Monday, September 19, 2022

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

KEWAJIPAN AMALKAN TASAWWUF-TORIQAT

(Siri 31)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


7.8 Dalil Tasawwuf di dalam  Kitabullah dan Hadith Rasul

sambungan ...


Dalil 28: Firman Allah :

إِنَّ ٱلنَّفۡسَ لَأَمَّارَةُۢ بِٱلسُّوٓءِ 

"Sesungguhnya nafsu ammarah itu sentiasa menyeru kepada kejahatan..." 

[Yusuf (12) : ayat 53]


Dalil 29: Firman Allah :

  أَرَءَيْتَ مَنِ اتَّخَذَ إِلَـهَهُ هَوَاهُ أَفَأَنتَ تَكُونُ عَلَيْهِ وَكِيلاً

“Nampakkah (wahai Muhammad) keburukan keadaan orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipuja lagi ditaati? Maka dapatkah engkau menjadi pengawas yang menjaganya jangan sesat?  

[Al-Furqan,  (25) : 43 ]


Dalil 30: Rasulullah   ﷺ  bersabda:

 "Sejahat-jahat musuh kamu ialah nafsu kamu sendiri yang berada antara dua rusuk kamu.  (di dalam dada) 

[Imam al-Baihaqi]


Dalil 31: Rasulullah   ﷺ  bersabda:

“Para mujahid adalah orang yang berusaha menentang dirinya (nafsu kejahatan) sendiri” 

[Imam Tirmizi]


Dalil 32: Rasulullah   ﷺ  bersabda:

"KIta kembali dari jihad kecil kepada jihad besar.  Para sahabat bertanya, apakah jihad besar itu ya Rasulullah?",,  Baginda menjawab, "Jihad melawan nafsu"

[Imam Baihaqi]


Dalil 33: Rasulullah   ﷺ  bersabda:

أَفْضَلُ الْجِهَادِ أَنْ يُجَاهَدَ الرَّجُلُ نَفْسَهَ وَ هَوَاهُ

"Jihad yang paling utama adalah seseorang berjihad melawan dirinya dan hawa nafsunya"

[Imam Abu Nu'aim,  Imam Ad Dailami]


Dalil 28 — 33 adalah hujjah berkenaan hal nafsu² kejahatan yang membawa kerosakan kepada manusia umumnya dan Muslim khasnya.   Sifat asal kesemua nafsu² adalah "kejahatan"  kecuali nafsu² yang di- didik dan dipimpin dengan kebaikan wahyu oleh Guru yang arif yang sebenar mengenal Allah. 


Beberapa fakta penting darihal nafsu :

(1) Nafsu adalah unsur latif (unsur halus) dindalam diri setiap manusia yang wujud bersama kejadiannya di dalam janin.

(2) Nafsu di dalam diri manusia tidak boleh dibuang, kerana ianya sebati bersama manusia.  Di dalam maksud yang lebih mendalam, nafsu diterbit dari wujudnya ruh idhafi  (ruh kehidupan)

 (3) Nafsu²  wujud / bercengkam  pada 7   lataif (jisim halus di mana diletakkan medan zikir)  di dalam diri manusia — lima pada dada, satu pada dahi, satu pada pusat

(4) Nafsu terbahagi kepada dua :  

Pertama :  Nafsu yang bersifat baik yang  menyeru kepada kebaikan dan ketaatan. 

Kedua :    Nafsu bersifat  jahat yang menyeru kepada kejahatan dan keengkaran.

(4) Kesemua nafsu jahat  menyeru kepada syirik,  menerbitkan sifat² mazmumah (sifat tercela), dan bawa manusia kepada kelalaian dari mengingat Allah.

(5) Tingkatan seruan nafsu berbeza² :

Pertama :   menyeru kepada dosa² kecil

Kedua :        menyeru kepada dosa² besar

Ketiga :         menyeru kepada kefasikan, kezaliman dan keengkaran

Keempat:     menyeru kepada kesesatan (fahaman sesat )

Kelima    :     menyeru kepada kekafiran 

(6) Kesemua nafsu² pada asal sifatnya adalah "menyeru kepada kejahatan" kecuali nafsu² yang di- bersihkan dan dijinakkan menjadi baik menurut petunjuk Allah, Rasul dan dengan bimbingan Pewaris Rasulullah ﷺ .(Mursyid yang siddiq). 

(7) Kesemua sifat² keburukan, kejahatan, kefasikan dan kekafiran yang diterbit dari seseorang manusia adalah berpunca dari nasfunya yang jahat.   

Iblis dan kuncu²nya syaitan adalah penyokong pertama nafsu jahat.   

Dunia dan makhluk adalah penyokong kedua dan ketiga bagi menjadikannya kenyataan.  

Inilah sebabnya Rasulullah ﷺ menyebutnya sebagai Jihad pertama, jihad lebih awal, jihad lebih utama, dan jihad berterusan sampai matinya seseorang atau dia mencapai "kemerdekaan" dari sifat² tersebut semasa hayatnya dengan bimbingan Guru yang arif — Mursyid yang siddiq.


Syirik yang diterbitkan oleh nafsu² kejahatan :


(1) Takkabbur

(2) Riya'

(3) 'Ujub

(4) Sum'ah

(5) Tawakkal kepada makhluq


Sifat² Mazmumah yang diterbitkan oleh nafsu² kejahatan:


(1) pemarah 

(2) bakhil

(3) tamak haloba

(4) adu domba

(5) suka mengumpat

(6) suka mencaci maki

(7) panjang angan²

(8) rakus pada dunia

(9) gemar makan minum

(10) gemar bercakap banyak

(11) gila kuasa dan pangkat

(12) jahat sangka

(13) mencari2 kesalahan orang

(14) fitnah

(15) zalim


Sekali lagi perhatikanlah dari jiwa yang dalam....  semua hal tersebut berkaitan dengan HATI, maka  terhimpunlah di dalam Ilmu Tasawwuf.  Hanya dengan mempelajari ilmu Tasawwuf, dan amalkannya sungguh² dengan pimpinan Guru yang arif — Mursyid yang siddiq,  seseorang Muslim akan kenal nafsu² kejahatannya dan mengalahkannya bagi mencapai keampunan dan keredhaan Allah.   


Perhatikan:

● Semua penjelasan di atas menjadi dalil2 bagi Ilmu Tasawwuf

● Menunjukkan  dalil WAJIB amalkan Tasawwuf


bersambung siri  32  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

_________________________    

MAJLIS TAZKIRAH JILANI      

        

No comments:

Post a Comment

 ■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 522) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...