat.
Contoh 4:
Seorang siswi yang Muslim melepaskan _jilbab_ (pakaian wanita muslimah yang wajib untuk menutup auratnya) kerana memudahkannya bergaul dengan teman-teman Universitinya atau dia berbuat demikian supaya tidak dianggap kolot, ketinggalan zaman dan sebagainya.
Contoh 5:
Penguasa Muslim tunduk kepada tuntutan orang kafir yang meminta supaya hukum-hakam Islam dihapuskan atas alasan, mereka (orang kafir) menuduh undang-undang Islam keras dan zalim.
Contoh 6:
Naib Canselor Univerisiti atau Guru Besar Sekolah tunduk kepada permintaan Guru-pensyarah bukan Islam yang mahukan percampuran bebas pelajar lelaki-perempuan di sekolah - universiti untuk majukan pelajar di dalam pencapaian akademik mereka.
Contoh 7:
Ustaz-ustazah selebriti, Pendakwah selebriti tolak ansur dengan pendokong dan peminat-peminat mereka yang meminta mereka menyanyi dan menari di atas pentas sama seperti yang dilakukan oleh penyanyi dan pelakon-pelakon.
Contoh 8:
Orang yang bergelar "Ulama" sewenang-wenang keluarkan fatwa yang menyalahi hukum semata-mata kerana mengambil hati pemerintah — mengampu pemerintah untuk kekal dengan jawatannya atau kerana ingin mencapai kedudukan yang lebih tinggi. Hal ini benar-benar terjadi di kalangan Ummat Islam, iaitu sebaik sahaja kewafatan Sayyidina Ali Radhiallahu anhu. Orang-orang jahil dilantik menjadi ulama, mufti dan qadhi yang memutuskan hukum menurut kehendak nafsu Pemerintah.
Catitan Penting:
Ulama Pewaris Nabi yang Sebenar (Mursyid yang Siddiq) tidak sama sekali menyokong kefasikan, kejahatan dan kezaliman para penguasa. Mereka bukan pengampu. Mereka bukan "Ulama" boneka yang tunduk kepada kezaliman dan kekufuran. Sebaliknya mereka adalah Ulama Taqwa yang benar-benar takut kepada Allah.
Untuk jauhkan sebarang bentuk pertentangan dengan pemerintah, para Ulama Pewaris Nabi yang benar menjauhkan diri daripada semua bentuk politik keji, politik kufur, politik kotor yang merosak Agama.
Imam Ja'afar Siddiq, Imam Sufyan Ath-Thawri, Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafi'e, Imam Ahmad ibn Hambal menolak jawatan mutfi apabila dipanggil oleh khalifah. Mereka sudah mengetahui sekiranya mereka menyertai pemerintah sebagai Ahli fatwa atau mufti atau qadhi, mereka akan dipaksa tunduk kepada kemahuan Pemerintah yang zalim dan fasiq. Mereka akan dipaksa mengeluarkan hukum yang bertentangan dengan Kehendak Allah.
Merekalah Ulama Billah, Mursyid, Ahli Ma'rifat yang sentiasa mendokong Agama Allah, zahir batin sepanjang zaman yang tetap atas Jalan Allah dan Rasul-Nya sampai Qiamat!
Bersambung siri 515 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
=====================
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment