Friday, March 06, 2026

SIRI 100


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 2: Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ

Fasal 11: Punca kesesatan orang awam dan salikin



Punca 2: Berubah Niat — hilang keikhlasan


Ini punca kedua Kesesatan.  Beberapa fakta penting berkenaan Ikhlas. Di dalam Risalah yang bertajuk 7 Tingkatan Ikhlas, kami telah bentangkan beberapa fakta berkenaan definisi, haqiqat Ikhlas, punca hilang Ikhlas, kaitan Ikhlas dengan ibadah dan punca rosak Iman dan batal ibadah.  Berikut kami sebutkan beberapa poin penting sebagai ingatan semula.


Poin 1: Definisi Ikhlas

Dari segi bahasa: 

Ikhlas (اِخلاَص) berasal dari kata (خَلَصَ - يَخْلصُ) yang bermaksud:   

murni, tidak bercampur, jelas, bersih, ekstrak, saripati, menyuling. 

Dari segi istilah:

Memurnikan ketaatan semata-mata kepada Allah.


Poin 2: Tempat Ikhlas

Ikhlas tempatnya di hati.  


Poin 3: Haqiqat Ikhlas

Haqiqat Ikhlas adalah Tauhid — melihat Allah pada setiap Ibadahnya.

(salikin yang masih di dalam perjalanan menuju Allah — mengikut Jalan Ma'rifat dengan Pimpinan Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq, dimaafkan jika dia belum sampai kepada martabat Tauhid hakiki yang membolehkan dia "melihat Allah" di dalam setiap Ibadahnya.


Poin 4: Niat bercampur merosak Ibadah atau batalkan Ibadah

Setiap niat (bagi Tauhid dan ibadah) yang dimaqbul di sisi Allah (diterima dan diredhai Allah) hanyalah tujuannya semata-mata mencari Redha Allah.  Ketika niat seseorang berubah kepada yang lain dari Allah, atau dia campur adukkan niatnya kerana Allah dan juga kerana selain Allah, maka rosak amal ibadahnya atau batal terus ibadahnya.


Poin 5: Ketika niat berubah, Iblis akan masuk ke hati

Ikhlas merupakan benteng bagi orang beriman.  Ketika niatnya berubah kepada selain Allah, maka bentengnya roboh, Iblis akan mengambil tempat dalam hati mendatangkan waswas dan tipu daya. 


Poin 6:  Berzikir kerana ingin kuat, batalkan perjalanan kepada Allah

Sesetengah ahli silat atau ahli bina badan.... beramal, berzikir dan wirid lain bertujuan lain dari Allah... umpamanya untuk menjadi kuat, untuk mendapat ilmu kebal, untuk memperoleh berbagai keajaiban.. maka BATAL perjalanannya. 


Poin 7: Periksa niat pada tiga keadaan

Setiap orang beriman wajib luruskan niatnya kerana Allah pada sepanjang ibadahnya.  Untuk memudahkan dia periksa niatnya sama ada kerana Allah atau niatnya sudah menyimpang, dia perlu perhatikan niatnya pada 3 keadaan:

1. Sebelum mulakan amal

2. Ketika sedang beramal

3. Sesudah beramal


Poin 8: Iblis tak mampu sesatkan orang yang ikhlas

Sesungguhnya Allah memelihara orang yang benar-benar Ikhlas.  Iblis tidak mampu sesatkan orang ikhlas.  Iblis hanya mampu sesatkan orang yang telah terkeluar dari niat ikhlas.


Poin 9: Tujuh Tingkatan Ikhlas

Ahli Ma'rifat membahagikan ikhlas kepada beberapa peringkat seperti:  

1. Ikhlas orang awam  

2. Ikhlas orang abrar  

3. Ikhlas orang Arif  


Sebahagian lainnya memberikan perincian lebih halus dengan pembahagian berikut: 

1. Ikhlas orang awam - 3 tingkatan  

2. Ikhlas salikin - 3 tingkatan  

3. Ikhlas Arifin - 1 tingkatan


Poin 10: Orang awam tak mampu mencapai Ikhlas sejati

Orang awam adalah orang yang amalkan Syari'at (fiqh) sahaja sedangkan Toriqat  (Tasawwuf) diabaikan.  Dia tidak berusaha menyucikan hatinya daripada Syirik (syirik khafi), mazmumah (kekejian hati), ghaflah (kelalaian hati), aghyar (segala sesuatu selain Allah). 


Bersambung siri 101 اِ نْ شَآ ءَ اللّه

_______________________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

SIRI 450 KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH  بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ...