■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI
BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI
( Siri 320)
■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa besar 44:
Muliakan Sultan, Amir,
Pemerintah zalim
.... sambungan....
Punca Pemimpin menjadi zalim
Punca manusia memuliakan
Pemimpin zalim
========================
Apakah punca manusia menjadi zalim?
Mengapakah manusia menyokong, memuliakan dan memuja Pemimpin zalim?
Mengapakah manusia memuliakan orang zalim meskipun mereka tahu ianya merupakan dosa besar dan bertentangan dengan nilai-nilai kemanusiaan?
Apakah unsur yang mendasari kekejaman mereka?
Punca pemimpin dan pemuja mereka menjadi zalim:
(1) Punca utama pemimpin-pemimpin berbuat zalim adalah disebabkan penyakit hati yang amat berat, iaitu kekufuran dan kesombongan. Demikian beratnya penyakit ini sehingga hati mereka menjadi gelap. Apabila hati telah gelap, dia akan bertindak kejam, bengis, zalim dan menuruti hawa nafsu dan Iblis.
(2) Hati tertutup dari melihat kebenaran
Sebab kedua seseorang pemimpin menjadi zalim adalah disebabkan hatinya telah tertutup, tidak lagi melihat kebenaran.
(3) Dengki, khianat, balas dendam.
Sebab ketiga adalah wujudnya kedengkian, khianat dan keinginan balas dendam.
(4) Tamak kuasa, pangkat, kedudukan.
Sebab keempat adalah kerana ianya juga datang dari hati yang gelap dan berpenyakit hati yang serius.
Orang yang gemar memuliakan pemimpin zalim adalah pengampu yang inginkan habuan keduniaan. Hati mereka juga berpenyakit serius sama seperti Pemimpin-pemimpin zalim.
Rawatan dan Penjagaan
=====================
Sebagaimana kami huraikan sebelum ini berulangkali, cara dan pendekatan sebenar merawat sekalian penyakit hati manusia adalah melalui Jalan Ma'rifat dengan pimpinan Guru yang arif — Mursyid pewaris Nabi yang Siddiq. Hanya Mursyid yang siddiq mempunyai penawar untuk penyakit-penyakit hati manusia yang kronik. Dengan berguru kepada mereka, penyakit-penyakit hati akan dicabut dari akar umbinya sehingga hati menjadi benar-benar bersih bersinar.
Adapun cara yang biasa dilakukan oleh orang awam dengan cara gagahkan diri mengatasi penyakit dan dosa-dosa hati tidak akan berhasil. Di dalam kebanyakan keadaan mereka akan gagal. Ini kerana mereka tidak mempunyai jalan tertentu untuk menyucikan batin mereka yang dikuasai nafsu kejahatan dan iblis.
Walau bagaimanapun, orang awam yang belum bertemu seorang Mursyid pewaris Nabi yang siddiq untuk menyucikan batinnya daripada segala jenis penyakit hati, tetap wajib berusaha sungguh-sungguh untuk bertaubat dan berusaha berubah kepada kebaikan. Di samping itu mereka wajib berusaha mencari Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq untuk merawat hati mereka yang diselubungi ribuan penyakit hati yang membinasakan.
Berkata Sultan Auliya, Ghawthul A'zham Shaikh Abdul Qadir Jilan رضي الله عنه
Takabbur, kemunafikan dan ego, adalah panah syaitan yang tertuju pada hati kamu. Kamu perlu siapkan satu strategi mempertahankan diri dari serangan-serangan ini. Formula strategi tersebut telah diterangkan dan telah dibuktikan oleh Mashaa'ikh (guru-guru Mursyid terdahulu). Kamu perlu mendengar baik-baik arahan mereka dan mematuhinya. Mereka akan pimpin kamu pada jalan Allah kerana mereka telah pun melalui jalan tersebut.
Mintalah pada mereka nasihat-nasihat berkenaan nafsu-nafsu (yang rendah dan jahat) dan kelemahan-kelemahan lainnya, kerana mereka juga pernah mengalami kesulitannya dan menghadapi kesan akibat darinya. Mereka sangat sedar dan mengetahui bahaya dan ancaman dari nafsu-nafsu kejahatan. Mereka telah menempuh jalan yang panjang memerangi (nafsu-nafsu tersebut) dengan demikian mereka boleh menghalang, mengawal dan mengalahkan semua kejahatan itu.
[Fathur-Rabbaniy Wa Faid ar-Rahmaniy]
Bersambung siri 321 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
=====================
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment