Wednesday, December 28, 2022

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 157)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


7.21  Dosa Besar ke -20:   Tamak (  طَمَع  )


Definisi :


Dari segi bahasa : 

Tamak (  طَمَع  ) berasal dari kata dasar ( طَمِعَ، يَطْمِعُ، طَمَع ) bermaksud kerakusan, haloba, mendambakan, keinginan yang kuat memiliki tanpa batasan, 


Dari segi istilah :

Tamak (  طَمَع  ) : Keinginan yang kuat untuk menambah2 harta dunia tanpa batasan, tidak pernah puas, tak pernah rasa mencukupi.  


Penjelasan:


(1) Tamak merupakan satu lagi penyakit hati yang menjurus kepada dosa besar dan kerosakan Iman.


(2) Orang yang tamak sentiasa memikirkan bagaimana cara untuk menambah2 harta kekayaannya tanpa batas, iaitu dia tak pernah puas dengan apa yang diperolehnya. Jiwanya sentiasa rakus dan ingin lagi dan ingin lagi...!


(3) Orang yang tamak lazimnya bersifat bakhil. Ingin menambah2 kekayaan tetapi tidak ingin membelanjakannya. 


(4) Sifat Tamak terkait kepada dosa2 besar yang lain — cinta dunia, dusta, fitnah, dengki, khianat, kufur Ni'mat.  


(5) "Tamak harta benda" mempunyai perbezaan dengan "Cinta dunia", meskipun keduanya mempunyai kaitan.  

Cinta dunia adalah umum meliputi semua jenis kegemaran kepada dunia (yang tiada memberi manfaat kepada Akhirat), iaitu cinta harta, pangkat, kedudukan, kekayaan, ketinggian, kemegahan, cinta hal2 berkaitan nafsu syahwat dan nafsu makan minum yang tiada batas... semua ini termasuk Cinta dunia.  Dan lagi tak semestinya berlaku ketamakan di dalamnya secara khusus. Asalkan seseorang itu tersangat cenderung kepada dunia ( suatu selain Allah ) sehingga menjadikannya lalai dari Zikrullah dan lalai dari Perintah Allah, maka hal demikian adalah "Cinta Dunia" yang membinasakan.

Hal tersebut berbeza dengan "Tamak harta benda" kerana unsur yang terlibat secara khusus adalah "harta benda dan kekayaan dunia"  dan berlaku unsur kecederungan kuat "mengumpul2 kekayaan, harta benda atau wang ringgit tanpa batasan" 


(6) Ketamakan paling besar dan kebinasaan paling besar akibat ketamakan ini adalah ketamakan yang wujud di kalangan pemimpin2 politik. Diikuti oleh pedagang2.  Mereka tak pernah puas dengan dunia, kekayaan dan pangkat yang mereka miliki.  Mereka tak peduli halal atau haram. Mereka sentiasa " berperang " sama sendiri untuk mengumpulkan kekayaan sebanyak mana yang boleh, dengan beribu pembohongan, berbuat fitnah, khianat dan zalim. 


(7) Punca utama sifat tamak adalah jiwa yang kosong dari Zikrullah, lupa kepada Allah, lupa kepada segala Ni'mat2 Allah, lupa hari Perhitungan. Maka tiadalah mereka ingat akan mati, hari Akhirat dan Yaumul Hisab.  Jika mereka ingat sekali pun.... ingatan itu cuma sebentar, kemudian mereka terus berpaling kepada dunia ketamakan. 


(8) Orang yang kekal dengan sifat ketamakan, akan terhijab dari melihat kebenaran, hatinya makin gelap makin gelap sehingga musnah di dalam ketamakannya.  Wal Iyazubillah. 


Bersambung siri  158  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

         

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 583) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...