Friday, March 06, 2026

SIRI 98


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 2: Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ

Fasal 11: Punca kesesatan orang awam dan salikin



Apakah punca sebenar kesesatan manusia, khususnya orang Islam?

(72 Golongan sesat Aqidah dan 11 kumpulan Golongan sesat keruhanian)


Meskipun mereka mempunyai kitab suci Al-Qur'an dan Hadith Rasulullah ﷺ tetapi mereka menyeleweng kepada kesesatan.  Apakah yang menyebabkan mereka sesat?  


Bahkan tidak kurang juga orang alim, orang bergelar Ulama (fiqh), PhD, profesor, Masters menjadi sesat dan menyesatkan?


Punca orang awam dan juga pencari Ketuhanan menjadi sesat amat banyak, namun dapat dihimpunkan kepada beberapa sebab berikut.


Punca 1: Tidak mempunyai Mursyid yang Siddiq (benar)

Punca utama dan pertama orang Islam menyeleweng kepada kesesatan adalah: Mereka tidak mempunyai Penunjuk jalan kepada Jalan Allah.  Atau mereka mempunyai sorang pemimpin tetapi dia bukan Mursyid yang Siddiq (benar)..... di dalam perkataan lain,  pemimpin itu Mursyid PALSU. 


Sepertimana yang telah kami huraikan terdahulu, inilah sebab utama kesesatan manusia pada jalan Ketuhanan.  Bahkan secara umum inilah punca kesesatan orang-orang awam sekalipun.  Apabila kamu tidak mempunyai seorang Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq (benar) iaitu Warisatul Anbiya yang sebenar yang menepati syarat-syaratnya sebagai pemimpin kamu, maka syaitanlah yang akan menjadi Pemimpin kamu lalu menjerumuskan kamu kepada kesesatan. 


Di dalam perkataan yang lebih jelas, golongan tersesat bukan saja wujud di kalangab murid (salikin)..  bahkan lebih banyak lagi golongan orang awam tersesat kerana tidak mempunyai Mursyid yang Siddiq sebagai pemimpinnya.  Buktinya adalah 72 golongan yang tersesat seperti yang tersebut pada Hadith Nabi ﷺ adalah sebahagian besarnya adalah orang awam.  Dengan demikian orang-orang awam yang tidak menyertai mana-mana jamaah Ma'rifat (yang dipimpin oleh Mursyid yang Siddiq) jangan sesekali merasa aman dari tipu daya nafsu dan iblis. 


Berkata Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qadir Jilani Radhiallahu anhu:

"Hati adalah ladang akhirat.  Tanamlah benih Keimanan dalam hati kamu.  Sirami dan bajai ia dengan amal-amal kebajikan yang berterusan.  Jika hati kamu baik, suci bersih dan teguh, ianya akan subur dan menghasilkan tuaian yang sangat banyak.  Sebaliknya jika hati kamu keras dan degil, ruh kamu menjadi tandus, kering kontang dan tiada tanaman mampu tumbuh atasnya.  Pelajarilah ilmu pertanian dari "peladang" yang mahir, iaitu lah Auliya Allah (Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq).  Jangan kamu fikir pendapat kamu itu sudah cukup (untuk penanaman sedang kamu jahil tentang ilmu pertanian)."  Rasulullah ﷺ telah berwasiat, "Mohonlah pertolongan pada setiap pekerjaan dari pakarnya."

[Fathur-Rabbaniy Wa Faidur -Rahmaniy]


Berkata Imam Ghazali Radhiallahu anhu:

"Jalan agama sangatlah samar, (tak dapat bezakan haq dan batil) dan jalan-jalan syaitan sangat banyak dan jelas (terbuka luas untuk di masuki oleh siapa sahaja).  Oleh kerana itu, jika seseorang yang tidak mempunyai Shaikh Mursyid yang membimbingnya, maka pasti syaitan akan menggiringnya (memimpinnya) menuju jalannya (kepada kesesatan).  Barangsiapa berjalan di jalan yang berbahaya tanpa petunjuk, maka dia telah menjerumuskan dan membinasakan dirinya."

[Ihya Ulumuddin]


Bersambung siri 99 اِ نْ شَآ ءَ اللّه

____________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

SIRI 450 KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH  بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ...