Sunday, September 25, 2022

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

KEWAJIPAN AMALKAN TASAWWUF-TORIQAT

(Siri 51)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


8.0  Cabang Penting :

sambungan...


Cabang 5 :  Wahyu Pertama dan   Zikir Allah Allah Allah   ( sambungan )


Peringatan semula:


Toriqat adalah bersumber dari wahyu Allah Ta'ala,  iaitu Allah Ta'ala wahyukan  kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad ﷺ melalui kalimat Agung   "  اقْرَأْ "  (iqra') "  


Toriqat diturunkan kepada Baginda untuk Baginda amalkan dan juga  mendidik para Sahabat Baginda untuk menyucikan batin mereka dari kekejian lalu menerbitkan Iman, Ma'rifat dan Taqwa.


Asas pendidikan didalam Toriqat pertama ini adalah Zikir Allah Allah di dalam hati atau sama maksud nya :  Ingatan di dalam hati kepada Allah berterusan tanpa henti siang dan malam.


Dalil 16 :  Keterangan / Fatwa Ulama Mu'tabar Ahlus Sunnah :


Imam Besar Ahlu Sunnah, Imam at-Toriqat wal Haqiqat,  Imam Ja'afar As-Siddiq - Radhiallahu Anhu, 

Beliau adalah keturunan Rasulullah ﷺ yang ke-5 dari jalur  Sayyidina Husain Radhiallahu Anhu.  Imam Ja'afar Siddiq posisi Agung sebagai Penyambung Risalah,  penyambung warisan  Ahlus Sunnah yang haq,  menduduki Maqam Auliya tingkatan tertinggi bergelar Ghawth.  

Imam Ja'afar Siddiq digelar Imam Toriqat Wal Haqiqat   kerana  semua Toriqat Ahlus Sunnah yang sahih yang diterima daripada Rasulullah ﷺ melalui tangan beliau.   Khususnya Toriqat pertama yang diwahyukan — yang memerintah zikir Allah Allah di dalam hati atau bermaksud Ingatan di dalam hati yang  berterusan kepada Allah tanpa henti²nya  sepertimana telah dijelaskan sebelum ini.  Pada zaman ini Toriqat pertama yang diwahyukan kepada Rasulullah itu dinamakan Toriqat Naqsyabandiah.   (akan datang penjelasan lanjut ,  in shaa Allah)

(Peringatan :  Imam Ja'afar Siddiq adalah Imam Ahlus Sunnah dan TIDAK ada kaitan apa² pun dengan golongan syi'ah rafidhi sesat.) 


Imam Junaid Al-Baghdadi Radhiallhu anhu :

Beliau adalah Imam Ahlus Sunnah,  Qadhi,  Imam Fiqh,   Ahli Sufi dan Auliya Allah yang ternama,  mengajarkan murid² beliau dengan zikir Allah Allah. 

[Rasail Al-Junaid - Risalah2 kecil Imam Junaid]


Imam Fakhruddin Ar-Razi Radhiallhu anhu:

Beliau adalah  Mujaddid Agung Ahlus Sunnah kurun 6 Hijriyyah, Imam Fakhruddin Ar Razi menyebut:

"Ketahuilah sekalian manusia, sesungguhnya aku menyebut sepanjang hidupku "Allah".  Apabila mati, aku menyebut "Allah".   Apabila disoal didalam kubur aku menyebut "Allah".  Apabila datang di Hari Qiamat aku menyebut "Allah" .  Sewaktu aku mengambil suratan amalan aku menyebut "Allah".  Sewaktu perhitungan amalan aku menyebut "Allah".  Ketika mlintasi titian aku menyebut "Allah".   Apabila masuk ke syurga aku menyebut "Allah" hingga apabila melihat Allah aku juga menyebut "Allah"

[Tafsir Mafatih Al-Ghaib]


Imam ummah,  Qadhi, Mufassir, Muhaddith  Shaikh Thana-Ullah Uthmani:

Ketika mentafsir kan Firman Allah :    "   وَٱذۡكُرِ ٱسۡمَ رَبِّكَ وَتَبَتَّلۡ إِلَيۡهِ تَبۡتِيلاً۬   "

"Zikirlah akan nama Tuhan mu dan renunglah kepada-Nya dengan sungguh²  renungan (muraqabah)"

[Al-Muzammil (73) : ayat 8]      beliau berkata :

"Ketahuilah ayat ini memerintahkan berulang² menyebut nama Tuhan Yang Maha Agung (ismuz-Zat  — nama bagi Zat) iaitu zikir  Allah, Allah"

[Tafsir Mazhari]



bersambung siri  52  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

_________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

         


No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 583) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...