Tuesday, April 28, 2026

SIRI 371


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 5:  Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

Fasal 4: Dalil-Dalil Mursyid di dalam Al-Qur'an, Sunnah Rasulullah ﷺ dan Ulama

sambungan.....


Dalil 2: Firman Allah:

sambungan....


(3)  Rasulullah ﷺ juga Di-Perintah menyampaikan kepada Ummat bahawa selepas Baginda ﷺ akan datang Pewaris-Pewaris Baginda yang tetap berdiri pada "Jalan" yang Baginda ﷺ telah merintisnya.  ( أَنَا وَمَنِ اتَّبَعَنِي ).  Mereka inilah yang dikenali sebagai Ulama Pewaris Nabi yang Muhaqqiq, Sahabat, Khalifah, Imam, Mursyid, Ahli Sufi, Ahli Ma'rifat yang menanggung Amanah serta mempertahankan kesucian Agama Allah sampai Qiamat.


Apabila diperincikan, maksudnya adalah:

Para Sahabat Ridhwanullah dan mereka yang mengikuti mereka (sahabat) dan mereka yang mengikuti mereka lagi  — sambung-menyambung sampai Qiamat.  Ini yang dipanggil Silsilah Rasulullah ﷺ.  Ertinya maksud "pengikutku" itu TIDAK semata-mata terhenti pada Sahabat yang hidup secara fizikal bersama Rasulullah ﷺ tetapi pengertian luasnya menjangkau kepada seluruh Angkatan Pimpinan Mursyid atau Ahli Ma'rifat atau Ahli Sufi sehingga Qiamat.  Angkatan Mursyid ini juga dikenali sebagai Ulama Pewaris Nabi yang Sebenar, Khalifah dan Sahabat Rasulullah ﷺ.  


(4)  Di dalam Ayat Al-Qur'an ini ungkapan "هَذِهِ سَبِيلِي" (Inilah Jalanku) adalah isyarat kepada "Jalan Ma'rifat", "Jalan Rasulullah ﷺ yang sebenar", "Jalan Menuju Allah yang sebenar" yang menghimpun kedua-dua Syari'at zahir (Syari'at ) dan Syari'at  batin (Toriqat) Rasulullah ﷺ.  


(5)  Ungkapan " عَلَى بَصِيرَةٍ" (penyaksian mata hati yang amat jelas) itu adalah isyarat kepada Tauhid hakiki yang terbit dari hati yang telah benar-benar suci bersih, iaitu suci bersih dari Syirik Khafi, mazmumah dan ghaflah.  Inilah Tauhid sebenar yang dituntut setiap Muslim mencapainya.  Hati yang benar-benar suci bersih dan mata hati yang terbuka kepada Ketuhanan ini hanya tercapai setelah seseorang amalkan kedua-dua Ilmu Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ dengan pimpinan Mursyid yang Siddiq.  


(6)  Basirah (mata hati) hanya diperoleh dengan amalkan kedua-dua Ilmu Zahir (Syari'at) dan Ilmu Batin (Toriqat)).  Mereka yang tidak mengambil kedua-dua Ilmu (Syari'at dan Toriqat) Rasulullah ﷺ) dan tidak pula amalkannya dengan bimbingan Mursyid yang Siddiq, maka selamanya akan bergelumang di dalam syirik (Syirik Khafi), mazmumah (kekejian hati) dan ghaflah (kelalaian) kerana mereka tidak mempunyai jalan untuk sucikan hati mereka, maka tiadalah mereka memperoleh mata hati.  Mereka TIDAK memiliki mata hati, maka mana mungkin mereka Mengenal Allah dan Ubudiyyah kepada-Nya dengan tulus ikhlas.   


(7)  Ungkapan "وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ" (Dan bukanlah aku dari golongan Musyrikin) adalah isyarat dan penegasan semula akan kewajipan hapuskan Syirik Khafi dari hati untuk memperoleh Tauhid yang benar, iaitu WAJIB keluar dari Takabbur, Ujub, Riya', Sum'ah dan tawakkal kepada makhluq.  Semua macam Syirik Khafi ini TIDAK mungkin dibuang dari hati melainkan dengan Proses Penyucian hati dan ruh dengan Jalan Ma'rifat — dengan cara amalkan kedua-dua Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ dengan mengambil talqin dari "Ahli Basirah" — Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq.  (“Musyrikin” di dalam ayat tersebut BUKAN ditujukan kepada penyembahan berhala yang zahir, sebaliknya maksudnya tertuju kepada "penyembahan" kepada "berhala hati" yang disebut Syirik Khafi .  Ini kerana tak mungkin orang beriman sembah berhala yang berbentuk fizikal seperti patung, busut, matahari, bulan, bintang dan sebagainya).


Bersambung siri 372 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

___________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

     🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

SIRI 387 KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH  بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ...