Wednesday, September 14, 2022

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

KEWAJIPAN AMALKAN TASAWWUF-TORIQAT

(Siri 18)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


7.6 Siapakah yang dikatakan Mujtahid?


● Siapakah yang dikatakan Ulama Mujtahid  dan apakah tugas mereka?


● Apakah kedudukan mereka di sisi Allah?


● Apakah Syarat² sebenar  Ulama Mujtahid  ?  


● Mengapakah Ummat memerlukan Mujtahid?


● Bagaimanakah cara bezakan Mujtahid Ahlus Sunnah yang benar dengan "Mujtahid" PALSU dan yang tersesat?


Semua maklumat ini penting bagi setiap orang beriman untuk  mendapatkan panduan benar dan tepat menurut Ahlus Sunnah dan supaya tidak tertipu oleh "mujtahid²"   PALSU dan BATIL, ini termasuk orang yang hanya berlagak sebagai  Mujtahid , berikan fatwa sewenang² semata² kerana  memiliki Ijazah Doktor,  PhD, Profesor dsb. Ini kerana syarat² Mujtahid BUKAN kerana sijil ijazah Universiti tetapi mempunyai syarat² amat berat.


● Siapakah yang dikatakan Mujtahid  dan apakah tugas mereka?

Mujtahid  adalah Ulama Pewaris Nabi sebenar yang  bertanggungjawab Istimbat  hukum  (iaitu mengeluarkan beberapa banyak hukum dari Al-Qur'an dan Hadith) yang memadai untuk orang Islam beriman dan amalkannya. 

Mujtahid Ahlus Sunnah yang benar inilah yang telah berjasa menghimpun dan menjuzukkan Ilmu² Islam agar Ummat Islam dapat mempelajari Agama dengan jalan yang betul dan beramal menurut tuntutan Allah.  Merekalah yang menerbitkan Ilmu fiqh, Ilmu Usuluddin dan Ilmu Tasawwuf sehingga Ummat tidak perlu lagi mencari2 dalil dan bukti serta cara² beramal mengikut Perintah Allah dan Rasul Nya.  Mereka telah siapkan hidangan yang cukup lengkap, Ummat Islam hanya perlu menyuapkan ke mulut. 

Sungguh besar jasa²  Mujtahid Ahlus Sunnah ini....!

Tanpa mereka,  manusia Muslim tidak akan dapat mengetahui halal haram, Tidak akan mengetahui larangan2 dan suruhan Allah Ta'ala, tidak mengetahui dasar2 Tauhid, ibadah, muamalah dan selok- beloknya. Boleh dikatakan tanpa Mujtahid ini  manusia Muslim umumnya akan duduk di dalam kejahilan  dan berdosa besar. Kemungkinan juga menjadi murtad secara tidak disedari akibat kejahilan tersebut. Wal Iyazubillah! 


●  Apakah kedudukan mereka disisi Allah?

Setiap  Ulama Mujtahid Ahlus Sunnah adalah Ulama bertaraf Auliya Allah.   Mereka adalah Kekasih2 Allah yang sangat takut kepada Allah.  (baca :  Maqam Ihsan / Maqam Mukasyafah /Maqam Taqwa tertinggi)


● Apakah syarat2 sebenar  Mujtahid?

Menurut Imam Sayuthi,  seseorang  Mujtahid wajib memiliki 15 syarat.  

Selain dari mahir di dalam menguasai keseluruhan Ilmu  Al-Qur'an  dan menguasai keseluruhan Ilmu  Hadith berjumlah ratusan ribu Hadith,....  selain dari itu,    syarat terpenting  daripada semua2 syarat2 tersebut adalah  dia Ahli Ma'rifat yang sebenar kenal Allah.  Di dalam erti kata lain dia menerima Ilmu dari Allah.  Dalilnya seperti pelajaran telah lalu pada 7.3 dan 7.4

 Beliau telah mencapai Maqam Taqwa yang tinggi,  menduduki Maqam Ihsan -  sentiasa muwajihah  (memandang wajah Allah) dan sentiasa di dalam pimpinan Ruhaniyah Rasulullah .ﷺ

Seseorang Mujtahid  Ahlus Sunnah yang benar TIDAK akan memutuskan suatu hukum, TIDAK akan mengeluarkan suatu fatwa, TIDAK akan menerbitkan suatu ilmu melainkan beliau telah pastikan ianya di dalam keredhaan Allah. 

Bagaimanakah cara beliau memastikan semua fatwa beliau itu menepati kehendak Allah dan di dalam keredhaan Allah?  Jawabnya : Seseorang Mujtahid yang benar mengumpulkan semua dalil², hujjah, keterangan²nya lalu menghadap diri kepada Allah,  sungguh² mohon petunjuk Allah sebelum memberi fatwa.    Hal ini dikenali sebagai Kasyaf, Ladunni, firasat, Ilham  yang haq pada sisi Ilmu Ma'rifat.   

(Dalilnya seperti telah terdahulu pada perkara 7.3,  berkaitan Ilmu dari sisi Allah.  ) 

Apabila telah nyata ianya menepati kehendak Allah dan di dalam Keredhaan-Nya, barulah mereka mengeluarkan fatwa.

Semua ini hanya wujud pada Ulama Pewaris Nabi yang siddiq (benar), iaitu di dalam Ahlus Sunnah yang benar.   Selain dari Ahlus Sunnah, mereka TIDAK memiliki ciri² ini,  akibatnya mereka akan memberikan fatwa mengikut fikir aqal yang sempit atau mengikut hawa nafsu.   Mereka akan membawa kepada kesesatan tanpa mereka sedari. Wal Iyazubillah.

Kini barangkali semua pembaca budiman faham, betapa pentingnya mengenal Ahlus Sunnah yang tulen supaya tidak tertipu oleh golongan² yang terang² sesat atau  juga "Ahlus sunnah" PALSU...!


bersambung siri  19 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

________________________    

MAJLIS TAZKIRAH JILANI       

    

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 527) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّل...