Tuesday, September 20, 2022

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

KEWAJIPAN AMALKAN TASAWWUF-TORIQAT

(Siri 32)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


7.8 Dalil Tasawwuf di dalam  Kitabullah dan Hadith Rasul

sambungan ...


Dalil 34: Firman Allah :

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ

“Dan tidaklah Aku ciptakan Jin dan Manusia kecuali untuk beribadah kepadaku” 

[Adz-Dzaariyaat (51) : ayat 56]

Ibnu Abbas mentafsirkan makna  "  يَعْبُدُونِ  "   (Ya'budun= ubudiyah)  pada ayat di atas adalah " يعرفون "  (ya'rifun = Mengenal)  iaitu Mengenal Allah (di dalam Pengetian mendalam disebut Ma'rifat).   Sekalian Ulama Arif Billah sepakat dengan pengertian ini. 


Maka maksud Perintah Allah di atas adalah :

"Tidaklah Allah Ta'ala ciptakan jinn dan manusia melainkan untuk mengenal Allah dengan sebenar kenal (Ma'rifat) dan kemudian beribadah kepada-Nya  dengan tulus ikhlas ('Ubudiyyah)


Ungkapan  " يَعْبُدُونِ  " (Ya'budun) itu pada hakikatnya adalah "Perhambaan" dan bukan semata² ibadah.  Pengertian "ibadah"   membawa maksud umum  kerana perlakuan  "ibadah"  dibuat juga oleh manusia² lain yang menganut agama lain,  atau tegasnya orang kafir dan Musyrik.   


Oleh yang demikian pengertian "Ma'rifat"  (Mengenal Allah dengan sebenar kenal)  dan "ubudiyyah" (Perhambaan sempurna)  itulah sebenarnya yang dikehendaki oleh Allah Ta'ala ke atas manusia, (tujuan penciptaan manusia),   BUKAN pengertian sempit "ibadah".  


Pengertian yang diberikan oleh Ibn Abbas amat tepat dengan pengertian yang diisyaratkan oleh seluruh Ahli Ma'rifat,  Tiada khilaf.  Di sini kita dapat faham Ibn Abbas adalah Ahli Ma'rifat yang sangat tinggi ilmunya sesuai dengan doa Nabi kita agar beliau dikurniakan Ilmu Ta'wil Al Qur'an.


Perintah Allah yang kelihatan ringkas ini meliputi seluruh matlamat Penciptaan insan, iaitu Mengenal Allah ( dengan sebenar kenal — Ma'rifat) dan ubudiyyah (perhambaan sempurna) kepada Allah.  


Apakah maksud mengenal Allah (Ma'rifat)?

Bagaimanakah mengenal Allah?

Berapakah bahagi Mengenal Allah?

Siapakah yang kenal Allah pada Awalnya?

Siapakah yang mengajar langkah² untuk mengenal Allah?

Apakah tanda² seseorang telah mengenal Allah?

Apakah hubungan Mengenal Allah dan ibadah?


Fakta² Penting berhubung dengan  "Mengenal Allah"  .


Pertama :

Tujuan  Allah Ta'ala ciptakan manusia (dan juga bangsa jinn) adalah supaya manusia (dan juga bangsa jinn) Mengenal Allah.  Dalilnya Firman Allah didalam surah Adz-Dzaariyaat (51) : ayat 56.


Kedua:

Ulama Ahlus Sunnah telah sepakat bahawa kewajipan pertama orang beriman adalah Mengenal Allah.  Tanpa Mengenal Allah,  sekalian ibadah akan dipenuhi syirik khafi  (syirik tersembunyi), rosak dan sia-sia.


Ketiga :

Mengenal Allah pada umumnya terbahagi kepada dua Tingkatan :

 

(1) Mengenal Allah dengan menggunakan kekuatan Aqal.   

Ini adalah Langkah Permulaan Mengenal Allah. 

Mengenal Allah dengan cara ini adalah dengan mengetahui dalil² wujud Allah -  iaitu  melalui dalil 'Aqli ('Aqal )  dan dalil Naqli (Al Qur'an dan Hadith) 

Semua ini di perolehi dengan menuntut Ilmu Usuluddin yang bicarakan Sifat 20 (atau di sifat 40 atau di- sebut juga Sifat 50 )

Orang yang mengenal Allah dengan jalan ini berada pada Tingkatan Orang Awam


(2) Mengenal Allah dari dalam HATI.

Ini adalah  Mengenal Allah dengan sebenar kenal yang dikehendaki oleh Allah Ta'ala. 

Maksudnya adalah :  Mengenal Allah melalui  zauq (pemerasaan hati),  wijdan  (pemerasaan darah daging) dan ainul basirah  (pandangan mata hati.)

Mengenal Allah dengan Pengahayatan qalb (hati), ruh  (roh) dan sirr (rahsia yang sangat dalam) , BUKAN semata² dengan  fikir aqal atau sekadar memahami dalil-dalil.

Mengenal Allah dengan cara ini adalah dengan cara menyucikan HATI dari  kotoran maknawiyyah, —  hapuskan semua syirik khafi,  mazmumah  (sifat keji) dan  ghaflah  (kelalaian)   serta aghyar 

( mengosongkan HATI dari segala sesuatu selain Allah)

Ulama Ahlus Sunnah yang arif  telah menyusun silibus  Sistem Pendidikan Hati /  tazkiyatun-nafs  (penyucian jiwa) bagi mencapai matlamat suci ini.

Hamba² Allah yang mengenal Allah pada Tingkatan ini berada jauh lebih tinggi dari Tingkatan  orang awam.


Keempat :

Ilmu Mengenal Allah (dengan sebenar kenal) juga disebut sebagai ilmu Ma'rifat.  Ini yang di- maksudkan pada perkara Ketiga tadi,  mengenal Allah dengan ainul basirah  (mata hati),  ruh (roh) dan sirr  (rahsia yang sangat dalam)


Kelima :

Mengenal Allah  pada hakikatnya adalah Tauhid — MengEsakan Allah Ta'ala.  Ia  juga bermaksud  Iman — kepercayaan yang teguh di dalam hati,  Ini bermakna  Ma'rifat BUKAN suatu yang asing di dalam Agama, sebaliknya ia adalah  ruh Agama tetapi tangan² durjana telah menyesatkan ramai manusia Muslim dengan menimbulkan polemik / propoganda jahat dan menuduhnya sebagai bid'ah sesat.  nauzubillah....!


Keenam:

Ilmu Mengenal Allah ini hanya wujud di dalam Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang benar (tulen).  Ertinya Ahlus Sunnah menepati tuntutan Allah supaya Mengenal Allah.  Sedangkan selain Ahlus Sunnah TIDAK ada yang memiliki Pengetahuan berkenaan dengannya, sehingga ini menjadi ciri utama yang bezakan Ahlus Sunnah yang benar  dengan golongan sesat. 


Ketujuh:

Untuk Mengenal Allah dengan sebenar kenal,  seseorang perlu mencari orang yang benar² arif yang dia sudah kenal Allah dengan sempurna.  Dia mestilah Pewaris Nabi yang memiliki segala kelengkapan bagi Mengenal Allah.  Dia sendiri telah menempuh jalan yang panjang dan mengalahkan nafsu² jahat dan mahir mengenali  tipu daya syaitan.  Dia telah sampai Hadratul Quddus.

Semua ini hanya wujud pada Mursyid yang siddiq. 


Kelapan:

Golongan² bid'ah sesat seperti Wahhabiyyah (khawarij), Syi'ah (rafidhi), Sekular /Liberal TIDAK tahu apa itu "Mengenal Allah."  Mereka  TIDAK tahu cara2 untuk Mengenal Allah.  Bahkan sebaliknya golongan² ini menuduh llmu ini sebagai "bid'ah sesat"  atas dakwaan batil mereka yang reka² nafsu, maka tuduhan jahat mereka kembali kepada mereka sehingga mereka terus di dalam kesesatan.  Na'uzuBillah


Penjelasan lanjut di dalam Tajuk "Risalah Tingkatan Iman - Tauhid - Ma'rifat


●Firman Allah di atas  menjadi dalil kuat Ilmu Tasawwuf.


●Mengenal Allah yang menjadi Matlamat penciptaan manusia hanya diperoleh melalui Ilmu Tasawwuf.


●Tanpa menuntut Ilmu Tasawwuf dan menempuh Jalan Ma'rifat dengan pimpinan dari ahlinya, iaitu dari Mursyid yang siddiq, seseorang tak mungkin dapat mengenal Allah sebagaimana tuntutan Allah.


bersambung siri  33  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

_________________________    

MAJLIS TAZKIRAH JILANI       

        

No comments:

Post a Comment

 ■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 522) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...