■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
KEWAJIPAN AMALKAN TASAWWUF-TORIQAT
(Siri 60)
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
8.0 Cabang Penting :
sambungan...
Cabang 9 : Wahyu Pertama dan Hubungannya dengan Mursyid
Turunnya wahyu pertama kepada Junjungan Besar Rasulullah ﷺ adalah isyarat kepada Khatamun-Nabi, penutup sekalian Nabi-Nabi.
Ertinya Rasul terakhir telah dizahirkan di atas muka bumi. Baginda Rasulullah ﷺ adalah penutup bagi sekalian Mursalin dan Anbiya. tiada lagi Nabi selepas Junjungan Besar Nabi Muhammad ﷺ yang membawa syari'at baru .
(Perhatikan baik2 ungkapan di atas — "Tiada lagi Nabi yang akan membawa Syari'at baru" — kenyataan ini penting. In shaa Allah dijelaskan berikut nanti.)
Maka menjadi pertanyaan...
Siapakah yang memimpin Ummat selepas kewafatan Baginda?
Siapakah yang akan menunjukki jalan lurus?
Siapakah yang akan mendidik manusia mengenal Allah?
Siapakah yang akan "memelihara" Kitabullah dan Sunnah Baginda?
Siapakah yang akan mempertahankan kebenaran Agama Islam yang suci?
Sedangkan berdasarkan kenyataan sejarah,telah dimaklumi bahawa kehadiran Utusan Allah di tengah2 manusia adalah suatu kemestian. Tanpa utusan Allah, manusia tidak akan mampu mengenal Penciptanya. Manusia tidak mempunyai pengetahuan berkenaan perkara ghaib. Apa lagi mengenal Pencipta sekalian alam.
Berdasarkan kenyataan sejarah apabila seorang Rasul wafat, maka ummatnya kembali kepada kesesatan dan menyembah berhala, sehingga diturunkan lagi Nabi lain untuk menarik manusia2 sesat itu kepada Tauhid La Ilaha Illallah. Demikian seterusnya pada setiap kali seorang utusan Allah itu wafat, maka manusia kembali kepada kesesatan, kemudian diturunkan lagi Rasul untuk menarik kembali kepada kebenaran.
Tanpa "Penunjuk Jalan Suci" , manusia akan sentiasa menyeleweng kepada penyembahan berhala dan "penyembahan" sesama manusia. Iblis dan nafsu sentiasa menunggu peluang menyuruh kepada "sembahan2" selain Allah.
Sejarah menulis bahawa Kitab dan Sunnah Nabi sahaja tidak memadai, melainkan WAJIB ada "Pemimpin Rabbaniyah ( Ketuhanan ) " yang menguasai kedua sumber tersebut. Kitab dan Sunnah sahaja tanpa Pemimpin yang mempunyai hubungan dengan Allah, maka manusia akan mentafsir mengikut kehendak nafsu dan bisikan Iblis.
Contoh2 yang telah berlaku sepanjang sejarah manusia menunjukkan selepas kewafatan seorang Rasul, manusia kembali kepada kesesatan. Paderi dan pendeta2 Agama mentafsirkan ayat2 Allah mengikut hawa nafsu mereka. Mereka mengubah kandungan Kitab2 Allah. Mereka mengubah Sunnah2 Nabi mereka. Akhirnya mereka mencipta Agama baru mengikut hawa nafsu dan bisikan Iblis. Maka jadilah mereka sesat dan menyesatkan. Wal Iyazubillah
Apabila telah jelas bahawa kewujudan seorang Rasul di tengah2 manusia adalah suatu ketetapan Allah bagi menyelamatkan manusia dari lembah kehinaan dan kebinasaan, maka tidak boleh tidak, pasti ada di sana wujud pengganti kepada Junjungan mulia Rasulullah ﷺ dan pengganti ini wajib bersifat dengan Sifat2 Rabbaniyyah menduduki posisi Kenabian dan memiliki akhlaq Rasulullah ﷺ .
Ulama Ahlus Sunnah telah sepakat bahawa Khatamun-Nabi adalah bermaksud Nabi terakhir yang membawa Syari'at baru, sedangkan hamba2 pilihan Allah yang menduduki posisi KeNabian pasti ada sepanjang zaman sampai Qiamat. Maksudnya Rasulullah ﷺ adalah penutup bagi Kenabian yang membawa syari'at yang baru. Tidak akan ada selepas Baginda seseorang bergelar Nabi membawa Syari'at lain. Namun akan ada hamba2 Allah yang menduduki Maqam Nubuwwah sebagai pengganti kepada Rasulullah ﷺ . Merekalah Pewaris2 Nabi yang siddiq yang dikenali sebagai Mursyid atau Ahli Sufi.
bersambung siri 61 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
_________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
No comments:
Post a Comment