SIRI 370
KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bab 5: Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq
Fasal 4: Dalil-Dalil Mursyid di dalam Al-Qur'an, Sunnah Rasulullah ﷺ dan Ulama
sambungan.....
Dalil 2: Firman Allah:
قُلْ هَـٰذِهِۦ سَبِيلِىٓ أَدْعُوٓا۟ إِلَى ٱللَّهِ ۚ عَلَىٰ بَصِيرَةٍ أَنَا۠ وَمَنِ ٱتَّبَعَنِى ۖ وَسُبْحَـٰنَ ٱللَّهِ وَمَآ أَنَا۠ مِنَ ٱلْمُشْرِكِينَ
“Katakanlah: ‘Inilah jalan-ku, yang aku dan orang-orang yang mengikuti daku menyeru (manusia) kepada Allah dengan basirah (penyaksian yang jelas, penyaksian mata hati). Maha Suci Allah! Dan bukanlah aku dari golongan musyrikin.”
[Surah Yusuf (12) : Ayat 108]
Al-Imam Sulton Auliya, Ghawthul A'zham Shaikh Muhyiddin Abdul Qodir Jilani Radhiallahu Anhu mentafsirkan ayat tersebut dengan kata beliau :
"Dalam ayat ini yang dimaksud dengan "orang yang mengikuti daku" adalah manusia sempurna, Guru Kerohanian yang sebenar (Mursyid yang Benar) yang akan datang selepas Nabi Muhamamd ﷺ yang akan mewarisi Ilmu batin Baginda ﷺ dan kebijaksanaan Baginda ﷺ dan yang akan berada hampir dengan Allah, (dikenali sebagai Mursyid, Ahli Sufi, Ahli Ma'rifat). Manusia yang demikian digambarkan sebagai ‘pelindung dan pembimbing sebenar’.” ( وَلِيًّا مُّرۡشِدً۬ا = Wali Mursyid )
[Tamat nukilan kitab Sirrul Asrar]
Sebagaimana kami jelaskan sebelum ini berkenaan “Definisi Mursyid”, Generasi pertama Mursyid adalah Khulafa Ar-Rasyidin, Sayyidina Abu Bakr, Sayyidina Ummar, Sayyidina Uthman dan Sayyidina Ali, Ridhwanullahi Alayhi Ajma’in. Moga Keredhaan dan Rahmat Allah Ta’ala tercurah atas mereka. Daripada merekalah mengalir sekalian Ilmu zahir dan batin, hikmah dan rahsia Ketuhanan kepada Generasi Mursyid, Pewaris Nabi yang sebenar berikutnya, kerana mereka (Khulafa Ar-Rasyidin) telah menghirup wangian Hikmah Agung daripada Rasulullah ﷺ.
Generasi Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq yang kedua, ketiga dan seterusnya datang bersilsilah sambung-menyambung daripada mereka (Khulafa Ar-Rasyidin). Silsilah Rasulullah ﷺ terus hidup bersinar sehingga saat ini dan tetap akan bersambung sampai Hari Kesudahan.
Berkata Imam Jilani Radhiallahu Anhu lagi:
Dalam ayat ini juga menyebut bahawa Rasulullah ﷺ mengajak manusia kembali kepada Allah dengan "pandangan yang terang nyata", di dalam ayat Al-Qur'an ini disebut basirah ( عَلَى بَصِيرَةٍ ). Basirah adalah dari ruh asli yang terbuka kepada mata hati para Auliya Allah. Basirah tidak akan terbuka dengan Ilmu zahir (Syari'at) sahaja, tetapi wajib disertai dengan Ilmu batin (Toriqat), hasilnya Ladunni yang Di-Kurniakan oleh Allah langsung dari Sisi-Nya. Untuk memperoleh "mata hati" ini manusia wajib mengambilnya dari Ahli Basirah, iaitu mengambil talqin dari seorang Wali Mursyid yang telah berkomunikasi dengan Alam Lahut.
[Sirrul Asrar fi Ma Yahtaju Ilayhil Abrar]
Penjelasan Tambahan:
Kalimat Agung Allah di atas serta tafsirannya oleh Sulton Auliya memberikan gambaran jelas berkenaan beberapa perkara:
(1) Rasulullah ﷺ sebagai Wakil Allah dan Pemimpin Agung yang membawa manusia kepada kebenaran, iaitu membawa manusia Ma'rifah — Mengenal Allah dan Ubuduiyyah kepada-Nya dengan tulus ikhlas.
(2) Allah Ta'ala Perintahkan kepada Rasulullah ﷺ untuk menyampaikan khabar kepada seluruh Ummat manusia bahawa "Jalan" yang Baginda ﷺ bawa itulah Jalan Sebenar yang membawa kepada Allah dengan selamat. Jalan selainnya akan membawa kesesatan, kesyirikan dan kekafiran.
Bersambung siri 371 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
___________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment