Monday, March 09, 2026

SIRI 110


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 2: Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ

Fasal 11: Punca kesesatan orang awam dan salikin


Punca 5: Bersekutu dengan Jinn syaitan

sambungan...


Poin 13: Contoh-Contoh Iblis menarik kepada kekafiran:


(1) Sejarah kemanusiaan menunjukkan bagaimana iblis dan kuncu-kuncunya membisikkan jalan-jalan kufur kepada manusia sehingga kebanyakan mereka menjadi Kafir dan menentang Allah Ta'ala.  Buktinya pada saat ini (pada 27 Rabi'ul Awwal 1442H/ 13 Nov 2020 M), jumlah penduduk bumi adalah lebih kurang 7.9 Billion.  Dari jumlah ini penduduk Islam hanyalah 1.6 Billion sahaja.  (Rekod dari World Population UN)


(2) Sekiranya seseorang telah menerima Islam, iblis akan menggoda dengan berbagai jalan untuk menjadikan dia murtad.  Contoh paling jelas adalah murtadnya beberapa orang Islam ketika Rasulullah ﷺ khabarkan peristiwa Isra' dan Mi'raj.  Orang-orang Islam yang lemah Iman tak percaya akan khabar Baginda berkenaan peristiwa Isra' Mi'raj, maka jadilah mereka murtad.


(3) Jika seseorang itu memang sudah kafir, dia akan kirimkan syaitan-syaitan untuk menghiasi kekafiran sebagai baik dan benar.  Maka tetaplah orang ini di dalam kekafiran sampai mati.  Wal Iyazubillah.


(4) Iblis memimpin manusia yang gemar mencari Ketuhanan dan ketenangan hidup supaya menyembah "Tuhan" yang direka-reka.  Iblis membuat replikasi "Tuhan-Tuhan" dengan mengambil makhluq menjadi Tuhan.  Lalu membisikkan kepada mereka bahawa itulah "Tuhan" yang patut disembah.  Maka timbullah di kalangan manusia berbagai agama dan aneka bentuk sembahan.  Antaranya Majusi, Hindu, Budha, Zoraster, Bahai dan lain-lain.     


(5) Jika ditanya bagaimana taktik iblis memujuk lalu meyakinkan manusia yang mencari Ketuhanan ini, jawapannya adalah:  Cara iblis memujuk golongan yang ingin beribadat dan mencari ketenangan ini adalah dengan cara wujudkan "ketenangan palsu", "dunia kayangan palsu", "bayangan Syurga palsu", "dunia fantasi tersendiri yang kelihatan baik dan indah.” 

Dengan cara ini iblis dapat mendiamkan manusia yang dahagakan Jalan Ketuhanan yang benar, maka tetaplah golongan ini di dalam khayalan dan sangkaan bahawa mereka benar, sedangkan mereka tenggelam di dalam kekafiran. 


(6) Iblis memujuk manusia yang gemar kepada unsur-unsur keruhanian, magik, perkara-perkara ghaib dan sebagainya supaya menyembah dirinya (iblis).  Iblis berjanji akan berikan mereka beberapa kelebihan dan keistimewaan.  Maka ada di antara manusia ini menjadi penyembah syaitan, mengakui bahawa syaitan adalah Tuhan mereka.  Maka bangkitlah di sana golongan ahli sihir dan bomoh, terkurung di dalam kekafiran selamanya.  Wal Iyazubillah.


(7) Apabila Allah Ta'ala menurunkan seorang Nabi kepada suatu negeri, iblis dengan pantas menggerakkan sekalian tenteranya menaburkan berbagai fitnah ke dalam hati pemimpin kaum tersebut.  Maka jadilah pemimpin negara, menteri-menteri, hulubalang dan lain-lain menjadi penentang keras Rasul dan Nabi yang diutus.  Namrud, Fir'aun, Qarun, Haman, Abu Jahal, Abu Lahab tidak asing lagi dalam lipatan sejarah sebagai pemimpin yang amat keras penentangannya kepada Allah dan Utusan-Nya.  Menteri-menteri, pembesar dan hulubalang menjadi pendokong pemimpin kafir ini. 


(8) Sasaran paling besar iblis adalah pemimpin, alim ulama, pembesar dan orang-orang yang berpengaruh.  Apabila iblis berjaya membawa pemimpin, alim Ulama dan pembesar-pembesar suatu masyarakat kepada kekafiran, maka lebih mudah bagi iblis menarik orang-orang di bawah pimpinan mereka kepada kekafiran. 


(9) Iblis membisikkan kepada Paderi, Rahib dan Pendeta Agama agar mereka mengubah Kitab-kitab Samawi supaya mereka kekal berkuasa atas manusia dan mendapat habuan dunia.  


Bersambung siri 111 اِ نْ شَآ ءَ اللّه

____________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

SIRI 127 KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَة...