Thursday, July 10, 2025

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 690)

■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa besar 70:

Mufaraqah dari Saf Ummat

sambungan...


Penjelasan:

Menurut pendirian Ahlus Sunnah, Firman Allah di atas menjelaskan beberapa keistimewaan yang Allah Ta'ala Kurniakan kepada hamba-hamba Allah yang mencapai Keimanan sejati, Maqam Tauhid tertinggi, Maqam Taqwa yang sebenar-benarnya, Maqam Ma'rifat dan Ubudiyyah yang sempurna. 


(1) Auliya Allah adalah Kekasih Allah, Wakil Allah atas muka bumi bagi mentadbir Dunia menurut Kehendak dan Perintah Allah. 


(2) Umumnya semua Rasul, Nabi, Warisatul Anbiya yang muhaqqiq adalah Auliya Allah iaitu Kekasih Allah.  Mereka dihantar ke bumi bagi memakmurkannya dengan Kalimah Allah, menyebarkan cahaya Tauhid.

Walau bagaimanapun istilah "Auliya Allah" lebih sinonim dengan Pewaris-Pewaris Rasulullah ﷺ, kerana Rasul dan Nabi sudah mempunyai istilah mereka tersendiri.  Dengan demikian apabila disebut Auliya Allah, maka ianya merujuk kepada sekalian Pewaris Rasulullah ﷺ secara khusus dan orang Mukmin sejati secara umum. 


(3) Penzahiran Auliya Allah (Kekasih Allah) di atas muka bumi adalah haq mutlaq Allah Ta'ala.  Ini bermakna TIDAK berlaku campur tangan dari mana-mana manusia atau kumpulan politik atau penguasa mana pun di dalam perlantikan seseorang Auliya Allah.


(4) Apabila seseorang hamba Pilihan Allah diangkat ke Maqam Auliya Allah, Guru Mursyid yang memimpinnya akan mendapat Petunjuk ke dalam batinnya.  Namun beliau tidak akan menzahirkan istilah Auliya Allah sebaliknya perlantikan itu disebut dengan istilah  "Khalifah Rasulullah" untuk elakkan sebarang fitnah.


(5) Maqam Auliya Allah bertingkat-tingkat.  Menurut keterangan Al Qutb Tajul Arifin Shaikh Yahya Al Kholidi Radiallau anhu:


Tingkatan Satu : Wali Ghauth.

Tingkatan tertinggi kewalian adalah Wali Gauth ( Penolong besar ) hanya satu orang satu zaman.  Iman beliau mengatasi Iman sekalian orang beriman seluruh dunia ketika itu. 

Tingkatan ke-2:  Wali  Qutb - dua orang pada satu zaman. 

Tingkatan ke-3:  Wali Autad - empat orang satu zaman. 

Tingkatan ke-4 : Wali Abdal

Tingkatan ke-5: Wali Nujba'

Tingkatan ke-6: Wali Nuqaba'

Tingkatan ke-7: Wali Atqiya'


(6) Kesemua Tingkatan Maqam Kewalian ini adalah tetap maqam mereka.  Mereka semua adalah di dalam Pemeliharaan Allah Ta'ala (Mahfuz).  Ertinya sekalian Auliya Allah ini sudah tamkin dan tahqiq...  sudah tetap hatinya atas Syari'at Nabi ﷺ.  Mereka TIDAK akan melakukan dosa besar atau dosa kecil sekalipun.  Jika terjadi pada satu zaman, mereka terbuat dosa kecil mereka akan taubat segera pada ketika itu juga kerana mereka akan mendapat isyarat dari Petunjuk Allah seketika itu juga.   Jauh sekali mereka melakukan keingkaran kepada Allah pada mana-mana hukum Syara'.  Inilah Maqam Auliya Allah yang sebenar.  Dan ini yang dikatakan semua Auliya Allah tertakluk kepada Qanun Majlis Wali-Wali.


(7)  Selain dari Maqam Auliya Allah yang sudah tamkin...  ada lagi Wali Am, iaitu Wali Allah yang BELUM tetap maqamnya. Ertinya Wali Am ini boleh jadi dia akan naik kepada maqam tetap masuk kepada Wilayah tetap, atau boleh jadi juga dia jatuh dari maqam kewalian bergantung kepada kesungguhan dia mempertahankan Syari'at Nabi ﷺ dan sejauh mana dia tetap mematuhi adab-adab Ma'rifat. Semua ketentuan ini haq Allah Ta'ala semata-mata.


Berkata Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu:

"Para Nabi dan Wali Allah tidak luput dari kegelinciran.  Hanya para Nabi adalah Ma'sum terpelihara dari dosa besar setelah diangkat menjadi Nabi dan Rasul.  Sedangkan para Wali Allah tidaklah ma'sum tetapi mereka adalah disebut Mahfuz, dipelihara oleh Allah daripada dosa-dosa besar setelah darjat kewaliannya sempurna."

[Sirrul-Asrar]


Bersambung siri 691 اِ نْ شَآ ءَ اللّه

_____________________________

     MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

           🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 707) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...