Tuesday, August 26, 2025

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 769)

■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Rumusan 70 Dosa Besar dalam hati, yang tersembunyi dan yang mengikutnya


Rumusan 7: Mereka yang selamat

Sesungguhnya Jalan Agama samar-samar penuh tipu daya; sebahagiannya dari bisikan Iblis Laknatullah, sebahagian lagi berpunca dari Golongan Kafir, sebahagian lagi datang dari orang Islam sendiri yang tersesat (72 Golongan) dan sebahagian lagi Golongan orang Islam yang tersesat pada zaman ini, Kapitalis, Sosialis, Liberal, Demokrasi, Otokrasi...berbagai lagi tipu daya yang terselindung dalam "pakaian Islam" tetapi hakikatnya kesesatan.  Wal Iyazbubillah.  


Mereka yang selamat di dalam Bahtera Rasulullah ﷺ hanyalah mereka yang berpegang teguh kepada Ahlus Sunnah yang benar (tulen), di dalam Pimpinan Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq (benar) yang sampai Silsilah Keruhanian dan keilmuan mereka zahir batin kepada Junjungan Besar  Rasulullah ﷺ seterusnya kepada Allah Taala Rabbul Jalil.  Mereka bukan pendusta Agama.  Mereka bukan Ulama As-su, bukan Ulama pengampu pemerintah, bukan Ulama mencari makan dengan jawatan.  Tetapi mereka adalah hamba-hamba Pilihan Allah yang berdiri teguh di atas Warisan Rasulullah ﷺ, Limpahan Cahaya Nubuwwah serta Limpahan Nur Rabbaniyyah.


Firman Allah:


قُلْ هَذِهِ سَبِيلِي أَدْعُو إِلَى اللَّهِ عَلَى بَصِيرَةٍ أَنَا وَمَنِ اتَّبَعَنِي وَسُبْحَانَ اللَّهِ وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ


“Katakanlah: ‘Inilah jalanku, yang aku dan orang-orang yang mengikuti daku menyeru (manusia) kepada Allah dengan basirah (penyaksian yang jelas, penyaksian mata hati).  Maha Suci Allah! Dan bukanlah aku dari golongan musyrikin”. 

[Surah Yusuf (12) :  Ayat 108]


Al-Imam Sulton Auliya,  Ghawthul A'zham Shaikh Muhyidddin Abdul Qadir Jilani Radhiallahu 'Anhu mentafsirkan ayat tersebut dengan kata beliau:


"Dalam ayat ini yang dimaksud dengan "orang yang mengikuti daku" adalah manusia sempurna, Guru Kerohanian yang sebenar (Mursyid yang Siddiq) yang akan datang selepas Nabi Muhamamd ﷺ  yang akan mewarisi ilmu batin Baginda dan kebijaksanaan Baginda dan yang akan berada hampir dengan Allah. 

Manusia yang demikian digambarkan sebagai ‘pelindung dan pembimbing sebenar’.   ( وَلِيًّا مُّرۡشِدً۬ا    =    Wali Mursyid)

[Surah al-Kahfi (18) ‌: Ayat 17] "


Berkata Imam Ghazali رضي الله عنه:

"Jalan agama sangatlah samar, (tak dapat bezakan haq dan batil) dan jalan-jalan syaitan sangat banyak dan jelas (terbuka luas untuk dimasuki oleh siapa sahaja).  Oleh kerana itu, jika seseorang yang tidak mempunyai Shaikh yang membimbingnya, maka pasti syaitan akan menggiringnya (memimpinnya) menuju jalannya, (kepada kesesatan).  Barang siapa berjalan di jalan yang berbahaya tanpa petunjuk, maka dia telah menjerumuskan dan membinasakan dirinya.”

[Ihya Ulumuddin]




— SELESAI —



اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الْفَاتِحِ لِمَا أَغْلَقَ الْخَاتِمِ   لِمَا سَبَقَ  اَلنَّاصِرِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ الْهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ الْمَسْتَقِيْمِ وَعَلىَ آلِهِ وَصَحْبِهِ  حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ الْعَظِيْمٌَ




Susunan:


    Shaikh Sayyid Abu Tohir

   Mursyid, Silsilah  Naqsyabandiah Al Kolidiyah

   MAJLIS TAZKIRAH JILANI

                  🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 768)

■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Rumusan 70 Dosa Besar dalam hati, yang tersembunyi dan yang mengikutnya


Rumusan 4: Lima bentuk dosa hati

Lima bentuk dosa hati — semuanya dosa berat.  Namun kebanyakan orang Islam tidak ambil peduli, atau mereka sendiri tidak menyedari wujud dosa-dosa besar ini atau mereka menyangka ianya dosa kecil yang boleh diabaikan.  Wal Iyazubillah


 (1) Syirik khafi (syirik yang tersembunyi di dalam hati — (takabbur, ujub, riya', sum'ah, tawakkal pada makhluq).

(2) Mazmumah (sifat-sifat keji di dalam hati).

(3) Ghaflah (kelalaian hati).

(4) Dosa besar dan dosa kecil lain yang berterusan.

(5) Wujud diri insan (tubuh kasar yang membalut ruhnya).


Rumusan 5: Dosa kecil menjadi Dosa besar

Umumnya dosa terbahagi dua: Dosa Besar dan Dosa kecil. Namun ada beberapa sebab dosa kecil berubah menjadi dosa besar.


Berkata Imam Ghazali Radhiallahu anhu:

Enam sebab dosa kecil boleh berubah menjadi dosa besar:

(1) Seseorang melakukan dosa kecil terus-menerus (tanpa taubat).

(2) Meremehkan dosa yang dilakukannya. 

(3) Merasa gembira dan bangga melakukan dosa.

(4) Tidak menghargai dosanya yang ditutup oleh Allah.

(5) Berbuat dosa terang-terangan di hadapan orang lain.

(6) Dosa diperbuat oleh Ulama atau pemimpin yang dijadikan tauladan.



Rumusan 6: Dua golongan pencari kebenaran

Orang Islam terbahagi dua di dalam menempuh perjalanan kepada Allah, menyucikan diri daripada dosa-dosa hati

Pertama : Orang awam.

Kedua : Salikin 


Perjalanan orang awam adalah perjalanan seorang Muslim kepada Allah dengan sendirinya tanpa pimpinan, tanpa panduan, tanpa cara tertentu.  Perjalanan ini selalu menghadapi kegagalan (tidak mampu sucikan hati) disebabkan halangan dan rintangan daripada 4 macam Afat:

  • Manusia
  • Dunia
  • Nafsu 
  • Syaitan


Perjalanan Salikin adalah jalan selamat kerana dia mempunyai pimpinan Mursyid yang Siddiq (benar) sebagai pemimpinnya dan silibusnya berpandukan Manhaj Rasulullah ﷺ yang diwarisi oleh sekalian Mursyid bersilsilah sambung-menyambung tanpa putus.  Inilah jalan ma'rifat (Jalan amalkan kedua-dua bahagian Agama —Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ sepenuhnya) yang ditempuh oleh sekalian Ulama Ahlus Sunnah turun-temurun daripada Junjungan Rasulullah ﷺ.  Namun pada zaman ini kebanyakan orang Islam enggan mengikutinya.  Sebahagian menentangnya, sebahagian mengolok-oloknya. Wal Iyazubillah


Bersambung siri 769 اِ نْ شَآ ءَ اللّه

__________________________________

    MAJLIS TAZKIRAH JILANI

       🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 767)

■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Rumusan 70 Dosa Besar dalam hati, yang tersembunyi dan yang mengikutnya


Telah selesai perbincangan, huraian berserta Dalil-Dalilnya dari Kitabullah, Hadith Rasululah ﷺ dan fatwa Ulama Ahlus Sunnah.  Fatwa diambil Masyaikh ternama — Mujaddid Agung Ahlus Sunnah yang mutakhir, Auliya Allah, Mufti Agung Mazhab Syafi'e, Imam Ibn Hajar Al-Haythami Radhiallahu anhu yang kami nukil dari Kitab beliau Az-Zawajir.  Dan kami tambah lagi fatwa Imam Ghazali Radhiallahu anhu.  Moga bermanfaat bagi pencari-pencari kebenaran, pencari jalan lurus, Jalan Ahlus Sunnah yang benar.


Iaitu 70 dosa-dosa besar dalam hati, yang kebanyakannya tersembunyi, yang kadangkala terlihat jua di dalam tutur kata, perbuatan dan amal ibadah harian.  Ada lagi 70 dosa besar yang bersifat zahir (yang terlihat) yang tidak dimuatkan di dalam kitab ini.  Ia memerlukan huraian lain yang terperinci berdasarkan Hukum Fiqh. 


Rumusan 1:

Rasulullah ﷺ sentiasa mohon Perlindungan Allah dan rasa takut akan Kemurkaan Allah.


Rasulullah ﷺ  bersabda:


اَللَّهُمَّ اقْسِمْ لَنَا مِنْ خَشْيَتِكَ مَاتَحُوْلُ بَيْنَنَا وَبَيْنَ مَعْصِيَتِكَ وَمِنْ طَاعَتِكَ مَا تُبَلِّغُنَابِهِ جَنَّتَكَ وَمِنَ الْيَقِيْنِ مَاتُهَوِّنُ بِهِ عَلَيْنَا مَصَائِبَ الدُّنْيَا


“Ya Allah, Anugerahkan kepada kami rasa takut kepada-Mu yang membatasi antara kami dengan perbuatan ma'siat kepada-Mu dan berikanlah (taufiq kepada kami, agar dapat melaksanakan) ketaatan kepada-Mu, yang dapat menghantarkan kami ke Syurga-Mu dan Anugerahkanlah keyakinan (akan balasan-Mu) sehingga akan menyebabkan ringan bagi kami segala musibah di dunia ini.”

[Imam Tirmizi]


Rumusan 2:

Orang Mukmin melihat setiap dosa bagaikan gunung yang akan menimpanya sedangkan orang fasiq melihat dosa seperti "lalat yang hinggap di atas hidungnya"


Rasulullah ﷺ  bersabda:


عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مَسْعُودٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ الْمُؤْمِنَ يَرَى ذُنُوبَهُ كَأَنَّهُ قَاعِدٌ تَحْتَ جَبَلٍ يَخَافُ أَنْ يَقَعَ عَلَيْهِ وَإِنَّ الْفَاجِرَ يَرَى ذُنُوبَهُ كَذُبَابٍ مَرَّ عَلَى أَنْفِهِ فَقَالَ بِهِ هَكَذَا (رواه البخاري)


Dari Abdullah bin Mas’ud _Radhiallahu anhu_ berkata, bahawa Nabi ﷺ  bersabda: “Sesungguhnya seorang Mu'min (ketika) ia melihat dosa-dosanya, adalah seperti dia duduk di lereng sebuah gunung, dan dia sangat khuatir gunung itu akan menimpanya.  Sedangkan seorang fajir (gemar buat ma'siat dan kekejian), ketika dia melihat dosa-dosanya adalah seperti dia melihat seekor lalat yang hinggap di batang hidungnya, kemudian dia mengusirnya seperti ini lalu terbang (memandang remeh akan dosa).” 

[Imam Bukhari]


Rumusan 3:

Pada keseluruhannya kedua-dua bentuk dosa; dosa zahir maupun dosa batin, kedua-duanya merbahaya kepada Keimanan seseorang.  Namun dipandang suatu sudut yang halus, Dosa batin (hati) lebih besar bahayanya disebabkan sifatnya yang tersembunyi dalam hati, kebanyakannya tidak disedari oleh pelakunya.


Berkata Imam Al-Haythami Radhiallahu anhu:

"Dosa besar yang bersifat batin (hati) lebih berbahaya dan dosa kemaksiatannya lebih hina dan sangat rendah.  Juga kerana sebahagian besar dosa itu mudah terjadi dan cepat merebak.  Terutama apabila seseorang berasa bebas dari sebahagian dosa-dosa tersebut kerana meremehkan kehadirannya"

[Al-Zawaajir]


Bersambung siri 768 اِ نْ شَآ ءَ اللّه

__________________________________

      MAJLIS TAZKIRAH JILANI

        🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 766)

■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa besar 70:

Mufaraqah dari Saf Ummat

sambungan...




Rawatan dan Penjagaan

Rawatan dan penjagaan agar tidak terkena penyakit ini bermula dari awal-awal seseorang itu masuk Islam atau awal-awal dia mengenal Allah dan mengenal tuntutan Agama. Sebahagiannya kami telah sebut di dalam risalah-risalah sebelum ini. 


(1) Langkah pertama seseorang Muslim mengenal Agama yang lurus, yang benar ialah mencari Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq (benar). Meskipun dia sudah bergelar sebagai orang alim yang hebat, atau dia mempunyai kedudukan di dalam masyarakat sekalipun atau dia memegang ijazah universiti yang hebat-hebat sekalipun, atau dia seorang yang dikenali sebagai Kiyai pondok yang hebat sekalipun...  tetap wajib bagi dia menerima didikan seorang Guru yang Arif yang benar-benar mewarisi Nabi  ﷺ, mengenal Allah menurut Warisan Pendidikan Rasulullah ﷺ.


Firman Allah:


هُوَ ٱلَّذِى بَعَثَ فِى ٱلۡأُمِّيِّـۧنَ رَسُولاً۬ مِّنۡہُمۡ يَتۡلُواْ عَلَيۡہِمۡ ءَايَـٰتِهِۦ وَيُزَكِّيہِمۡ وَيُعَلِّمُهُمُ ٱلۡكِتَـٰبَ وَٱلۡحِكۡمَةَ وَإِن كَانُواْ مِن قَبۡلُ لَفِى ضَلَـٰلٍ۬ مُّبِينٍ۬


“Dia-lah yang mengutus kepada kaum yang buta huruf seorang Rasul di antara mereka, yang membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, menyucikan mereka dan mengajarkan kepada mereka Kitab dan Hikmah (Ilmu rahsia dan pengetahuan mendalam). Dan sesungguhnya mereka sebelumnya benar-benar dalam kesesatan yang nyata.”

[Al-Jumu’ah (62) : Ayat 2]


(2) Mengetahui sedikit sebanyak penyelewengan 72 golongan sesat dan sungguh-sungguh menjauhinya sebagaimana yang telah dijelaskan oleh Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu atau Imam-imam kita yang lain.


Menurut penjelasan Imam Besar Ahlus Sunnah, Shaikh Abdul Qadir Jilani رضي الله عه kelompok-kelompok yang tersesat dari jalan kebenaran dan terkeluar dari Ahlus Sunnah adalah: 


1. Khwarij - 15 kelompok 

2. Mu'tazilah - 6 kelompok 

3. Murji'ah - 12 kelompok 

4. Syiah - 32 kelompok 

5. Jahmiyyah - 1 kelompok 

6. Najjariyyah- 1 kelompok 

7. Dharariyyah - 1 kelompok 

8. Kilabiyyah - 1 kelompok 

9. Musyabbihah - 3 kelompok 


Jumlah semua 72 golongan.


(3) Mengenali penyelewengan Golongan sesat pada zaman ini yang menggunakan Islam sebagai alat mencari keuntungan duniawi dan menjauhinya.  Mereka campur adukkan berbagai fahaman batil dan sesat seperti ideologi falsafah atau ilmu kebatinan sesat yang lain ke dalam Agama lalu menonjolkannya sebagai Islam.


(4) Menjauhi politik jahat yang diamalkan oleh sebahagian orang menamakan diri sebagai Islam.  Mereka menipu daya Ummat dengan berbagai penyamaran.  Sesungguhnya sebahagian besar daripada kerosakan Agama adalah datang daripada ahli-ahli politik dan Ulama jahat.


(5) Menjauhi Ulama As-su (Ulama jahat) yang mengeluarkan fatwa sesat dan menyesatkan.  Mereka ini yang mengeluarkan berbagai fatwa sesat mengharamkan Toriqat yang sahih yang warid (datang) daripada Rasulullah ﷺ.  Sesungguhnya "Ulama" sesat lebih bahaya daripada Dajjal.


Rasulullah ﷺ bersabda:

"Sesungguhnya aku lebih takutkan akan kamu kepada yang bukan Dajjal daripada Dajjal.  Lalu ditanyakan kepada Baginda, "Siapakah itu wahai Rasulullah?"  Maka Baginda menjawab, "Imam-Imam (Ulama As-su') yang menyesatkan."

[Imam Ahmad]


(6) Sentiasa mencari Sahabat Iman dan bersama mereka. Sahabat Iman akan sentiasa memperingatkan kamu kepada Iman, Taqwa dan Akhirat.


Rasulullah ﷺ bersabda:

“Perbandingan teman duduk yang soleh dan buruk adalah seperti penjual minyak wangi dan tukang  besi.  Adapun penjual minyak wangi, boleh jadi dia akan memberikan kamu minyak wangi, atau kamu akan membeli darinya atau kamu akan mendapat bau harum darinya.  Adapun tukang pandai besi, boleh jadi dia akan membuat pakaianmu terbakar, atau kamu akan mendapat bau yang tidak sedap darinya.” 

[Imam Bukhari dan Imam  Muslim ]


Bersambung siri 767 اِ نْ شَآ ءَ اللّه

_________________________________

    MAJLIS TAZKIRAH JILANI

      🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 765)

■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa besar 70:

Mufaraqah dari Saf Ummat

sambungan...



Punca Mufaraqah dari Saf Ummat — Saf Ahlus Sunnah Wal Jamaah


Kita kembali kepada perbincangan Dosa besar ke 70: Punca orang Islam mufaraqah (72 golongan orang Islam) memisahkan diri dari Saf Ummat — Jemaah Ummat Ahlus Sunnah wal Jamaah.  Apakah yang menyebabkan mereka mufaraqah dari Saf Ummat dan berani mencipta jalan sendiri yang bertentangan dengan pesanan dan Wasiat Rasulullah ﷺ?


Punca 1: Kejahilan

Kebanyakan dari orang Islam yang mufaraqah ini terdiri dari orang jahil yang baru masuk Islam.  Mereka bukan Sahabat Rasulullah ﷺ.


Berkata Ibn Abbas Radhiallahu anhu:

Berkata Ibn Abbas Radhiallahu anhu kepada kaum Khawarij yang memberontak:  “Aku datang kepada kamu dari sisi para sahabat Nabi ﷺ, iaitu Muhajirin dan Anshar untuk menyampaikan perkataan mereka.  Mereka adalah orang-orang yang telah diberitahu dengan apa yang mereka katakan. Al-Qur’an turun kepada mereka, dan mereka lebih mengetahui wahyu daripada kamu.  Dan Al-Qur’an diturunkan tentang mereka. Dan tidak ada salah seorang pun dari kamu yang termasuk sahabat Nabi."

Apabila selesai dialog dengan kaum Khawarij, kata Sayyidina Ibn Abbas Radhiallahu Anhu:

"Maka bertaubatlah sekitar dua ribu orang di antara mereka, dan bakinya terbunuh dalam kesesatan”.

[Imam Al-Haakim, Imam Baihaqi, Imam At-Thabrani]


Punca 2: Tafsir mengikut aqal

Orang Islam yang jahil ini mentafsirkan Ayat Al-Qur'an menurut aqal dan nafsu mereka.  Mereka mencipta jalan sendiri menurut apa yang mereka fikirkan betul sedangkan mereka jahil. 


Allah Ta’ala berfirman:


وَلاَ تَقُولُوا لِمَا تَصِفُ أَلْسِنَتُكُمُ الْكَذِبَ هَذَا حَلاَلٌ وَهَذَا حَرَامٌ لِّتَفْتَرُوا عَلَى اللهِ الْكَذِبَ إِنَّ الَّذِينَ يَفْتَرُونَ عَلَى اللهِ الْكَذِبَ لاَ يُفْلِحُونَ


Dan janganlah kamu mengatakan terhadap apa yang disebut-sebut oleh lidahmu secara dusta “ini halal dan ini haram”, untuk mengada-adakan kebohongan terhadap Allah.  Sesungguhnya orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah tiadalah beruntung. 

[An-Nahl (16) : Ayat  116]


Rasulullah ﷺ bersabda:

"Barang siapa berkata-kata tentang al-Qur'an (tafsir dan ta'wilkan Al-Qur'an) tanpa ilmu, maka hendaklah ia menempati tempat duduknya dari Neraka"

[Imam Tirmidzi]


Rasulullah ﷺ  bersabda: 

 “Barang siapa menghuraikan Al Qur’an dengan akal fikirannya sendiri dan merasa benar, maka sesungguhnya dia telah berbuat kesalahan”. 

[Imam Ahmad]


Punca 3: Kebiadaban

Mereka tidak menerima didikan Rasulullah ﷺ sepertimana para Sahabat Baginda.  Mereka biadab, tidak mengikut disiplin Ilmu sebagaimana ajaran Rasulullah ﷺ  maka binasalah mereka.


Punca 4: Tertipu dengan bisikan Iblis

Mereka mengikut godaan nafsu dan bisikan Iblis.  Oleh kerana mereka tidak dapat bezakan haq dan batil, antara kebenaran dan kepalsuan, antara Wahyu dan bisikan Iblis,  maka mereka jatuh kepada bisikan Iblis yang memimpin mereka kepada kesesatan.


Punca 5: Tidak mempunyai Mursyid Pewaris Nabi

Golongan yang _mufaraqah_ tidak mempunyai Mursyid Pewaris Nabi sebagai penunjuk jalan lurus, maka jatuhlah mereka kepada kesesatan.


Berkata Imam Ghazali Radhiallahu anhu:

“Murid memerlukan seorang Mursyid atau guru keruhanian yang dapat diikutinya, agar dia menunjukkannya ke jalan yang lurus. (jalan benar yang di-Redhai Allah).  Jalan agama sangatlah samar, (tak dapat bezakan haq dan batil, benar atau salah) dan jalan-jalan syaitan sangat banyak dan jelas (terbuka luas untuk dimasuki oleh siapa sahaja)  Oleh kerana itu, jika seseorang yang tidak mempunyai Shaikh ( Mursyid )yang membimbingnya,maka pasti syaitan akan menggiringnya (memimpin dan memujuknya) menuju jalannya.”

[Ihya Ulumuddid Bab Ilmu]


Bersambung siri 766 اِ نْ شَآ ءَ اللّه

__________________________________

    MAJLIS TAZKIRAH JILANI

🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 764)

■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa besar 70:

Mufaraqah dari Saf Ummat

sambungan...




Rumusan 12:

Masyaikh Ahlus Sunnah sepakat bahawa mencari Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq (benar), berbai'at dan sungguh-sungguh mengikuti beliau adalah wajib.


Berkata Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qadir Jilani Radhiallahu anhu:


“Takabbur, kemunafikan dan ego, adalah panah syaitan yang tertuju pada hati kamu.  Kamu perlu siapkan satu strategi mempertahankan diri dari serangan-serangan ini.  Formula strategi tersebut telah diterangkan dan telah dibuktikan oleh _Mashaa'ikh_ (guru-guru Mursyid).  Kamu perlu mendengar baik-baik arahan mereka dan mematuhinya.  Mereka akan pimpin kamu pada Jalan Allah kerana mereka telah pun melalui jalan tersebut.  Mintalah pada mereka nasihat-nasihat berkenaan nafsu-nafsu (yang rendah dan jahat) dan kelemahan-kelemahan lainnya,  kerana mereka juga pernah mengalami kesulitannya dan menghadapi kesan akibat darinya.  Mereka sangat sedar dan mengetahui bahaya dan ancaman dari nafsu-nafsu kejahatan.  Mereka telah menempuh jalan yang panjang memerangi (nafsu-nafsu tersebut) dengan demikian mereka boleh menghalang, mengawal dan mengalahkan semua kejahatan itu.”

[Fathur-Rabbaniy Wa Faid ar -Rahmaniy]


Imam Fakhruddin Ar-Razi Radhiallahu Anhu:

“Seorang murid tidak memiliki jalan untuk sampai ke maqam-maqam hidayah (Iman, Taqwa, Tauhid  yang murni) dan mukashafah, kecuali dia mengikuti Mursyidnya yang menunjukkannya ke jalan yang lurus serta menghindarkannya dari titik-titik kesalahan dan jalan yang sesat.” 

[Tafsir Mafatih Al-Ghaib]



Berkata Imam Ghazali Radhiallahu anhu:

“Murid memerlukan seorang Mursyid atau guru keruhanian yang dapat diikutinya, agar dia menunjukkannya ke jalan yang lurus. (jalan benar yang di-Redhai Allah).  Jalan agama sangatlah samar, (tak dapat bezakan haq dan batil, benar atau salah) dan jalan-jalan syaitan sangat banyak dan jelas (terbuka luas untuk dimasuki oleh siapa sahaja).  Oleh kerana itu, jika seseorang yang tidak mempunyai Shaikh ( Mursyid ) yang membimbingnya, maka pasti syaitan akan menggiringnya (memimpin dan memujuknya) menuju jalannya.”

[Ihya Ulumuddid Bab Ilmu]


Berkata Imam Al-Ghazali lagi:

“Di antara hal yang wajib bagi seorang salik yang menempuh jalan kebenaran adalah dia wajib mempunyai seorang Mursyid dan pendidik spiritual yang dapat memberinya petunjuk dalam perjalanannya serta melenyapkan akhlak yang tercela dan menggantinya dengan akhlak yang terpuji.” 

[Ihya Ulumuddin]


Bersambung siri 765 اِ نْ شَآ ءَ اللّه

__________________________________

       MAJLIS TAZKIRAH JILANI

          🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 763)

■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa besar 70:

Mufaraqah dari Saf Ummat

sambungan...



Rumusan 8:

Punca utama kesesatan Ummat Islam adalah kerana tidak lagi berpegang kepada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq (benar).


Rumusan 9:

Setiap orang Islam yang mengakui Ahlus Sunnah, wajib berusaha sungguh-sungguh mencari seorang Mursyid yang Siddiq (benar) untuk menjadikan beliau sebagai Pemimpinnya.  Tetapi hati-hati dengan penipuan yang banyak berlaku di zaman ini. Sebahagian dari mereka yang mengaku Mursyid, tidak menepati syarat-syarat sebagai Mursyid.  Mereka adalah ahli ilmu kebatinan sesat memperdaya Ummat dengan sihir.  Teliti sungguh-sungguh segala syarat-syarat Mursyid sebelum berbai'at. Mohonlah Pertolongan Allah. 


Rumusan 10:

Mereka yang tidak pasti atau ragu-ragu akan kebenaran seorang Mursyid, ikut panduan Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu.


Berkata Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu:

"Jika seseorang tidak dapat membezakan di antara Guru Kerohanian (Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq) yang sebenar dan yang palsu, dia perlu mengerjakan solat nafil (solat sunnat) dua rakaat di waktu malam tahajjud, untuk memohon Petunjuk Allah Ta'ala.  Dia kemudiannya memohon kepada Allah menunjukki manusia-manusia suci ini yang akan memimpinnya kepada jalan kebenaran.  Dia mesti sungguh-sungguh merayu kepada Allah agar Dia memperlihatkan kepadanya orang yang akan membawa kepada kasih akan Allah Ta'ala dan yang akan menyinari mata hatinya dengan cahaya Ketuhanan.  Dan yang akan membuka kepada kejadian-kejadian ghaib yang beliau sendiri telah menyaksikannya.  Dengan berbuat demikian, Insya Allah seseorang akan mendapat jawapannya dari Allah Ta'ala.”

[Fathur-Rabbaniyy Wa Faidhur-Rahmani]


Rumusan 11:

Cara melaksanakan Solat Istikharah:


Lakukan Solat Sunnat ini dan zikir pada waktu malam tahajjud.

1) Solat Taubat 2 rakaat

2) Solat tahajjud 2 rakaat

3) Solat Hajat 2 rakaat

4) Solat istikharah 2 rakaat

5) Doa pada Allah agar Allah tunjukki Guru Mursyid yang Siddiq (benar) untuk dijadikan pemimpin kepada Allah.


Doa Istikharah:


اَللهُمَّ اِنِّى اَسْتَخِيْرُكَ بِعِلْمِكَ وَاَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ وَاَسْئَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ الْعَظِيْمِ. فَاِنَّكَ تَقْدِرُ وَلَآاَقْدِرُ وَلَآاَعْلَمُ وَاَنْتَ عَلاَّمُ الْغُيُوْبِ. اَللهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اَنَّ هذَااْلاَمْرَخَيْرٌلِّىْ فِىْ دِيْنِىْ وَمَعَاشِىْ فَاقْدُرْهُ لِىْ وَيَسِّرْهُ لِىْ ثُمَّ بَارِكْ لِىْ فِيْهِ وَاِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اَنَّ هذَااْلاَمْرَشَرٌّلِّىْ فِىْ دِيْنِىْ وَمَعَاشِىْ وَعَاقِبَةِ اَمْرِىْ وَعَاجِلِهِ وَآجِلِهِ فَاصْرِفْهُ عَنِّىْ وَاصْرِفْنِيْ عَنْهُ وَاقْدُرْلِى الْخَيْرَحَيْثُ كَانَ ثُمَّ رَضِّنِىْ بِهِ. 


"Ya Allah, sesungguhnya aku Istikharah pada-Mu dengan Ilmu Engkau, aku memohon kepada Engkau kekuatan dengan Kekuatan-Engkau, aku meminta kepada-Engkau dengan Kemuliaan-Engkau.  Sesungguhnya Engkau yang mentaqdirkan dan aku tidaklah mampu melakukannya.  Engkau yang Maha Tahu, sedangkan aku tidak tahu. Engkaulah yang mengetahui perkara yang ghaib.  Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa perkara ini baik bagiku dalam urusanku di dunia dan di akhirat, maka taqdirkanlah hal tersebut untukku, mudahkanlah untukku dan berkatilah ia untukku.  Ya Allah, jika ia perkara tersebut buruk bagi agama, kehidupan, dan akhir urusanku , maka palingkanlah ia dariku, dan palingkanlah aku darinya, dan taqdirkanlah yang terbaik untukku apa pun keadaannya dan jadikanlah aku redha dengannya.”


Bersambung siri 764 اِ نْ شَآ ءَ اللّه

_________________________________

    MAJLIS TAZKIRAH JILANI

       🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 762)

■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa besar 70:

Mufaraqah dari Saf Ummat

sambungan...



Rumusan Bab Prinsip-Prinsip Ahlus-Sunnah


Rumusan 1:

Demikianlah kami huraikan Prinsip-prinsip Pokok Ahlus Sunnah Wal-Jamaah.  Semua hujjah kami berdasarkan fatwa Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu, Tajul Arifin Shaikh Yahya Al-Kholidi Radhiallahu anhu dan beberapa orang Auliya Allah ternama yang lain.


Rumusan 2:

Sesiapa berpegang teguh pada Prinsip-prinsip tersebut, mereka adalah Ahlus Sunnah sebenar.  Mereka akan selamat di dalam Bahtera Rasulullah ﷺ,   Pimpinan Ahli Silsilah Rasulullah ﷺ, memperoleh Syafaat Rasulullah ﷺ masuk Syurga tanpa hisab.


Rumusan 3:

Adapun yang mengaku sahaja Ahlus Sunnah tetapi berkiblat kepada Fahaman Wahhabiyyah (khawarij) atau Syi'ah (rafidhi) atau sekular demokrasi, sekular kapitalis, sosialis dan lain-lain pada zaman ini, tidak boleh dikatakan Ahlus Sunnah.  Tidak ada seorang pun Masyaikh, Ahli Silsilah Rasulullah ﷺ, Mursyid-Mursyid yang Siddiq (yang benar) yang hidup pada zaman ini mengakui mereka sebagai Ahlus Sunnah. Sebaliknya mereka adalah perosak nama Ahlus Sunnah.


Rumusan 4:

Ummat Islam berpecah-belah sebaik sahaja kewafatan Rasulullah ﷺ.  Satu-satunya yang selamat adalah Ahlus Sunnah Wal Jamaah.


Rumusan 5:

Sebaik sahaja kewafatan Sayyidina Ali Radhiallahu anhu, Pemerintah Islam tidak lagi memerintah dengan Iman dan Taqwa melainkan sedikit dari kalangan mereka.  Mereka tidak lagi mengikut Perintah Allah dan segala wasiat Rasulullah ﷺ, sebaliknya mereka memerintah mengikut nafsu.  "Ulama" mereka menjadi pengampu dan jahat.  Mereka mengeluarkan fatwa mengikut nafsu dan kehendak Pemerintah.  Pemerintahan mereka disebut oleh Rasulullah ﷺ sebagai Mulkan Addhan, ( مُلْكًا عَاضًا) Kerajaan Zalim.  dan Mulkan jabriyyan ( مُلْكًا جَبَّرِيًّا ) Pembesar-pembesar yang keras kepala.


Rumusan 6:

Sekalian Pewaris Nabi yang Siddiq (benar) yang kemudian bergelar Ahli Sufi, Ahli Ma'rifat...  mengasingkan diri dari segala kekacauan dan pemerintahan zalim.  Mereka membentuk pola hidup tersendiri berpegang teguh dengan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah ﷺ, dinamakan Jalan Ma'rifat.  Tiada seorang Ulama Pewaris Nabi ﷺ pun subahat kepada Pemerintahan zalim dan fasiq, sama ada di zaman Tabiin, Tabbiit-Tabiin, Imam-Imam atau sesudahnya sehinggalah ke hari ini dan demikianlah  sampai datangnya Imam Mahdi Alaihis Salam.


Rumusan 7:

Sistem Warisan Rasulullah ﷺ tetap terpelihara sampai ke hari ini di tangan sekalian Pewaris Nabi ﷺ yang Siddiq (benar) sedangkan golongan ingkar mempertahankan Sistem Jahiliyah, Sistem Demokrasi, Kapitalis, Sekular.



Bersambung siri 763 اِ نْ شَآ ءَ اللّه

_________________________________

    MAJLIS TAZKIRAH JILANI

      🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

Monday, August 18, 2025

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 761)

■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa besar 70:

Mufaraqah dari Saf Ummat

sambungan...


Firman Allah Ta'ala:


يَوْمَ نَدْعُو كُلَّ أُنَاسٍ بِإِمَامِهِمْ ۖ فَمَنْ أُوتِيَ كِتَابَهُ بِيَمِينِهِ فَأُولَٰئِكَ يَقْرَءُونَ كِتَابَهُمْ وَلَا يُظْلَمُونَ فَتِيلًا وَمَن كَانَ فِي هَٰذِهِ أَعْمَىٰ فَهُوَ فِي الْآخِرَةِ أَعْمَىٰ وَأَضَلُّ سَبِيلًا


“(Ingatlah) suatu hari (yang pada hari itu) Kami panggil tiap umat dengan pemimpinnya; dan barang siapa yang diberikan kitab amalannya di tangan kanannya, maka mereka ini akan membaca kitabnya itu dan mereka tidak dianiaya sedikit pun.  Dan barang siapa yang buta (hatinya) di dunia ini, nescaya di akhirat (nanti) ia akan lebih buta (pula) dan lebih tersesat dari jalan (yang benar).”

[Al-Isra (17) : Ayat 71-72]


Menurut Guru-Guru kita yang arif, di Mahsyar sekalian Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq (benar) yang mempunyai Silsilah Rasulullah ﷺ  akan berhimpun di bawah panji-panji besar Rasulullah ﷺ. bersama murid mereka masing-masing.  Sekalian Mursyid akan menjadi saksi atas muridnya dan Shaikhnya pula jadi saksi atasnya ...  demikian sambung-menyambung sampai akhirnya saksi dari Rasulullah ﷺ sendiri.


Dan sejurus kemudian mereka dipimpin masuk Syurga oleh Rasulullah ﷺ bertali-tali,  berantai-rantai, iaitu mengikut silsilah masing-masing berpegang kepada Guru kepada Guru, kepada Guru sehingga akhirnya sampai kepada Sahabat yang  berpegang kepada tangan Rasulullah ﷺ.


Berkata Tajul Arifin Shaikh Yahya Al Kholidi  Radhiallahu anhu:

Tajul Arifin Shaikh Yahya Radhiallahu anhu menyebut perkara ini di dalam Risalah Naqsyabandiah, siri Ma'rifat dengan menukilkan beberapa hadith sahih.  Antaranya Hadith Imam Bukhari dan Hadith Imam Ahmad.


Rasululllah ﷺ bersabda:


عَجِبَ اللَّهُ مِنْ قَوْمٍ يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ فِى السَّلاَسِلِ. 


“Ajib (Hairan) oleh Allah dengan orang-orang yang masuk Syurga berantai-rantai ( bertali-tali).” 

[Imam Bukhari]


Rasululllah ﷺ bersabda:


لَقَدْ عَجِبَ رَبُّنَا عَزَّ وَجَلَّ مِنْ قَوْمٍ يُقَادُونَ إِلَى الْجَنَّةِ فِى السَّلاَسِلِ. 


“Sungguh ajib (Hairan) oleh  Allah akan dengan orang-orang yang ditarik untuk masuk ke Syurga berantai-rantai.”

 [Imam Ahmad]


Kunci memahami hadith ini adalah pada ungkapan ini, iaitu ....

perkataan " السَّلاَسِل ِ  "

Salasila iaitu Silsilah.


Yang dimaksudkan dengan Silsilah itu adalah Silsilah  Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq, rantaian ilmu dan keruhanian Rasulullah ﷺ.  Jadi maksud salasila atau  "rantai"  BUKAN digari atau dibelenggu seperti tafsiran orang awam.  Sebaliknya ia adalah majaz (bayangan) kepada makna Silsilah atau Rantaian perpindahan ilmu zahir batin dari Rasulullah ﷺ kepada sahabat kepada Tabiin, berpindah lagi kepada Tabiit-Tabiin, kemudian kepada Imam-Imam, Mursyid- Mursyid turun-temurun dengan cara yang amat suci dan terpelihara sampai Qiamat.


Apakah maksud mereka yang ditarik masuk syurga bertali-tali atau berantai mengikut silsilah Shaikh Mursyid mereka? Apakah maksud mereka ditarik masuk seolah-olah dalam keadaan dipaksa?


Ungkapan "ditarik masuk" bermaksud: 

Keadaan setengah murid yang telah melakukan dosa dan berasa tak layak masuk syurga, tetapi mereka ditarik juga masuk syurga, mengikut silsilah mereka masing-masing.    Inilah faedah dan kelebihan berserta dengan Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq.

[Nukilan dari Kitab Risalah Ma'rifat Siri Pertama : ms 49, 50]


Bersambung siri 762 اِ نْ شَآ ءَ اللّه

____________________________________

         MAJLIS TAZKIRAH JILANI

            🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 760)

■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa besar 70:

Mufaraqah dari Saf Ummat

sambungan...



Penjelasan 4:

Maksud pengikut Mursyid yang Mukmin adalah mereka yang berbai'at menurut syarat-syaratnya dan sungguh-sungguh mempertahankan Tauhid sampai mati dalam Kalimah Allah.


Penjelasan 5:

Jumlah mereka yang memperoleh Rahmat Allah memasuki Syurga tanpa hisab adalah 70,000 (tujuh puluh ribu) orang.  Kemudian ditambah lagi 1,000 orang bagi setiap orang masuk Syurga tanpa hisab.


Rasulullah ﷺ bersabda:


وَعَدَنِى رَبِّى عَزَّ وَجَلَّ أَنْ يُدْخِلَ الْجَنَّةَ مِنْ أُمَّتِى سَبْعِينَ أَلْفاً بِغَيْرِ حِسَابٍ وَلاَ عَذَابٍ مَعَ كُلِّ أَلْفٍ سَبْعُونَ أَلْفاً


“Tuhanku ‘Azza wa jalla telah menjanjikan padaku bahawa 70,000 orang dari ummatku akan dimasukkan Syurga tanpa hisab dan tanpa siksa.  Setiap 1000 dari jumlah tersebut terdapat 70,000 orang lagi.” 

[Imam Ahmad]


Penjelasan 6:

Berdasarkan Hadith Rasulullah ﷺ dan penjelasannya oleh Masyaikh Ahlus sunnah, sekalian Ummat beriman yang masuk syurga tanpa hisab, akan sambung-menyambung berpegangan tangan satu dengan lainnya.  Ertinya mereka masuk Syurga berantai-rantai atau bertali-tali. Ini yang disebut ahli jemaah Silsilah keruhanian Rasulullah ﷺ.


Rasulullah ﷺ bersabda:


لَيَدْخُلَنَّ الجَنَّةَ مِن أُمَّتي سَبْعُونَ ألْفًا، أوْ سَبْعُ مِئَةِ ألْفٍ - لا يَدْرِي أبو حازِمٍ أيُّهُما قالَ - مُتَماسِكُونَ، آخِذٌ بَعْضُهُمْ بَعْضًا، لا يَدْخُلُ أوَّلُهُمْ حتَّى يَدْخُلَ آخِرُهُمْ، وُجُوهُهُمْ علَى صُورَةِ القَمَرِ لَيْلَةَ البَدْرِ


“Sungguh, tujuh puluh ribu (70,000) atau tujuh ratus ribu (700, 000) dari ummatku akan masuk Syurga (tanpa hisab). Mereka saling berpegangan satu sama lain, tidaklah yang terdepan masuk syurga sehingga yang belakang turut masuk.  Wajah mereka seperti bulan malam purnama’.”

[Imam Bukhari]


Rasululllah ﷺ bersabda :


عَجِبَ اللَّهُ مِنْ قَوْمٍ يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ فِى السَّلاَسِلِ. 


“Ajib (Hairan) oleh Allah dengan orang-orang yang masuk syurga berantai-rantai ( bertali-tali).” 

[Imam Bukhari]


Bersambung siri 761 اِ نْ شَآ ءَ اللّه

__________________________________

        MAJLIS TAZKIRAH JILANI

            🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 759)

■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa besar 70:

Mufaraqah dari Saf Ummat

sambungan...



Firman Allah:


يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱتَّقُواْ ٱللَّهَ وَكُونُواْ مَعَ ٱلصَّـٰدِقِينَ


"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan hendaklah kamu berada bersama-sama orang-orang yang Siddiq (benar)."

[At-Taubah (9) : Ayat 119]


Siapakah yang dimaksudkan dengan orang yang Siddiq seperti Firman Allah di atas?


Al-Qutb Tajul Arifin Shaikh Yahya mentafsirkan yang dimaksudkan dengan "orang-orang Siddiq" di dalam Firman Allah di atas adalah ditujukan kepada Shaikh Mursyid, Warisatul Anbiya yang diamanahkan untuk memimpin Ummat.  Shaikh Mursyid yang sebenar Mewarisi Nabi adalah orang-orang yang benar, mereka bukan pendusta.  Mereka adalah pemegang Amanah Allah dan Rasul di atas muka bumi.  Maka Allah Perintahkan supaya kamu orang-orang beriman berserta dengan Shaikh Mursyid dan mengikut petunjuk yang diberikan oleh mereka adalah orang-orang yang benar.

[Risalah Naqsyabandiah Siri Ma'rifat] 


Berkata Imam Ghazali Radhiallahu anhu:

“Murid memerlukan seorang Mursyid atau guru keruhanian yang dapat diikutinya, agar dia menunjukkannya ke jalan yang lurus. (jalan benar yang di-Redhai Allah)  

Jalan agama sangatlah samar, (tak dapat bezakan haq dan batil, benar atau salah) dan jalan-jalan syaitan sangat banyak dan jelas (terbuka luas untuk dimasuki oleh sesiapa sahaja).  Oleh kerana itu, jika seseorang yang tidak mempunyai Shaikh Mursyid yang membimbingnya,maka pasti syaitan akan menggiringnya (memimpin dan memujuknya) menuju jalannya. 

[Ihya Ulumuddin Bab Ilmu]


Imam Fakhruddin Ar-Razi Radhiallahu anh:

“Seorang murid tidak memiliki jalan untuk sampai ke maqam-maqam hidayah (Iman, Taqwa, Tauhid yang murni) dan mukashafah, kecuali dia mengikuti Mursyidnya yang menunjukkannya ke jalan yang lurus serta menghindarkannya dari titik-titik kesalahan dan jalan yang sesat.” 

[Tafsir Mafatih Al-Ghaib]



Bersambung siri 760 اِ نْ شَآ ءَ اللّه

__________________________________

         MAJLIS TAZKIRAH JILANI

           🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 758)

■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa besar 70:

Mufaraqah dari Saf Ummat

sambungan...


Prinsip ke-40:

Masuk Syurga tanpa hisab


Ahlus-Sunnah meyakini bahawa Allah Ta'ala akan masukkan sebahagian kecil dari orang-orang beriman ke dalam Syurga tanpa hisab.  Mereka adalah hamba-hamba Allah yang Mukmin yang menepati janji mereka dengan Allah.


Firman Allah:


إِنَّ ٱلَّذِينَ يُبَايِعُونَكَ إِنَّمَا يُبَايِعُونَ ٱللَّهَ يَدُ ٱللَّهِ فَوۡقَ أَيۡدِيہِمۡ‌ فَمَن نَّكَثَ فَإِنَّمَا يَنكُثُ عَلَىٰ نَفۡسِهِۦ‌ وَمَنۡ أَوۡفَىٰ بِمَا عَـٰهَدَ عَلَيۡهُ ٱللَّهَ فَسَيُؤۡتِيهِ أَجۡرًا عَظِيمً۬ا


“Sesungguhnya orang-orang yang memberi pengakuan taat setia kepadamu (wahai Muhammad), mereka hanyasanya memberikan pengakuan ta'at setia kepada Allah; Tangan Allah atas tangan mereka (Allah mengawasi keadaan mereka memberikan taat setia itu untuk membalasnya).  Oleh itu, sesiapa yang tidak menyempurnakan janji setianya maka bahaya tidak menyempurnakan itu hanya menimpa dirinya dan sesiapa yang menyempurnakan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah, maka Allah akan memberi kepadanya pahala yang besar”

[Al-Fath (48) : Ayat 10]


Penjelasan Ringkas:


Penjelasan 1:

Ketika sekalian manusia di dalam keadaan huru-hara menghadap hari Mahsyar, ada satu golongan kecil Ummat beriman mendapat Rahmat Allah memasuki Syurga tanpa hisab.


Penjelasan 2: 

Mereka yang memperoleh Rahmat Allah memasuki Syurga tanpa hisab adalah:

(1) Rasul-Rasul

(2) Nabi-Nabi 

(3) Ahlul Bayyit Rasulullah ﷺ

(4) Sekalian Sahabat Nabi ﷺ

(5) Sekalian Pewaris Nabi ﷺ 

(6) Pengikut-pengikut mereka yang Mukmin.  


Penjelasan 3:

Maksud Pewaris Nabi adalah sekalian Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq (benar) yang telah memperoleh limpahan Cahaya Ketuhanan dan limphan Nur Muhammad di dalam dada mereka.  Mereka menerima Amanah Allah memerintah dunia sampai Qiyamat.


Firman Allah:


قُلْ هَذِهِ سَبِيلِي أَدْعُو إِلَى اللَّهِ عَلَى بَصِيرَةٍ أَنَا وَمَنِ اتَّبَعَنِي وَسُبْحَانَ اللَّهِ وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ


“Katakanlah: ‘Inilah jalanku, yang aku dan orang-orang yang mengikuti daku menyeru (manusia) kepada Allah dengan basirah (penyaksian yang jelas, penyaksian mata hati).  Maha Suci Allah! Dan bukanlah aku dari golongan musyrikin” 

[Surah Yusuf (12) : Ayat 108]


Tafsiran Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu:

Sulton Auliya,  Ghawthul A'zham Shaikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani Radhiallahu 'Anh mentafsirkan ayat tersebut dengan kata beliau:

"Dalam ayat ini yang dimaksud dengan "orang yang mengikuti daku" adalah manusia sempurna, Guru Kerohanian yang sebenar (Mursyid yang Siddiq) yang akan datang selepas Nabi Muhamamd ﷺ  yang akan mewarisi ilmu batin Baginda dan kebijaksanaan Baginda dan yang akan berada hampir dengan Allah.  (dikenali sebagai Mursyid, Ahli sufi, Ahli Ma'rifat)

Manusia yang demikian digambarkan sebagai ‘pelindung dan pembimbing sebenar’.  ( وَلِيًّا مُّرۡشِدً۬ا  =  Wali Mursyid)

[Surah al-Kahfi (18) ‌: Ayat 17] 


Bersambung siri 759 اِ نْ شَآ ءَ اللّه

______________________-___________

       MAJLIS TAZKIRAH JILANI

           🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 757)

■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa besar 70:

Mufaraqah dari Saf Ummat

sambungan...



Berkata Tajul Arifin Shaikh Yahya Al-Kholidi Radhiallahu anh:


"Tafsiran Ha, Mim, 'Ain, Siin, Qaf" (حم عسق) mengikut Tafsiran Ibnu Abbas dan pandangan ahli Kasyaf:


Tafiran huruf Ha   (ح):

Ya anakku, tafsiran huruf  (ح) itu ialah Harbud-dunya, erinya peperangan akhir zaman yang berlaku pada kurun ke-14 hingga kesudahan dunia.  Yang dikehendaki dengan Perang Akhir Zaman ialah Perang Jerman pada tahun 1918 dan Peperangan Jepun dengan Cina pada tahun 1937 sehingga beberapa peperangan yang tiada henti di sana sini hingga zahir Imam Mahdi Alaihis-salam, Dajjal dan Nabi 'Isa Alaihis-salam.


Tafsiran Huruf Mim  (م ):

Ya anakku tafsiran huruf Mim (م) itu ialah "Mahdi", yakni Imam Mahdi Alaihis-salam dizahirkan untuk menyeru manusia kepada Agama Islam dan Mentauhidkan Allah, setelah umum fasiq manusia dan syiriknya mereka di atas muka bumi.


Tafsiran Huruf 'Ain ( ع ):

Ya anakku, tafsiran huruf 'Ain ( ع ) itu ialah Nabi Allah Isa Alaihis-salam akan turun daripada langit ke bumi (pada masa Dajjal), sebagai penyambung kerajaan Imam Mahdi Alaihis-salam serta menyeru kepada Islam dan Tauhid.


Tafsiran Huruf Siin ( س ):

Ya anakku, tafsiran huruf "Siin"  ( س ) ialah Angin Silsilatur-Rayhan, iaitu angin yang sangat kuat sebelum angin sangkakala.


Tafsiran Huruf Qaf (  ق  ):

Ya anakku, tafsiran huruf “qaf”( ق ) ialah Quhuth ( قحوط ) ertinya kelaparan, suatu masa sebelum Dajjal sehingga masuk Dajjal.  Tidak ada tumbuhan pun berbuah sehingga manusia kebanyakannya terpaksa memakan daun-daun kayu dan lumut-lumut batu.  Pada masa inilah Dajjal keluar dengan makanan berupa Syurga dan Neraka padahal Syurga (yang dibawa Dajjal) itu pada hakikatnya Neraka dan Neraka (yang dibawa Dajjal) itu pada hakikatnya Syurga.


Bersambung siri 758 اِ نْ شَآ ءَ اللّه

_________________________________

    MAJLIS TAZKIRAH JILANI

       🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 756)

■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa besar 70:

Mufaraqah dari Saf Ummat

sambungan...


Penjelasan ringkas:


(1) Hari Qiyamat ialah Hari kehancuran alam. 


(2) Malaikat Israfil akan meniup sangkakala dua kali: Pertama isyarat kehancuran alam. Kedua kebangkitan semula dari kubur masing-masing untuk pembalasan.


(3) Saat berlakunya tidak diketahui oleh siapa pun.  Tetapi wajib meyakininya. Barang siapa tidak percaya, maka batal Imannya.  Wal Iyazubillah


(4) Keadaan berlakunya Qiyamat amat mengerikan. Semua planet-planet berlaga dan hancur musnah.  Bintang-bintang berguguran.  Sekalian cakerawala musnah.


(5) Manusia dan jinn sekaliannya akan berlari ke sana sini seperti orang mabuk disebabkan dahsyat hari itu.


(6) Sebelum terjadi Qiyamat, di sana akan berlaku beberapa tanda akan kedatangan Qiyamat - Tanda kecil dan tanda besar.

 

(7) Tanda kecil Qiyamat:

■ Zina Berleluasa.

■ Megah dan berbangga-bangga dengan alat-alat Muzik.

■ Bermegah-megah dengan Masjid yang dihias-hias.

■ Perkataan keji, memutuskan persaudaraan, biadab dengan Jiran.

■ Ramai Ulama Pewaris Nabi benar wafat.

■ Orang hina diberi kemuliaan.

■ Banyak wanita berpakaian tetapi telanjang.

■ Enggan memberi Salam.

■ Bulan kelihatan besar.

■ Keluarnya ramai pendusta. 

■ Keluarnya ramai saksi palsu.

■ Negara Arab kembali menjadi padang rumput.


(8) Tanda besar Qiyamat:

■ Kedatangan Imam Mahdi Alaihis Salam.

■ Kedatangan Dajjal.

■ Nabi Isa Alahis-salam turun membunuh Dajjal.

■ Binatang besar keluar di Bukit Safa Makkah.

■ Gempa bumi di Timur.

■ Gempa bumi di Barat.

■ Gempa bumi di Semenanjung Arab.

■ Keluar Dukhan (asap).

■ Keluarnya Ya'juj dan Ma'juj membuat kerosakan.

■ Matahari terbit dari Barat.


(9) Semua tanda kecil Qiyamat sudah pun terjadi.  Sekarang menunggu kedatangan tanda-tanda besar Qiyamat.


(10) Menurut pandangan Ahli Ma'rifat, sekalian Auliya Allah dan Mukmin sejati akan diwafatkan serentak sebelum terjadi Qiyamat, ertinya mereka tidak merasakan huru-hara Qiyamat. 


Dalil Hadith 1:  

✨🕌✨Rasulullah   ﷺ  bersabda:


لا تقوم الساعة حتى لا يقال في الأرض الله الله


"Tidak akan tiba Qiyamat hingga tidak ada yang mengucapkan di atas bumi (kalimat) Allah, Allah" 

[Imam Muslim]


Dalil Hadith 2:  

✨🕌✨Rasulullah   ﷺ  bersabda:


"Di bumi terdapat orang yang menyebut "Allah Allah", kemudian apabila tiada lagi orang yang menyebut "Allah Allah" maka di saat itulah berlakunya Qiamat.”

[Imam Muslim]


Dalil Hadith 3:  

✨🕌✨Rasulullah   ﷺ  bersabda:

"Islam tidak akan hilang sehingga tiada siapa lagi yang menyebut Allah Allah."

[Imam Ibn Abi Dunya]


Dalil Hadith 4:  

✨🕌✨Rasulullah   ﷺ  bersabda:

"Qiyamat tidak akan dirasakan oleh orang yang mengucapkan (kalimat) Allah, Allah".

[Imam Muslim]


Bersambung siri 757 اِ نْ شَآ ءَ اللّه

_________________________________

     MAJLIS TAZKIRAH JILANI

         🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 755)

■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa besar 70:

Mufaraqah dari Saf Ummat

sambungan...



Prinsip ke-39:

Hari Qiyamat dan beberapa peristiwa yang mendahuluinya


Ahlus Sunnah meyakini akan berlakunya hari kehancuran seluruh alam dengan tiupan sangkakala oleh Malaikat Israfil.  Sekalian makhluq — manusia, jinn,  cekerawala, bulan, bintang, semuanya akan musnah dalam sehari (kecuali 7 makhluq, tidak akan menerima kebinasaan sebagaimana Kehendak Allah).  Pada tiupan sangkakala kedua manusia akan dibangkitkan semula daripada kuburnya untuk menerima pembalasan.


Firman Allah:


فَيَوۡمَٮِٕذٍ۬ وَقَعَتِ ٱلۡوَاقِعَةُ (١٥) وَٱنشَقَّتِ ٱلسَّمَآءُ فَهِىَ يَوۡمَٮِٕذٍ۬ وَاهِيَةٌ۬ (١٦) وَٱلۡمَلَكُ عَلَىٰٓ أَرۡجَآٮِٕهَا‌ۚ وَيَحۡمِلُ عَرۡشَ رَبِّكَ فَوۡقَهُمۡ يَوۡمَٮِٕذٍ۬ ثَمَـٰنِيَةٌ۬ (١٧) يَوۡمَٮِٕذٍ۬ تُعۡرَضُونَ لَا تَخۡفَىٰ مِنكُمۡ خَافِيَةٌ۬ 


Maka pada saat itu berlakulah hari Qiamat. (15) Dan terbelahlah langit, lalu menjadilah ia pada saat itu reput (dan runtuh). (16) Sedang malaikat-malaikat (ditempatkan) mengawal segala penjurunya dan Arasy Tuhanmu pada saat itu dipikul oleh lapan malaikat di atas malaikat-malaikat yang mengawal itu. (17) Pada hari itu, kamu semua dihadapkan (untuk hitungan amal); tidak ada sesuatu pun yang tersembunyi (kepada Allah) dari perkara-perkara kamu yang tersembunyi"

[Al-Haqqah (69) : Ayat 15-18]


Firman Allah:


وَيَوۡمَ تَشَقَّقُ ٱلسَّمَآءُ بِٱلۡغَمَـٰمِ وَنُزِّلَ ٱلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةُ تَنزِيلاً


"(Ingatlah) hari (ketika) langit pecah mengeluarkan kabut putih dan malaikat diturunkan (secara) bergelombang.”

[Al-Furqan (25) : Ayat 25]


Firman Allah:


يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمْ ۚ إِنَّ زَلْزَلَةَ السَّاعَةِ شَيْءٌ عَظِيمٌ ﴿١﴾ يَوْمَ تَرَوْنَهَا تَذْهَلُ كُلُّ مُرْضِعَةٍ عَمَّا أَرْضَعَتْ وَتَضَعُ كُلُّ ذَاتِ حَمْلٍ حَمْلَهَا وَتَرَى النَّاسَ سُكَارَىٰ وَمَا هُم بِسُكَارَىٰ وَلَـٰكِنَّ عَذَابَ اللَّـهِ شَدِيدٌ


"Wahai umat manusia, bertaqwalah kepada Tuhan kamu! Sesungguhnya gempa hari Qiamat itu suatu perkara yang amat besar.  Pada hari kamu melihat (peristiwa-peristiwa yang mengerikan) itu, tiap-tiap ibu penyusu akan melupakan anak yang disusukannya, dan tiap-tiap perempuan yang mengandung akan gugurkan anak yang dikandungnya; dan engkau akan melihat manusia mabuk, padahal mereka sebenarnya tidak mabuk, tetapi azab Allah amatlah berat, mengerikan.”

[Al-Hajj (22) : Ayat 1-2]



Firman Allah:


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

ٱلۡقَارِعَةُ (١) مَا ٱلۡقَارِعَةُ (٢) وَمَآ أَدۡرَٮٰكَ مَا ٱلۡقَارِعَةُ (٣) يَوۡمَ يَكُونُ ٱلنَّاسُ ڪَٱلۡفَرَاشِ ٱلۡمَبۡثُوثِ (٤) وَتَكُونُ ٱلۡجِبَالُ ڪَٱلۡعِهۡنِ ٱلۡمَنفُوشِ (٥) فَأَمَّا مَن ثَقُلَتۡ مَوَٲزِينُهُ ۥ (٦) فَهُوَ فِى عِيشَةٍ۬ رَّاضِيَةٍ۬ (٧) وَأَمَّا مَنۡ خَفَّتۡ مَوَٲزِينُهُ ۥ (٨) فَأُمُّهُ ۥ هَاوِيَةٌ۬ (٩) وَمَآ أَدۡرَٮٰكَ مَا هِيَهۡ (١٠) نَارٌ حَامِيَةُۢ (١١)


Hari yang menggemparkan, (1) Apa dia hari yang menggemparkan itu? (2) Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari yang menggemparkan itu? (3) (Hari itu ialah: Hari Qiyamat), hari manusia menjadi seperti kelkatu yang terbang berkeliaran, (4) Dan gunung-ganang menjadi seperti bulu yang dibusar berterbangan. (5) Setelah berlaku demikian, maka (manusia akan diberikan tempatnya menurut amal masing-masing); ada pun orang yang berat timbangan amal baiknya; (6) Maka dia berada dalam kehidupan yang senang-lenang.  (7) Sebaliknya orang yang ringan timbangan amal baiknya; (8) Maka tempat kembalinya ialah "Haawiyah". (9) Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia "Haawiyah" itu? (10) (Haawiyah itu ialah): Api yang panas membakar. (11)

[Al-Qori'ah (101) : Ayat 1-11]


Bersambung siri 756 اِ نْ شَآ ءَ اللّه

_________________________________

    MAJLIS TAZKIRAH JILANI

       🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 754)

■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa besar 70:

Mufaraqah dari Saf Ummat

sambungan...



(11) Salah faham orang awam:

Akhir-akhir ini berlaku banyak penyelewengan oleh orang-orang jahil. 


■ Ada yang persiapkan kuda dan senjata-senjata untuk perang.

■ Ada yang heboh mengatakan kita mesti duduk tanah tinggi seperti gunung dan bukit.

■ Ada yang kumpulkan orang islam dan berhimpun di Kaabah kerana kata mereka Imam Mahdi akan datang.

■ Kempen suruh simpan makanan banyak-banyak takut nanti kebuluran.


Semua pendapat ini hanya angan-angan mereka atau tipu daya sahaja. Fahamilah kedatangan Imam Mahdi _Alahis-salam_ adalah suatu peristiwa keajaiban yang berhubung dengan Ketuhanan. Tiada yang mengetahui kedatangan beliau melainkan ahli Ma'rifat, Mursyid Pewaris Nabi yang siddiq manakala Orang Islam awam, orang alim, ustad-ustad dan kiyai-kiyai tidak mengetahui rahsia-rahsia kedatangan beliau.


(12) Persiapan sebenar:

Apa yang perlu dilakukan oleh orang Islam adalah teguhkan Iman, istiqamah Zikir zahir dan batin mengikut jalan Ma'rifat. Jika tidak kamu dibimbangi masuk kepada golongan penentang — golongan Syi'ah (rafdhi) atau Khawarij (wahhabiyyah), golongan sekular, munafiq dan lain-lain. 


Berkata Tajul  Arifin Shaikh Yahya Al-Kholidi Radhiallahu anhu:

"Ya anakku! 

Makna Imam Mahdi Alaihis-Salam menzahirkan dirinya itu ialah menzahirkan seruan Islam dan Tauhid selepas pada umumnya manusia fasiq di atas muka bumi. Bukan bererti baru lahir. Hal demikian kerana mengikut faham daripada Hadith-Hadith Rasulullah ﷺ dan kata-kata Ahli Kasyaf, Imam Mahdi Alaihis-Salam sudah ada pada zaman ini dan zaman dahulu. Tetapi beliau dijadikan tersembunyi daripada manusia di dalam satu gua tidak jauh daripada Madinah dan tidak siapa tahu akan tempat itu. Ada kalanya beliau datang solat di dalam Masjid Nabawi tetapi tidak ada siapa mengenali beliau. 


Awal permulaan Imam Mahdi Alaihis-salam menzahirkan diri adalah dengan berdiri antara Maqam Ibrahim dan Pintu Baitullah dalam keadaan memakai tengkolok hitam dan serban putih di dalamnya sedang di tangan beliau ada pedang. Beliau mendirikan panji-panji hijau tertulis Kalimah Syahadah yang bercahaya-cahaya, dan tiba-tiba berhimpunlah segala wali-wali Allah yang memakai tengkolok hitam semuanya. Ketika itu beliau menyeru kepada Agama Islam dan menyuruh mentauhidkan Allah. Kemudian datanglah sekalian Khalifah Toriqat mengikut beliau memerangi segala manusia yang ingkar di seluruh muka bumi dari Masyriq ke Maghrib. Kemudian aman sentosalah manusia atas muka bumi beberapa tahun."

[Risalah Ma'rifat siri 3]


Bersambung siri 755 اِ نْ شَآ ءَ اللّه

___________________________________

      MAJLIS TAZKIRAH JILANI

         🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 753)

■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa besar 70:

Mufaraqah dari Saf Ummat

sambungan...



Penjelasan ringkas:


(1) Ahlus Sunnah berkeyakinan penuh bahwa penzahiran Imam Mahdi Alahis-salam menjelang akhir zaman adalah persoalan Aqidah kerana banyaknya riwayat daripada Rasulullah ﷺ yang sehingga sampai ke peringkat mutawathir. Ertinya  mengengkari kedatangan beliau akan binasakan Iman seseorang. 


(2) Imam Mahdi Alaihis-Salam adalah berbangsa Arab dan daripada keturunan Rasulullah ﷺ , iaitu daripada Sayyidina Ali Karramallahu Wajhah dan Sayyidatina Fatimah Ridhwanullah. Maka tak mungkin beliau datang dari kalangan orang melayu, pakistan, india atau indonesia atau lain-lainnya.   


(3) Wajah Imam Mahdi mirip kepada Wajah Rasulullah ﷺ. Wajah beliau bercahaya-cahaya gemilang seperti Wajah Rasulullah ﷺ. Nama beliau juga seperti Rasulullah ﷺ, Muhammad Ibnu Abdullah.


(4) Akhlaq dan keperibadian beliau sama seperti Rasulullah  ﷺ


(5) Golongan yang benar-benar mengenali beliau adalah Ahli Ma'rifat.  Orang Mukmin sejati juga mengenali beliau, Adapun orang Islam awam (termasuk Ulama-ulama zahir)  tidak mengenal beliau. Akibatnya ramai akan menjadi penentang Imam Mahdi.


(6) Sebelum Imam Mahdi Alaihis-Salam yang sebenar menzahirkan diri, akan datang 70 Mahdi palsu. Yang menyokong Mahdi palsu adalah orang-orang awam yang jahil dan juga Golongan sesat (72 goongan). Sehingga kini, semua orang yang mengaku Imam Mahdi hanyalah Mahdi palsu, semua sudah mati. 


(7) Beliau akan menzahirkan diri menurut Perintah Allah ketika seluruh dunia dipenuhi kefasikan dan kekafiran — Undang-undang kafir — Sistem Demokrasi, Sistem Otokrasi (Diktator), Sistem Kapitalis, Sosialis, komunis dan lain-lainnya sedang berkuasa di seluruh dunia.


(8) Beliau akan memerangi orang-orang kafir, fasiq, sesat dan Memerintah menurut Undang-undang Islam yang sebenar. Turutannya menurut Hadith:


■    Beliau akan memerangi Jazirah Arab dan mengalahkan mereka. 

■    Kemudian beliau memerangi Farsi (Iran dan Iraq) dan mengalahkan mereka.

■   Kemudian beliau akan memerangi Ruum (Rom, Itali, bangsa orang putih) dan mengalahkan mereka.

■   Kemudian beliau akan memerangi Pemerintah-Pemerintah fasiq dan kafir dan mengalahkan mereka. 


(9) Menurut keterangan Al-Qutb Tajul Arifin Shaikh Yahya Al-Kholidi _Radhiallahu anhu_  ( wafat pada 11 Syawal 1409 Hijriyyah, bersamaan 17 Mei 1989 Masihi), Imam Mahdi sudah ada pada zaman ini dan menetap di suatu tempat  tersembunyi di sekitar Masjid Nabawi. Hanya Ahli Ma'rifat mengenali beliau. Ini mengesahkan keterangan Ulama-Ulama terdahulu seperti Imam Ghazali, Imam Sayuthi, Imam Haythami dan lain-lain bahawa Imam Mahdi sudah lahir namun disembunyikan oleh Allah sampai suatu masa yang hanya Dia Yang Maha Mengetahuinya.


(10) Menurut keterangan Al-Qutb Tajul Arifin Shaikh Yahya Al-Kholidi Radhiallahu anhu lagi, ketika Imam Mahdi menzahirkan diri di Hijr Ismail, Makkatul Mukarramah, sekalian Auliya Allah seluruh dunia sudah berhimpun di sana dan mereka berbai'at kepada beliau dan berperang di bawah pimpinan beliau. Kemudian akan disusuli  oleh sekalian Khalifah-Khalifah Toriqat.  Bagaimana cara berlaku semua ini adalah sebahagian rahsia Ketuhanan yang tiada siapa tahu.



Bersambung siri 754 اِ نْ شَآ ءَ اللّه

__________________________________

    MAJLIS TAZKIRAH JILANI

       🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 752)

■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa besar 70:

Mufaraqah dari Saf Ummat

sambungan...



Prinsip ke-38

Imam Mahdi Alaihis-Salam Mendirikan ( خِلآفَةً عَلَى مِنْهَاجِ النُّبُوَّةِ  ) Khilafah 'Ala- minhaj An Nubuwwah


Imam-Imam Ahlus Sunnah sepakat bahwa kedatangan Imam Mahdi Alaihis Salam itu benar. Tiada keraguan pada kedatangan beliau kerana Hadith-Hadith yang warid adalah Hadith-Hadith Mutawathir.


Beliau akan memenuhi Dunia dengan Pemerintahan Adil dan Taqwa, iaitu sebagaimana Pemerintahan Rasulullah ﷺ. Beliau akan mendirikan Undang-undang Islam menurut Ahlus-Sunnah dan akan hapuskan sekalian undang-undang Jahiliyah, kafir, munafiq.


Rasulullah ﷺ bersabda:


تَغْزُونَ جَزِيرَةَ الْعَرَبِ فَيَفْتَحُهَا اللَّهُ ثُمَّ فَارِسَ فَيَفْتَحُهَا اللَّهُ   ثُمَّ تَغْزُونَ الرُّومَ

فَيَفْتَحُهَا اللَّهُ ثُمَّ تَغْزُونَ الدَّجَّالَ فَيَفْتَحُهُ اللَّهُ


“Kamu akan perangi Jazirah Arab sehingga Allah menangkan kalian atasnya. Kemudian (kamu akan perangi) Farsi sehingga Allah menangkan kalian atasnya. Kemudian kamu akan perangi Ruum sehingga Allah menangkan kalian atasnya. Kemudian kamu perangi Dajjal sehingga Allah menangkan kalian atasnya.” 

[Imam Muslim]


Rasulullah ﷺ bersabda:


لاَ تَذْهَبُ الدُّنْيَا حَتَّى يَمْلِكَ الْعَرَبَ رَجُلٌ مِنْ أَهْلِ بَيْتِي يُوَاطِئُ اسْمُهُ اسْمِي


"Dunia tidak akan berlalu pergi sehinggalah bangsa Arab akan dikuasai oleh seorang lelaki dari kalangan Ahlul-Bayyitku yang namanya bersamaan dengan namaku."

[Imam Tirmizi]


Rasulullah ﷺ bersabda:


‏ لَوْ لَمْ يَبْقَ مِنَ الدُّنْيَا إِلاَّ يَوْمٌ لَطَوَّلَ اللَّهُ ذَلِكَ الْيَوْمَ  حَتَّى يَبْعَثَ فِيهِ رَجُلاً مِنِّي  أَوْ ‌‏ مِنْ أَهْلِ بَيْتِي يُوَاطِئُ اسْمُهُ اسْمِي وَاسْمُ أَبِيهِ اسْمَ أَبِي ‏يَمْلأُ الأَرْضَ قِسْطًا وَعَدْلاً كَمَا مُلِئَتْ ظُلْمًا وَجَوْرًا

"Sekiranya tidak berbaki daripada dunia itu melainkan hanya satu hari nescaya Allah akan memanjangkan hari tersebut sehinggalah Dia mengutuskan seorang lelaki pada hari tersebut yang mana lelaki itu dari kalangan aku – atau dari Ahlul-Bayyitku – Namanya berbetulan dengan namaku dan nama bapanya berbetulan dengan nama bapaku. Dia akan memenuhi bumi dengan penuh adil dan saksama sebagaimana ia (bumi) dahulunya dipenuhi oleh kegelapan dan kezaliman.

[Imam Abu Dawud]


Rasulullah ﷺ bersabda:


‏ الْمَهْدِيُّ مِنِّي أَجْلَى الْجَبْهَةِ أَقْنَى الأَنْفِ يَمْلأُ الأَرْضَ قِسْطًا وَعَدْلاً كَمَا مُلِئَتْ جَوْرًا وَظُلْمًا يَمْلِكُ سَبْعَ سِنِينَ


" Al-Mahdi dariku. Dahinya luas dan hidungnya mancung. Dia akan memenuhkan bumi dengan keadilan sebagaimana ia dahulunya dipenuhi dengan kezaliman dan dia akan menguasai selama tujuh tahun.

[Imam Abu Dawud]



Rasulullah ﷺ bersabda:


‏ الْمَهْدِيُّ مِنَّا أَهْلَ الْبَيْتِ يُصْلِحُهُ اللَّهُ فِي لَيْلَةٍ 


"Al-Mahdi dari kalangan kami  Ahlul-Bayyit, yang Allah perbaiki dirinya pada satu malam.

[Imam Ibn Majah]


Bersambung siri 753 اِ نْ شَآ ءَ اللّه

_________________________________

    MAJLIS TAZKIRAH JILANI

       🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 751)

■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa besar 70:

Mufaraqah dari Saf Ummat

sambungan...



Perkara-perkara yang termasuk pengertian "Mungkar" atau "Maksiat",  adalah perkara-perkara yang jelas "mungkar" menurut hukum.... ertinya telah sepakat Ulama Ahlus Sunnah sebagai "Mungkar" atau "Maksiat" atau “Dosa”.  Sebaliknya jika suatu hal tidak sepakat Ulama akan keharamannya, maka tidak boleh dihukumkan sebagai maksiat atau kemungkaran. Fahami baik-baik apa yang kami katakan ini.


Contoh 1 : Kemungkaran di dalam keluarga

■ Tidak menutup aurat menurut hukum ketika keluar rumah.

■ Bergaul bebas saudara mara lelaki perempuan ajnabi.

■ Memakai bejana emas atau perak untuk makan minum atau lainnya.

■ Mengambil harta saudaranya secara zalim.


Contoh 2 : Kemungkaran di Masjid

■ Imam atau makmum tidak menepati syarat sah solat.

■ Mengganggu orang yang sedang solat.

■ Melarang solat di Masjid kerana berlainan parti politik.

■ Bergaduh dan bertengkar di dalam Masjid.

■ Jual beli di dalam Masjid. 

(kecuali jual beli di luar Masjid yang tidak termasuk di dalam pengertian Masjid)

■ Cerita hal dunia yang tiada hubungan dengan Agama. 

■ Tukang ceramah berfahaman sesat seperti Syi'ah (rafidhi), Wahhabiyyah (khawarij), Sekular (liberal).

■ Lelaki perempuan bergaul bebas di dalam majlis-majlis.

■ Wanita bersolek berwangi-wangian di dalam Masjid.

■ Mengotori Masjid dengan makan minum atau lainnya. 


Contoh 3 : Kemungkaran di pasar

■ Penjual menipu daya dengan berbagai helah — menipu harga, timbangan, sukatan, jenis barang.

■ Penjual menyorok barang keperluan asasi seperti beras, gandum, gula, garam.

■ Lelaki perempuan ajnabi bergaul bebas.

■ Permainan dan muzik yang melalaikan dan yang membawa kepada perkara haram.

■ Wanita dijadikan model mempertontonkan kecantikannya.

■ Penyanyi-penyanyi wanita menyanyi di hadapan lelaki.

■ Wanita bersolek dan memakai wangi-wangian.


Contoh 4: Kemungkaran di Majlis Perkahwinan dan Majlis perhimpunan lain

■ Pengantin lelaki atau wanita dedahkan aurat.

■ Pengantin lelaki memakai sutera.

■ Pengunjung dedahkan aurat.

■ Lelaki perempuan ajnabi bergaul bebas.

■ Tari menari campur lelaki perempuan.

■ Muzik yang melalaikan.

■ Wanita menyanyi di hadapan lelaki.

■ Wanita memakai wangi-wangian.

■ Menyajikan makanan di dalam bejana perak atau emas.

■ Membentangkan tikar emas atau perak.


Contoh 5: Kemungkaran Ulama jahat

■ Membawa fahaman yang bertentangan dengan Ahlus Sunnah yang benar.

■ Mengeluarkan fatwa-fatwa sesat.

■ Bersubahat dengan Pemerintah untuk menindas rakyat.


Contoh 6: Kemungkaran Pemimpin-Pemimpin Negara

■ Menipu daya rakyat dengan berbagai agenda jahat.

■ Memakan harta rakyat secara haram.

■ Menyusahkan kehidupan rakyat dengan berbagai cukai yang membebankan.

■ Hidup mewah dan berfoya-foya dengan hiburan.

■ Menghimpun harta untuk diri sendiri sedangkan rakyat hidup di dalam kemiskinan.

■ Menghalang kebenaran.

■ Menghalang solat di Masjid-masjid tanpa sebab yang diharuskan oleh Syara'.

■ Menakut-nakutkan penda'wah dengan berbagai ugutan, tangkapan.

■ Menggunakan orang alim dan cerdik pandai Agama untuk kepentingan politik.

■ Mempertahankan undang-undang kafir,  politik jahat dan keji .


Bersambung siri 752 اِ نْ شَآ ءَ اللّه

__________________________________

       MAJLIS TAZKIRAH JILANI

          🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

Friday, August 08, 2025

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 750)

■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa besar 70:

Mufaraqah dari Saf Ummat

sambungan...



Ulama Ahlus Sunnah berfatwa larangan subahat dengan kemungkaran, larang hadir Majlis mungkar dan larangan redha dengan apa jua kemungkaran.  Semua perbuatan tersebut adalah dosa besar.  Walaupun seseorang cuma hadir dan tidak membuat kemungkaran, tetapi menghadiri Majlis mungkar menunjukkan seakan-seakan redha dan subahat dengan kemungkaran. 


Berkata Ibnu Abbas Radhiallahu anhu:

Janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim, iaitu janganlah kalian minta pertolongan kepada orang-orang yang zalim, kerana seakan-akan kamu rela kepada amal perbuatan mereka".

[Tafsir Ibn Abbas]


Berkata Imam Abu Ja'afar Ath-Thabari Radhiallahu anhu:

"Janganlah kamu cenderung pada perkataan orang-orang yang kufur kepada Allah, sehingga kamu menerima mereka dan senang (hati) kepada perbuatan mereka, yang mana akibat perbuatanmu itu menyebabkan kamu tidak dapat mengelak dari jilatan api neraka."  

[Tafsir Tabari]


Berkata Imam Qurtubi Radhiallahu anhu:

"Ertinya Jangan condong kepada orang berbuat zalim dan kekufuran.  Semua makna ini berdekatan.  Ibnu Zaid berkata :  Firman Allah  "الرُّكُونُ " bermaksud menjadi penjilat. "

[Tafsir Jaami' Li-Ahkam]


Fatwa Imam Nawawi Radhiallahu Anh:

"Menurut pendapatku: Yang lebih tepat ialah Haram (ia duduk terus) Wallahu a’lam.  Jika tiada kemampuannya untuk keluar dari majlis itu, contohnya kerana telah larut malam (perjalanan pulang merbahaya yang memudaratkan nyawanya) dan ia takut untuk keluar maka ia duduk sedang ia terpaksa dan membencinya serta tidak mendengarkannya (kemungkaran tersebut)"

[Raudhah At-Talibin]


Fatwa Imam Ibn Hajar Radhiallahu anh:

Jelas hadith ini mengharamkan duduk semeja di mana minuman keras diedarkan. Tidak dibezakan siapa peminumnya, muslim atau kafir, tidak juga dibezakan apakah acaranya.

[Fathul Bari : Bab Nikah]


Fatwa  Imam Ghazali Radhiallahu anh:

“Perbuatan mungkar wajib dihilangkan (dalam jamuan, majlis dan sebagainya).  Barang siapa lemah menghilangkannya, 

nescaya wajiblah dia keluar dari Majlis Perjamuan itu.  Dan dia tak boleh duduk.  Maka TIDAK ada keringanan baginya untuk duduk menyaksikan kemungkaran itu.”


Fatwa  Imam Ghazali Radhiallahu anh:

Hadith ini menunjukkan bahawa tidak boleh masuk ke rumah orang zalim, orang fasiq, dan tidak boleh menghadiri tempat-tempat yang dipersaksikan perbuatan mungkar padanya.  Dan ia tidak sanggup merubahnya.  Kerana Nabi ﷺ bersabda :  “La’nat (azab) akan turun kepada orang yang menghadirinya.”     Dan tidak boleh menyaksikan perbuatan mungkar tanpa ada keperluan, dengan alasan lemah dari mencegahnya.”

[Ihya Ulumuddin , Kitab Amr Ma’ruf Nahyi Anil Mungkar]


Bersambung siri 751 اِ نْ شَآ ءَ اللّه

__________________________________

       MAJLIS TAZKIRAH JILANI

          🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 749)

■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa besar 70:

Mufaraqah dari Saf Ummat

sambungan...



Prinsip ke-37:

Jangan subahat dengan kemungkaran, kefasikan, kekafiran


Menurut Ahlus Sunnah adalah haram dan berdosa besar menyokong, bersetuju, subahat atau lain-lain sepertinya terhadap sebarang jenis kemungkaran, kefasikan dan kekufuran.  Orang yang melakukannya mendapat sama dosanya dengan si pelaku yang melakukan berbagai kemungkaran, kefasikan dan kekafiran.


Perbahasan hal ini amat luas meliputi seluruh kehidupan, mulai dari keluarga, masyarakat sampailah kepada kepimpinan negara.  Kita akan menyebut beberapa perkara asas sahaja sebagai panduan.  Untuk melihat dan mengetahui penjelasan lengkap, sila rujuk Risalah kami bertajuk : "Hukum Subahat kepada Kemungkaran"


Sebahgian dalil yang menjadi sandaran:


Firman Allah:


وَتَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلْبرِّ وَٱلتَّقْوَىٰ وَلاَ تَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلإِثْمِ وَٱلْعُدْوَانِ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ إِنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلْعِقَابِ


"dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan dan bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksa-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintah-Nya).”

[Al-Maaidah (5) : Ayat 2]


 Firman Allah:


وَلَا تَرۡكَنُوٓاْ إِلَى ٱلَّذِينَ ظَلَمُواْ فَتَمَسَّكُمُ ٱلنَّارُ وَمَا لَڪُم مِّن دُونِ ٱللَّهِ مِنۡ أَوۡلِيَآءَ ثُمَّ لَا تُنصَرُونَ


"Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api Neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah.  Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan."

[Hud (11) : Ayat 113]


Rasulullah  ﷺ bersabda:


مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَ اْليَوْمِ اْلآخِرِ فَلاَ يَقْعُدَنَّ عَلَى مَائِدَةٍ يُدَارُ عَلَيْهَا اْلخَمْرُ


Barang siapa beriman kepada Allah dan hari akhir, maka jangan sekali-kali duduk pada suatu hidangan yang padanya  dihidangkan arak.

[Imam Ahmad, Imam At-Tirmizi]


Rasulullah  ﷺ bersabda:

“Tiada sayugia bagi manusia yang menyaksikan suatu tempat, yang padanya ada kebenaran, melainkan mengatakan kebenaran itu.  Kerana sesungguhnya yang demikian tiada akan mendahulukan ajalnya dan tidak akan menghalangi rezeki yang teruntuk baginya.

[Imam Al-Baihaqi, Imam At-Tirmizi]


Bersambung siri 750 اِ نْ شَآ ءَ اللّه

__________________________________

      MAJLIS TAZKIRAH JILANI

        🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 769) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...